Sunday, February 5, 2012

PEPERANGAN MU’TAH

PEPERANGAN MU’TAH
Peperangan Mu’tah ini merupakan peperangan terbesar, padanya berlaku pertempuran yang sengit dan berat, peperangan yang berdarah, yang pernah diharungi oleh tentera Islam khusus semasa hayat Rasulullah (s.a.w). lanya merupakan sebagai muqadimah dan persiapan kepada pembukaan-pembukaan Islam ke atas bumi-bumi Nasara, peristiwa berlaku di bulan Jamadilawal di tahun kelapan (8) Hijrah, bersamaan bulan Ogos atau September tahun 629 Masihi.
Mu’tah sebuah kampung terletak di bahagian bawah daerah Balqa’ di negeri al-Syam di antara Balqa’ dait Baitui Muqaddis, dua marhalah.

FAKTOR KEJADIAN:
Kes terjadinya peperangan ini ialah di mana Rasulullah menghantar utusannya al-Harith bin Umar al-Uzdi dengan sebuah risalah kepada pembesar di daerah Basra, tetapi Syurahbil bin Umar al-Ghassani, Gabenor Bandar Balqa’ negeri al-Syam bagi pihak Qaisar Rom telah menangkap al-Harith dan memberkasnya kemudian diserahkannya kepada Qaisar dan Qaisar pula bertindak memancung lehernya.
Pembunuhan mana-mana utusan dan perwakilan merupakan di antara sebesar-besar jenayah, tindakannya menyamai dengan pengisytiharan perang, malah lebih berat lagi dari itu. Tindakan itu suatu perkara yang amat berat bagi Rasulullah (s.a.w), sebaik sahaja berita mengenainya sampai ke pengetahuan Rasulullah, Baginda terus mengerakkan satu kontijen tentera dengan kekuatan seramai tiga ribu (3,000) orang askar, ianya adalah tentera Islam yang terbanyak, yang belum pernah dikerahkan oleh Rasulullah selain daripada peperangan al-Ahzab.
PEMIMPIN-PEMIMPIN TENTERA DAN PESANAN RASULULLAH (S.A.W) KEPADA MEREKA
Pimpinan kontinjen tentera Islam ini diserahkan kepada Zaid bin Harithah, seterusnya Rasulullah berpesan:
Sekiranya Zaid gugur maka Jaafar mengambil tempatnya dan seandainya Jaafar turut gugur syahid, maka Abdullah bin Rawahah pula tampil mengambil teraju kepimpinan tentera Islam, di sini Rasulullah menyerahkan mereka sebuah bendera putih yang diberinya ke tangan Zaid bin al-Harithah.
Rasulullah (s.a.w) memesan mereka supaya mereka melalui kawasan di mana al-Harith bin Amir dibunuh, dan supaya mengajak orang-orang di sana kepada Islam, sekiranya mereka berdegil maka hendaklah setelah memohon pertolongan dari Allah memerangi mereka dengan ungkapan sabdanya yang bermaksud:
Ayuh! dengan Nama Allah seranglah mereka yang kufur dengan Allah, janganlah kamu khianati atau menyamun, jangan bunuh anak-anak kecil atau perempuan, atau tua lara, atau orang bertapa di biara, jangan kamu tebang kurma-kurma atau pokok-pokok dan jangan roboh bangunan-bangunan.
UCAPAN SELAMAT JALAN KEPADA TENTERA ISLAM DAN TANGISAN ABDULLAH BIN RAWAHAH
Di saat tentera Islam bersedia untuk bergerak keluar meninggalkan Madinah seluruh kaum muslimin di Madinah keluar untuk mengucap selamat jalan kepada tenteranya itu, ucap selamat jalan khusus kepada pemirnpin-pemimpin tentera Islam, ucapan selamat sejahtera kepada mereka sekalian, di saat yang penuh hiba dan gembira itu salah seorang pemimpin tentera Abdullah bin Rawahah, menangis, bila ditanya kenapa beliau menangis, jawab beliau: Demi sesungguhnya ku menangis ini bukan kerana cintakan dunia, atau pilu meninggalkan kamu, tetapi daku telah mendengar Rasulullah membaca sepotong ayat Allah yang memperingatkan daku mengenai api neraka:
“Tidak ada seorang pun di antara kamu, melainkan mendatangi neraka, demikian itu suatu ketetapan yang diputuskan oleh Tuhanmu”
(Maryam : 71)
Daku tidak tahu bagaimana daku boleh melepasinya selepas mendatanginya? Maka jawab kalian kaum muslimin:
Semoga Allah iringi kamu dengan kesejahteraan, mempertahankan kamu, dan dikembalikan kamu ke dalam kalangan kami sebagai golongan solihin dan memperolehi rampasan-rampasan, justeru itu Abdullah bin Rawahah menjawab mereka dengan madah syairnya:
Dari Rahman ku pohon keampunan
Pukulan pedangku, ketangkasan terbukti
Tanganku menusuk tikaman
Dengan sekali, menembus perut dan hati
Kubu di tanya: “Siapa pahlawan ini?”
Dialah pejuang berani
Mendapat bimbingan Ilahi
Kemudian orang ramai keluar bersama-sama Rasulullah untuk memberi ucap selamat jalan kepada mereka, pahlawan-pahlawan Islam yang akan mara ke medan perang yang amat jauh. Baginda berjalan hingga sampai Thaniyat al-Wada’ di situ Baginda berhenti dan melambai tangan mengucap selamat jalan.

