Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Showing posts with label ~MaLaYsIa~. Show all posts
Showing posts with label ~MaLaYsIa~. Show all posts
Friday, August 24, 2012
Tuesday, August 21, 2012
Ramadhan Dan Syawal
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sangat banyak aktiviti pembinaan rohani dan jiwa terlaksana. Paling bermakna pengalaman ber'iktikaf' 10 malam terakhir di Masjid Taal. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang yang sangat bernilai. Kedua, pengalaman berbuka puasa di Wadi Rum selepas berpeluang melihat nikmat matahari terbenam. Yang paling istimewa tetamu dari Malaysia sudi untuk datang merasai puasa Ramadhan, kak Amira Radzi sungguh bertuah kerana diberi peluang berpuasa di Jordan.
Di bulan Ramadhan kami beberapa akhowat bersama Kak Amira Radzi telah merancang trip bersiar-siar selama 3 hari 2 malam mengelilingi Jordan. Meskipun dalam cuaca yang terik dan panas, kami tetap happy ^___^ sebab dapat bawa Kak Amira Radzi jalan-jalan di Bumi Jordan ini.
Berjalan di atas tanah PETRA.
Kenangan di Aqobah, Jordan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di pagi 1 Syawal 1433H, kemeriahan beraya di perantauan tetap dirasai meskipun berjauhan dengan keluarga tersayang. Kami berkampung beramai-ramai, bersama-sama membuat persiapan hari raya, dan bergembira bersama-sama. Tahun ini saya kira raya yang paling matang pernah saya rasai. Sudah lah keluarga berjauhan, segala-galanya pula perlu disiapkan sendiri. Alhamdulillah,Rendang Ayam, Kuah kacang dan Lodeh berjaya dimasak dengan lazat. Akhowat-akhowat pun ada yang rajin buat kuih raya. Ada kuih batang buruk, kuih makmur, kuih coklat cornflakes dan kuih biskut chip coklat.
Raya pertama kami dah mula buat Open House. Syukur segalanya dipermudahkan. Tengahari kami dah keluar berjalan raya. Meletihkan tapi sangat menyeronokkan. Pengalaman yang tidak dilupakan pada raya kedua kami beraya di rumah akhowat Thailand. Meriah sangat tambah-tambah lagi kami dihidangkan dengan masakan Laksa Thailand.
Bersama-sama dengan sahabat akhowat-akhowat yang disayangi di Hari Raya.^__^
Thursday, August 2, 2012
Tak Balik Raya, Tapi.^__^ ada sampul duit raya
Done! - 1 Ogos 2012- 11.18pm [lepas terawih]
Siap 17 Ogos 2012. Lokasi : Taman Subang Perdana, Kg Melayu Subang, Shah Alam
Alhamdulillah siap dengan jayanya. ^___^
Alhamdulillah projek pertama dariku untuk ahli keluarga buat seluruh saudara-mara dan sesiapa yang bakal mendapat ang-pau duit raya dari kami. Disebabkan tahun ni [2012] tidak beraya di Malaysia, jadi inilah buahnya bila terlalu banyak sangat idea.
Pada mulanya, ia cumalah sekadar poster Salam Ramadhan yang ada gambar ahli keluargaku. Tetapi, cepat sahaja ibuku memberi buah fikirannya untuk meneruskan ideaku ini kepada membuat sampul duit raya. Akhirnya, jadilah macam ni. Semoga tahun ini Allah melimpahkan 1001 rahmat dan kasih sayangNYA buat seluruh umat Islam. Selamat meneruskan puasa Ramadhan buat semua!.
Wednesday, August 1, 2012
Cuti Bulan Jun 2012
Sewaktu kali pertama beraya di Jordan
bersama Kak Ira ^.^ -Selingan-
Bismillah,
Tahun 3, Islamic Banking & Finance. Ku menjejakkan kaki lagi sekali ke Malaysia dengan satu tujuan yang sedikit berbeza, dan lebih matang. Pulang ke Malaysia untuk suatu misi yang besar. Maka dengan itu, jadual harianku disusun dengan begitu teliti agar kesemua perancangan dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, meskipun cuti hanyalah beberapa minggu tidak sampai sebulan, syukur kepada Allah kerana dengan masa yang singkat itu kurasakan banyak aktiviti yang telah terlaksana berbanding jika cuti yang sebelum ini.
