~Mahasiswa Deeniyah, Persepsi dan Perubahan~

 Assalamualaikum...

 " MAHASISWA DEENIYAH, PERSEPSI DAN PERUBAHAN".Sebagai pelajar yang belajar di Timur Tengah, kita sering diasak dengan pelbagai persepsi masyarakat yang tidak putus-putus, tidak kira sama ada masyarakat Malaysia ataupun masyarakat Timur Tengah. Namun, di sini saya mahu menfokuskan pada skop pengajian di luar negara iaitu di tempat saya belajar kini, Jordan.
Persepsi masyarakat arab yang sering melontarkan pelbagai pujian terhadap pelajar Melayu khususnya bahawa kita semua mempunyai akhlak yang bagus dan baik. Segala pujian yang baik datang dalam setiap perkara dan segenap langkah yang kita lakukan. Oleh itu, bagaimana pula respon kita terhadap kesemua pujian ini dan bagaimana cara kita berinteraksi serta bertindak balas dengan pujian-pujian ini.?

Pujian ini semua sama ada ia dizahirkan dalam bentuk realiti atau fantasi. Semuanya datang dari dalam diri individu itu sendiri. Sejauh manakah kita merealisasikan persepsi masyarakat itu dalam diri kita. Harus ditekankan di sini. "deeniyah" itu bukanlah sekadar luaran sahaja, bertudung labuh dan memakai kopiah. Meskipun luaran itu penting, namun ada sudut yang lebih penting lagi iaitu dalaman kita, adakah juga "deeniyah" nya ia seperti luaran kita yang bertudung labuh atau berkopiah?. Oleh itu, realisasikann persepsi positif ini dengan tindak tanduk, akhlak serta sikap kita yang juga positif.

Sebagai penuntut ilmu di bumi Jordan bumi para anbiya'. Sudah semestinya kita berbeza dengan mahasiswa lain yang berada di Malaysia. Berbeza kerana kita belajar di bumi asing. Namun persamaan antara keduanya tetap banyak dan yang dominan sekali adalah kita sebagai seorang yang menuntut ilmu. Allah menjanjikan penuntut-penuntut ilmu ini dengan mudahnya mereka jalan ke syurga. Tidakkah itu satu nikmat yang besar kepada kita?. Apa yang kita lihat mahasiswa atau pun penuntut ilmu ini merupakan suatu bidang pekerjaan yang tiada hasil pendapatan yang diperoleh. Tetapi di sisi Allah ada pulangannya. Sudah semestinya ganjaran pahala besar di sisi Allah bagi mereka yang menuntut ilmu. Selain itu, zakat juga adalah  dikhususkan penerima zakat adalah penuntut ilmu. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat memberi perihatian kepada mereka ini iaitu kita sendiri. Ini dari sudut pandangan ekonomi itu sendiri.

Kita pergi pula kepada sudut akademik. Penguasaan ilmu sangat penting dalam menjamin kualiti ilmu seseorang mahasiswa itu sendiri. Kejayaan dalam bidang akademik saya yakin semua orang mampu menyenaraikan faktor-faktor kejayaan itu. Tetapi kesemua faktor itu jika kita lihat ianya tidak akan kemana melainkan faktor itu bermula dalam diri kita sendiri. Faktor kejayaan kesemuanya datang daripada diri kita.
Dalam konteks ilmu apa yang sangat penting adalah penguasaan sesuatu ilmu itu. Jangan bataskan ilmu dan minda kita. Sekiranya jika pelajar Syariah, ya kita perlu fokuskan pada bidang kita. Namun jangan kita sempitkan ruang minda kita. Saintifiknya. akal kita akan semakin memberi ruang yang luas sekiranya semakin banyak ilmu dicurahkan kepadanya. Otak-otak manusia yang berilmu lagi luas berbanding mereka yang tidak memilik ilmu atau kurang ilmu.  Masalah akademik yang meruncing dalam mahasiswa agama khususnya akan menyebabkan mereka tidak dirujuk oleh masyarakat apabila berbincang dalam konteks agama. Olen itu, pentingnya penguasaan ilmu itu. Sekiranya bidang agama tidak diterajui oleh pakar agama, maka agama itu akan diterajui oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang agama seterusnya mereka akan memerintah mengikut persepsi mereka.