PERGERAKAN TENTERA ISLAM DAN TENTANGAN YANG MENGEJUT LAGI MENGGERUNKAN
Tentera Islam terus mara ke utara hingga sampai ke kawasan bernama Ma’an dalam jajahan negeri Syam ianya terletak di utara bumi Hijaz, di situ mereka telah mendapati berita, bahawa Hercules sudah pun bergerak dengan tenteranya ke tempat bernama Ma’ab di daerah al-Balqa’ dengan seratus ribu tentera Rom, kemudian turut bergabung dengannya qabilah-qabilah Arab: Lakham, Juzam, Balqin, Bahra’a dan Bila dengan kekuatan mereka seramai seratus ribu orang.

MAJLIS PERMESYUARATAN DI MAAN
Sebenarnya tentera Islam sedikit pun tidak menyangka bahawa mereka akan berhadapan dengan bilangan tentera yang sebegini ramai, yang mengejutkan itu, di suatu bumi yang jauh dari al-Madinah, tempat mereka datang, apakah wajar tentera yang kecil bilangannya bertindak menyerang tentera yang besar bak lautan yang tidak bertepi itu, yang seramai dua ratus ribu itu? Tentera Islam menjadi serba salah, dua malam berturut-turut mereka memikirkan tindakan selanjutnya, selepas itu kata mereka: kita tulis surat kepada Rasulullah, menceritakan kepada Baginda bilangan musuh kita, lepas itu mungkin Rasulullah menghantar bantuan atau menyuruh kita dengan sesuatu arahan yang akan kita patuhinya.
Tetapi Abdullah bin Rawahah membangkang pendapat tersebut dengan katanya: Wahai kalian, demi Allah sesungguhnya yang kamu tidak suka, itulah sebenarnya yang kamu semua keluar kerananya, mati syahid, kita tidak memerangi manusia dengan bilangan kita yang banyak atau dengan kekuatan dan persenjataan, kita tidak memerangi mereka kecuali dengan agama ini yang dikurniakan oleh Allah kepada kita sehingga kita menjadi mulia, ayuh marilah kamu ke hadapan ambillah salah satu kebaikan:
Kemenangan mengatasi seteru atau mati syahid. Akhirnya sekalian mereka pun bersetuju dan berpuas hati dengan pendapat Abdullah bin Rawahah.