3 adik-adikku yang mempunyai karenah yang agak unik bagiku.
Pernah suatu ketika diriku diberi peringatan oleh seseorang yang mantap akhlaknya, beliau mengatakan bahawa pada zaman muda inilah waktu dimana kita wajib untuk menyumbang sepenuh tenaga untuk Islam, zaman dimana segala-galanya nampak mudah dan mampu dilakukan atas kapasiti tenaga pemuda itu yang cukup kuat dan penuh semangat serta azamnya yang tinggi. Zaman pemuda ini boleh disebutkan sebagai zaman keemasan kerana pada waktu ini pemuda itu boleh melakarkan sebanyak mana sejarah hidupnya yang paling hebat. Terbayang saat tulang kita sudah kita kuat dan satu badan mudah kepenatan dan penyakit banyak menyerang, sudah pasti tenaga yang ada sukar untuk disumbangkan dalam bentuk yang sebelum ini iaitu ketika zaman muda. Maka dengan itu, kita perlu sedar akan betapa besarnya peranan menjadi orang muda yang akan menggerakkan Islam dan mengajarkan agam kepada seluruh umat manusia.
Jadual cuti yang padat? Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah mengikuti perkembangan adik-adik junior yang bakal meneruskan pengajian ke Jordan. Memberikan pendedahan dan penerangan yang jelas tentang kehidupan mahasiswa di bumi perantauan menjadi buah besar perbincangan kami. Selain membincangkan tentang hal ehwal pengajian dan sebagainya, diriku kagum dengan sebahagian adik-adik ini yang penuh semangat bertanyakan soal wasilah tarbiyah yang wujud di Jordan. Tahniah buat mereka yang sudah berjaya meletakkan diri mereka jauh kehadapan, memikirkan kemajuan sahsiah dan akhlak diri masing-masing.
Pelbagai program yang menyusul selepas itu, antaranya 'Road To Jordan' yang menjadi salah satu program khusus buat mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian atau yang ingin mengetahui serba-serbi mengenai pengajian di Jordan. Sambutan yang amat memberangsangkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Balik kampung. Antara aktiviti mingguan ahli keluargaku. ^_^. Membersihkan kawasan halaman kampung yang sudah tiada berpenghuni setelah datuk dan nenekku meninggal dunia.Setiap minggu kampung halamanku akan menjadi tempat persinggahan dan tempat beristirehat ahli keluarga sebelah ibu terutamanya. Meskipun datuk dan nenek sudah tiada, hakikatnya suasana kemesraan dan ketenangan serta kehijauan sawah padi yang menyejukkan mata sudah cukup untuk membuatkan hati kami sekeluarga gembira untuk balik ke kampung. Aktiviti memancing merupakan antara akvitvit kesukaannku. Tidak sah balik kampung jika tidak pergi memancing. ^_^
Kayu pancing ibuku agak bengkok, tanda ada ikan sudah terkena umpan. ^-^
Mencari lubuk ikan di tengah sawah padi. Ikan haruan pastinya gemuk-gemuk.
Harapan: Ingin menghabiskan kursus Pengurusan Jenazah oleh ibuku Puan Peridah Hashim.
-gambar hiasan
Hampir dua minggu bercuti di Malaysia dipenuhi dengan aktiviti yang dikira padat bagiku. Manakan tidak, seharian sebagai anak perempuan yang sulong di rumah juga dipenuhi dengan aktiviti surirumah. Tidak dinafikan sebagai wanita yang bakal mendirikan rumah tangga, bermula sekarang segala kerja-kerja surirumah sudah semestinya menjadi aktiviti kebiasaan kita. Apatah lagi jika sibuk bekerja nanti, maka disitu kebijaksanaan wanita akan teruji, di antara ingin melunaskan tanggungjawab kerja pada masa yang sama ingin menguruskan hal rumah tangga. Insyaallah kita semua wanita yang bijak. ^_^
Wednesday, August 18, 2010
~KePuLaNgAnku Ke TaNah Air~
Salam Malaysia buat anda semua,
Di kala saya menulis artikel ni, saya telah berada di Malaysia. Wah...i'm home finally.