"Selain kita mewarisi ilmu para anbiya', seharusnya kita juga mewarisi akhlak-akhlak para anbiya' dan selepas itu kita juga akan mewarisi cabaran-cabaran para anbiya' para anbiya' dalam kehidupan"


Sebagai mahasiswa yang hidup zaman global ini, kita seharusnya menggarap semua globalisasi kini dan menjadi tugas kita untuk menyelesaikan segala isu semasa yang berlaku. Kita menjawab segala persoalan masyarakat berdasarkan apa yang kita faham dan bukannya berdasarkan hafalan kita ketika dalam kuliah. Ini adalah hakikat yang perlu kita sedar bahawa sebagai mahasiswa kita mesti berfikiran matang dan bersikap rasional serta bertindak profesional.

Persepsi masyarakat lain yang juga perlu diubah adalah mereka menganggap bahawa bidang agama bukan lagi bidang yang kritikal. Antara lain juga, bidang agama ini juga dikatakan merupakan bidang yang menjadi pilihan terakhir. Masalah mahasiswa kita sekarang adalah kurangnya keyakinan untuk menonjolkan diri. Lebih-lebih lagi mahasiswa yang berada dalam bidang agama. Bagaimana kita ingin meletakkan persepsi masyarakat itu pada tempat yang betul, bahawa kita ini yang belajar bidang agama yang belajar dengan serius dengan harapan dapat memimpin ummah pada suatu hari nanti. Insyaallah. Apa yang penting tingkatkan mentaliti kita terhadap akademik.!!!!

Mahasiswa kini bukan sahaja dengan keluar masuk kuliah dan menghadiri peperiksaan. Jika kita beranggapab begitu, maka sedarlah bahawa mahasiswa kita mempunyai masa depan yang kian pudar. Kita sewajarnya mempunyai nilai tambah lain selain kita memiliki title sebagai mahasiswa. Kembangkan softkill yang ada dalam diri kita dan pandukan ia ke jalan yang betul serta salurkan atau sumbangkan ia ke arah yang sepatutnya. Softkill lain juga adalah akhlak kita. Bagaimana kita ingin mengembangkan akhlak yang ada dalam diri kita?. Kita patut ada rasa malu jika kita tidak berakhlak. Terutamanya pelajar yang berada dalam bidang  pengajian islam. Imej kita melambangkan siapa kita sebenarnya. Persoalan iman dan hidayah ini adalah tidak kira siapakah dia, ustaz ke ataupun doktor.


"Jika kita ingin mencari manusia yang baik, maka kita dahulu yang mesti berubah menjadi baik. Nescaya mereka yang baik akan datang kepada kita."

Mahasiswa yang bijaksana bukan sahaja setakat mampu memindahkan ilmu itu kepada suatu yang praktikal, tetapi juga mampu memproseskan ilmu itu sendiri dan seterusnya mampu menyelesaikan masalah dan isu tertentu. Apa sahaja ilmu yang kita peroleh kongsikan pada masyarakat. Adaptasikan  ilmu itu dengan realiti. Dalam dunia yang globalisasi ini, pelbagai sumber ilmu telah terhidang di depan mata kita. Hanya search di google, maka keluar segala yang kita mahu cari. Menunjukkan bahawa tiada batasan sudah dalam mencari ilmu. Dengan medium begini, perkasakan ilmu kita. Semua alasan yang timbul untuk tidak mencari ilmu sudah lagi tidak diterima. 
 
 "Matikan hiburan, hidupkan budaya ilmu"
 
 





2 comments:

ainazirah said...

nice. interaksi dengan ilmu itu penting

FaDhILaH said...

sekadar berkongsi...perkongsian dari forum kat sini...:)
selamat berjaya....=)

Post a Comment


up