TENTERA ISLAM BERGERAK KE ARAH MUSUH
Setelah dua malam berturut-turut tentera Islam bermesyuarat, di mana berakhir dengan persetujuan menerima pendapat Abdullah bin Rawahah, justeru itu seluruh tentera Islam pun bergerak ke arah musuh. Di salah sebuah kampung Balqa’ mereka bertembung dengan sekumpulan tentera Hercules di tempat bernama Masyarif. Tentera musuh cuba menghampiri mereka, tetapi tentera Islam membelok ke suatu kawasan dikenali sebagai Mu’tah di sana mereka mengambil tempat dan menyusun strategi, unit kanan diletak dibawah pimpinan Qutbah bin Qutadah al-Uzri manakala unit kiri di bawah pimpinan Ubadah bin Malik al-Ansari.

PERMULAAN PEPERANGAN DAN PIMPINAN SILIH BERGANTI
Di bumi Mu’tah kedua-dua kumpulan bertemu, peperangan sengit pun bermula, tiga ribu (3,000) tentera meinghadapi serangan dua ratus ribu (200,000) tentera. Satu peperangan luar biasa yang pernah dunia menyaksikannya dengan kehairanan dan keajaiban, tetapi inilah yang dikatakan: Apabila iman menyemarak dijiwa, maka beriakulah perkara-perkara luar biasa”.
Panji peperangan pun dipegang oleh Zaid bin Harithah orang kesayangan Rasulullah (s.a.w), beliau merempuh serangan musuh penuh keberanian tiada tara, terus beliau mengasak hinggalah beliau terkena tikaman musuh, membawa beliau terkorban sebagai seorang syahid.
Dengan itu panji Islam terus diambil oleh Jaafar bin Abi Talib, beliau pun tidak kurang dari Zaid bin Harithah, hingga apabila beliau terasa berat berperang dengan kuda, beliau melompat dari kudanya yang berwarna perang itu lantas disembelihnya, kini beliau bertempur di bawah, hingga apabila tangan kanannya terputus maka panji Islam itu dipegang dengan tangan kirinya, dan setelah tangan kirinya terpotong pula, lalu diapit bendera itu dengan dua belah lengannya. Dengan keadaan begini beliau terus menjulang bendera Islam hinggalah beliau gugur syahid, ada pula pendapat mengatakan yang beliau telah ditetak oleh seorang Roman hingga terputus dua, dan kemudian Allah menggantikannya dengan dua sayap yang memboleh beliau berterbangan di dalam syurga Allah, ke mana sahaja yang beliau mahu, kerana itu beliau dikenali sebagai Jadfar al-Tayyar dan Jaafar zul al-Janahain
Al-Bukhari meriwayatkan dari Nafi’ bahawa Ibnu Umar telah menceritakan kepadanya semasa beliau mendapati Jaafar telah syahid, dibadannya terdapat kesan-kesan pukulan dan tikaman sebanyak lima puluh liang, tidak ada satu pun di sebelah belakangnya.
Di dalam satu riwayat yang lain kata Ibnu Umar: Ku bersama mereka di dalam peperangan berkenaan, kami mencari Jaafar, kami dapati beliau di antara yang terbunuh syahid, kami melihat pada jasadnya lebih sembilan puluh liang tikaman dan tetakan yang telah disebut dalam riwayat al-Umri dari Nafi’. Dan kami telah mendapati kesemuanya itu dari sebelah hadapan jasadnya.
Di ketika Jaafar gugur selepas pertarungan yang sengit itu maka bendera Islam dicapai oleh Abdullah bin Rawahah, dengan itu beliau pun terus memecut kudanya mara ke hadapan, beliau teragak-agak untuk turun dari kudanya, hinggalah keadaan memaksa beliau, di sini beliau bermadah:
Duhai jiwa ku! ku bersumpah
kau pasti menghadapi kerelaan cabaran
kiranya sudah orang mencapainya
kenapa kau berlengah
membenci syurga Allah ?.
Beliau melompat turun, kemudian anak saudaranya menghadiahkan seketui daging dengan berkata: Makanlah buat menguat badanmu, hari ini kau menghadapi keadaan yang sama yang pernah kau alaminya. Beliau mengambilnya dan mengigit secebis kemudian beliau membuangnya. Lantas beliau menghunus pedangnya sambil mara ke hadapan dan terus bertarung hingga gugur sebagai syahid.