Firstly, Alhamdulillah grateful to be here..to be in Malaysia..stay for a month with my family, with my cutey2 cousin, with my friends. Insyaallah i'll meet all of you to complete this mission of my holiday..cuti2 malaysia..
When i was just arrived at arrival hall, i was staring at all people. Searching my mom and my dad.
So lovely to say that, my mom dengan suara kecil panggil 'dila, sini'..>ok.i see my mom already. time to hug her. ..then POP. my dad coming and hulurkan tangan nak salam. i was a little shock coz i'm still blur of this exciting , of course first sampai la katakan.
PROLOGUE.....
So long i was lost in my journey, 10 hours from cairo (transit 3 hours), seriously i got nothing to do except tido then borak2 with my friends then have a nice meal of egypt air. of course meals depa sume resepi2 arab. he2..
"anyone who want to take sahur?"...mostly foreigner dalam flight tu. Berpotensi tinggi utk duduk sebelah british man, italian, and so on...We take sahur as usual atas flight. Melihatkan langit fajar di luar tingkap kapal terbang mesir ni sangat menakjubkan. Kepulan awan2 indah. langit berserakan dengan warna birunya yang nyaman. Subhanaallah,,,masyaallah...even my seat was at the center and far from the window to have a look outside the beauty sky, alhamdulillah Allah still give me a chance to see one of His big miracles.
After sahur. oh God tak bleh nak tidur lagi..sebab sangat tidak selesa. dah la duduk jek.nak jalan2 pon mcm tak best pasal yela tak selesa. Screen depan tu je la yg mampu utk ditengok. information about the altitude and speed. local time of destination. every minutes dia akan buat updating. i like it..he2..
" please, tight up your seat belt". said one the stewardess.
Setelah berjam2 lamenye berada di atas langit, dikelilingi awan. it's time to get a little bit far from the high altitude..
Supposed to be my fligth landed at 4.15pm..tapi delayed punya pasal daripada Cairo. so my plane landed at 6.06 pm. then half hour it took to claim my bag then straight away go to the arrival hall..
_____________________________________________________
"fadhilah, apa khabar?...".wajah ustaz Amin terus menerpa. Ustaz Amin datang ke airport jua melihatkan kepulangan kami ( 3of bankers yang x balik lgi, which were nafeesa, nik and me)
"awak tunggu sape kat sini?"
"saya tunggu mak ayah saya amik kereta kat parking car tingkat atas"
Ha tu dia mak pon dah sampai.
"ni dia mak ustaz Amin yang dulu bekas student Jordan sekarang megajar bhs Arab. Ajar dila kat Intec"
"ok ustaz, nanti kita jumpa kat pertemuan bankers bersama2 lecturernye"..heh2
"ok, selamat berbuka la ye, tak dapat nak berbuka bersama"
Memandangkan ayah nak pergi ke ofis nye sekejap. jadi rushing sekejap. So, kitorang 3 beranak buka puasa air dalam kereta. Then sampai2 rumah masih lagi dalam keadaan blur plus exciting coz still suprised that i'm home..he2...
The feeling that i still can speak out here was "Alhamdulillah"...seeing my parents and having a lot of lovely times with my adik2 yang havoc+serabut+degil+baik = boleh tahan laa..haha
Alhamdulillah ...Ya Allah kerana Engkau masih memberiku peluang untuk bertemu Ramadhan bersama2 dengan ibu bapa serta saudara2 ku yang lain.
Nikmat in aku pasti tidak akan sia2 kan..Ya Allah Kau berilah ku luaskanlah masa ku. cukupkan masa ku untuk beribadat kepadaMU, untuk bersama2 keluargaku dan masyarakat2 lain...
Ameen...

Subscribe to:
Posts (Atom)