BENDERA BERPINDAH KE TANGAN PAHLAWAN PEDANG ALLAH
Serta merta seorang askar dari Banu ‘Ijlan dikenali sebagai Thabit bin Arqam memegang bendera Islam sambil melaung: Wahai kalian tentera Islam, pilihiah seorang di antara kamu untuk tugas ini. Jawab kalian: Kamulah orangnya, kata Thabit: Aku tak bolehlah, akhirnya orang ramai bersetuju dengan Khalid bin al-Walid. Apabila beliau memegang bendera terus beliau mengharungi kancah pertempuran yang sedang sengit. Al-Bukhari meriwayatkan dari Khalid al-Walid katanya: Di hari Mu’tah itu sembilan bilah pedang telah terpatah di tanganku, yang kekal dan dapat bertahan hingga ke akhir peperangan hanya pedang Yamaniah. Dalam lafaz yang lain katanya: Di hari Mu’tah sahaja sembilan bilah pedang terpatah di dalam tangan ku, yang tahan hanya pedang Yamaniah ku.
Di hari peristiwa Mu’tah itu Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat melalui wahyu yang terturun kepada Baginda, sebelum beritanya dibawa orang dari medan perang. Sabdanya yang bermaksud: Bendera dibawa oleh Zaid, beliau jatuh kemudian ianya diambil oleh Jaafar dan beliau jatuh lantas diambil oleh Ibni Rawahah, Ibnu Rawahah pun gugur, di masa itu Rasulullah berlenang air mata hinggalah bendera Islam dicapai oleh Pedang Allah maka dengannya pembukaan pun selamat terlaksana.

MAKAM NABI YUSHA




Makam Nabi Yusha Bin Nun di As SaltBaginda hidup sezaman dengan Nabi Musa A.s. Namanya tidak ada disebut di dalam Al-Qur'an,akan tetapi kisahnya ada diceritakan dalam surah Al-Kahfi ayat 60 .Firman Allah yang bermaksud:

"Berkata Musa kepada anak muridnya.."Menurut ahli tafsir,anak murid yang dinyatakan adalah Nabi Yusha'.Nabi Yusha' serta bala tenteranya telah menyempurnakan hasrat Nabi Musa A.s untuk menawan Baitul Muqaddis dari daerah Arieha setelah kewafatan Nabi Musa A.s

Kisah Nabi Yusha
Yuwsya‘ bin Nūn (Arab:يوشع) adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho. Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di "Tanah Yang di Janjikan". Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kanaan. Yusha dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara langsung tetapi Al-Qur'an mereferensikannya bersama dengan kisah Musa didalam surah Al-maidah, Al Kahfi dan Waqi'ah.Sesudah Harun dan Musa wafat, kaum Bani Israil dipimpin oleh Yusha‘ bin Nūn, yang memang telah ditunjuk oleh Musa untuk menggantikannya sesaat sebelum kewafatannya. Berkat kepemimpinan Yusha‘ bin Nūn mereka dapat menguasai tanah Palestina dan bertempat tinggal di istana. Namun setelah Yusha‘ bin Nūn wafat, mereka terpecah belah, dalam ajaran Islam dikatakan bahwa isi kitab Taurat mereka rubah dan ditambah-tambah. Mereka sering bersilang pendapat sesama mereka sendiri, hingga akhirnya hilanglah kekuatan persatuan mereka, yang mengakibatkan tanah Palestina diserbu dan dikuasai oleh bangsa lain. Segi positifnya adalah ketika dia meninggal, semua tugas untuk mengatur kedua belas suku tersebut telah selesai sesuai dengan kehendak Allah.

ASHABULKAHFI & KARAK CASTLE

ASHABULKAHFI

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.

Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.

Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).

Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.

Bilakah ia berlaku? Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.

KARAK CASTLE

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi . Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba . 1142 M , Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini . Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan .

Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly . Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan . Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka .

Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya . Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam . Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut . Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut .

Abdullah ibn Rawahah

Abdullah ibn Rawahah (عبدالله ابن رواحة‎) merupakan seorang pemuda golongan Ansar dari suku kaum Khazraj. Nama penuh beliau adalah Abdullah ibn Rawahah ibn Tha'labah.

Jasa dan perjuangannya
Beliau memeluk Islam bersama dua belas orang penduduk Madinah sebelum terjadinya peristiwa Hijrah dan atas jasanya juga, Islam lebih cepat tersebar di kawasan Madinah.

Kerana ketokohannya dalam usaha menegakkan Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W melantik beliau sebagai panglima perang ketiga selepas Zaid ibn Harithah dan Ja'afar ibn Abi Thalib untuk menentang tentera Rom Byzantine dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Mu'tah.

Dalam pertempuran yang berlaku di daerah Mu'tah, beliau terkorban syahid selepas menggantikan Ja'afar. Tugas beliau kemudiannya diambil-alih oleh seorang yang berpengalaman luas dalam strategi teknikal dan taktikal peperangan iaitu Khalid bin al-Walid.

Peperangan Mu'tah.

Perang Mu'tah berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidup Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.
Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.

Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallam biasa mengirim surat kepada para raja untuk berdakwah dan bertabligh kepada mereka. Salah satu surat beliau telah dibawa oleh Harits bin Umair ra. yang akan diberikan kepada Raja Bushra. Ketika sampai di Mautah, maka Syarahbil Ghassani yang ketika itu menjadi salah seorang hakim kaisar telah membunuh utusan Rasulullah SAW. Membunuh utusan, menurut aturan siapa saja, adalah suatu kesalahan besar. Rasulullah SAW sangat marah atas kejadian itu. Maka Rasulullah SAW menyiapkan pasukan sebanyak tiga ribu orang. Zaid bin Haritsah ra. telah dipilih menjadi pemimpin pasukan tersebut.

Rasulullah SAW bersabda, "Jika ia mati syahid dalam peperangan, maka Ja'far bin Abi Thalib ra. menggantinya sebagai pemimpin pasukan. Jika ia juga mati syahid, maka pemimpin pasukan digantikan oleh Abdullah bin Rawahah ra. Jika ia juga mati syahid, maka terserah kaum muslim untuk memilih siapa pemimpinnya". 

Seorang Yahudi, ketika mendengar perkataan ini berkata, "Ketiga orang sahabat yang telah ditunjuk sebagai amir tersebut pasti akan mati. Anbiya AS. pun, dahulu telah mengucapkan kata-kata yang demikian". Kemudian Rasulullah SAW memberikan bendera berwarna putih kepada Zaid bin Haritsah ra. Beliau sendiri ikut mengantar rombongan untuk melepas mereka. Di luar kota, ketika orang-orang yang mengantarkan pasukan tersebut akan kembali, maka beliau berdoa untuk para mujahidin ini dengan doa keselamatan, kejayaan, dan agar mereka dijauhkan dari semua perkara yang buruk sampai mereka kembali. 

Do'a Rasulullah SAW ini dijawab oleh Abdullah bin Rawahah ra. dengan membaca tiga bait syair yang maksudnya:
Engkau meminta ampunan dari Tuhanmu. Sedangkan kami menginginkan pedang yang akan memutuskan pembuluh-pembuluh darah atau tombak yang akan menusuk lambung dan hatiku Jika nanti, orang-orang melewati kuburan kami, mereka akan berkata: Inilah orang-orang yang telah berjuang untuk Allah. Sungguh, kalian betul-betul telah mendapat petunjuk dan kejayaan

Setelah itu, berangkatlah pasukan tersebut. Syarahbil pun telah mendengar tentang keberangkatan pasukan ini. Dia telah menyiapkan pasukan sebanyak seratus ribu tentara untuk melawan kaum muslimin. Dalam pada itu, para sahabat r.ahum. juga telah mendengar kabar bahwa Heraclius, raja Romawi, juga telah mengirim seratus ribu tentaranya untuk ikut menyerang kaum muslimin. Maka dengan jumlah musuh yang demikian banyak tersebut membuat sebagian sahabat ra. menjadi ragu: meneruskan bertempur melawan musuh, ataukah memberitahukan kepada Rasulullah SAW. Abdullah bin Rawahah ra. berkata,

"Hai orang-orang. Apa yang kalian takuti? Untuk apa kalian keluar meninggalkan Romawiah kalian? Apakah kalian keluar ini bukan untuk mati syahid? Kami adalah orang-orang yang tidak memperhitungkan kekuatan ataupun banyaknya orang dalam pertempuran. Kami hanya berperang agar di suatu hari nanti, Allah s.wt. memuliakan kita. Majulah. Setidaknya salah satu di antara dua kemenangan mesti kita dapatkan. Mati syahid, atau menang dalam pertempuran ini".

Mendengar kata-kata tersebut, semangat kaum muslimin pun bangkit kembali. Mereka terus maju sehingga sampailah pasukan tersebut di Mut'ah dan mulailah pertempuran berlangsung antara mereka dengan pasukan musuh. Dalam permulaan pertempuran, bendera dibawa oleh Zaid bin Haritsah ra. Dengan bendera di tangan, ia telah menyerang ke tengah Pertempuran. Mulailah berlangsung pertempuran. Ketika itu saudara Syarahbil telah terbunuh sedangkan kawan-kawannya melarikan diri. Syarahbil sendiri telah lari ke sebuah benteng dan bersembunyi di dalamnya. Kemudian Raja Heraclius mengirimkan bala bantuan lagi kurang lebih sebanyak dua ratus ribu orang tentara. Pertempuran berlangsung dengan begitu dahsyatnya. Akhirnya, Zaid ra. gugur syahid. Maka bendera kaum Muslimin segera diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib ra., setelah itu ia memotong kaki kudanya agar tidak berpikiran lagi untuk kembali. Sambil menyerang musuh, ia membaca beberapa bait syair yang terjemahannya sebagai berikut:

Hai orang-orang, apakah tidak baik surga itu Dan surga itu sudah dekat Betapa indahnya ia Dan betapa sejuknya air surga Telah dekat masa siksa bagi raja Romawi Dan saya mempunyai kewajiban untuk membunuhnya
Setelah membaca syair tersebut, dipotonglah kaki kudanya dengan tangannya sendiri. Agar hatinya tidak berpikir untuk kembali. la menghunus pedangnya dan terjun ke tengah pertempuran melawan orang-orang kafir tersebut. Karena ia adalah pimpinan pasukan, maka bendera itu tetap berada di tangannya. Pada mulanya, bendera tersebut dipegang dengan tangan kanannya. Tetapi salah seorang pasukan kafir telah memenggal tangan kanannya sehingga bendera pun terjatuh. Maka bendera tersebut segera diambil dengan tangan kirinya. Tetapi, orang kafir itu telah memotong kembali tangan kirinya. Maka ia segera mendekap bendera itu di dada dengan kedua lengannya yang masih tersisa dan digigitnya bendera itu dengan sekuat tenaga. Kemudian, seorang musuh dari arah belakang menebasnya dengan pedang sehingga tubuhnya terpotong menjadi dua. Ia pun roboh ke tanah, dan gugur dalam keadaan syahid. Pada saat itu, Ja'far bin Abi Thalib ra. baru berumur tiga puluh tiga tahun. 
Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa setelah Jafar ra. menjadi mayat, ketika mayat tersebut diangkat, di bagian muka tubuhnya terdapat sembilan puluh buah luka. Ketika Ja'far bin Abi Thalib ra. telah mati syahid, maka orang-orang memanggil Abdullah bin Rawahah ra. Ketika itu, ia sedang berada di sebuah sudut dengan beberapa tentara muslimin, sedang memakan sepotong daging karena sudah tiga hari lamanya mereka tidak makan sesuatu pun. Mendengar suara yang memanggilnya, maka dilemparkanlah sisa daging itu. Ia berkata memarahi dirinya sendiri,
"Hai lihatlah, Ja'far telah syahid, sedangkan kamu masih sibuk dengan keduniaanmu".

Maka ia segera maju menyerang ke depan dan mengambil bendera kaum muslimin. Tetapi, jari tangannya telah terluka berlumuran darah dan terkulai hampir putus. Kemudian jari itu diinjak dengan kakinya sendiri lalu ditarik tangannya sehingga terpotonglah jarinya tersebut. Kemudian, jari yang sudah terputus itu ia lemparkan, kemudian ia maju kembali ke medan pertempuran. Dalam keadaan susah dan payah seperti ini, ia merasa sedikit ragu di dalam hatinya karena hampir tidak ada semangat dan kekuataan lagi untuk berperang. Tetapi, keraguan tersebut hanya terlintas sebentar saja dalam hatinya. Ia segera berkata pada dirinya sendiri,

"Wahai hati, apa yang masih kamu ragukan, apa yang menyebabkan kamu ragu-ragu? Istrikah? Ia sudah saya talak tiga. Atau hamba sahaya yang kamu miliki? Semuanya telah saya merdekakan. Ataukah kebun? Itu pun telah saya korbankan di jalan Allah".

Setelah itu, ia membaca syair berikut:
"Wahai hati, kamu harus turun Meskipun dengan senang hati, ataupun dengan berat hati Kamu telah hidup dengan ketenangan beberapa lama. Berpikirlah, pada hakikatnya, kamu berasal dari setetes air mani Lihatlah orang-orang kafir telah menyerang orang-orang Islam Apakah kamu tidak menyukai surga jika kamu tidak mati sekarang suatu saat nanti, akhirnya kamu akan mati juga".

Setelah itu, ia turun dari kudanya. Seorang sepupunya, yaitu anak pamannya, telah memberi sekerat daging kepadanya sambil berkata, "Makanlah ini untuk meluruskan tulang punggungmu." Karena sudah berhari-hari ia tidak makan, maka daging tersebut diterimanya. Baru saja ia mengambil daging tersebut, terdengarlah suara kekalahan. Akhirnya, dilemparkanlah daging tersebut. Ia segera mengambil pedangnya dan menyerbu ke kancah pertempuran melawan orang-orang kafir. Ia terus bertempur hingga mati syahid.

NABI SYUAIB A.S



Serba sedikit sejarah ringkas tentang dakwah Nabi Syuib. Beliau telah diutuskan kepada kaum Madyan, segolongan bangsa Arab yang tinggal di daerah bernama Ma’an di pinggir negeri Syam (Palestin). Golongan ini menyembah Aikah, iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Ketika nabi syuib berdakwah kepada mereka, mereka langsung tidak menerimanya bahkan mengejek dan mempersendakan dakwah nabi. Antara amalan buruk mereka ialah menipu sukatan dan timbangan dalam jual beli.  Ramai saja para pedagang kecil yang tertipu dan ditindas oleh mereka. Mereka turut mencabar nabi agar menurunkan azab kepada mereka seandainya dakwah nabi itu benar. Akhirnya dengan izin Allah, Allah menurunkan bala kepada mereka dengan hawa panas terik yang membakar kulit dan kering tekak dahaga kepanasan yang amat perit sekali. Ke mana sahaja mereka pergi untuk berlindung dari hawa panas langsung tidak mendatangkan faedah sekalipun. Dikatakan, mereka menuju ke hutan tempat penyembahan mereka namun itu pun tidak mendatangkan faedah. Kemudian Allah telah mewahyukan kepada nabi agar keluar bersama-sama orang mukmin dari desa tersebut agar azab Allah yang akan diturunkan tidak menimpa ke atas mereka. Akhirnya umat nabi Syuib yang ingkar tadi melihat awan tebal datang beriring, lantas menuju ke awan hitam yang tebal itu. Sangkaan mereka bahawa awan tersebut akan menghindarkan mereka dari hawa panas, namun ia meleset sama sekali. Lantas, kedengaranlah suara teriakan kuat dari langit, mereka menyangka itu guruh yang akan membawa kepada hujan, namun sebaliknya terjadi, mereka dibakar oleh cahaya api yang keluar dari awanan hitam hingga menjadi abu berterbangan. Begitulah azab Allah yang pedih bagi kaum yang ingkar, buat pengajaran umat mendatang. Kisah berkenaan Nabi Syuib dan kaumnya banyak diceritakan dalam surah Hud surah ke-11 ayat ke 84-95.