Tuesday, December 29, 2009

PILIH YANG TERBAIK

Salam..

Dari dariNYA kita datang dan dariNYA jua kita kembali..

Kita dijadikan daripada setitis air mani dan dari bermilion sperma..kita terpilih untuk terus hidup di rahim ibu kita. Dan sepanjang kita bernafas didalam perut ibu kita, kita tertanya-tanya adakah mungkin aku dilahirkan ke dunia atau tidak..semua dengan izinNYA.

Namun kita jua terpilih sekali lagi olehNYA untuk terus berjuang bernafas di alam nyata ciptaanNYA. Dunia yang sangat asing membuat aku merindui saat hidupku di dalam rahim ibuku..Daku kedinginan dek kerana dunia yang aku tidak pernah lihat dan tangisan pertama ku kedengaran tanda kebesaran yang maha kuasa..Di saat aku berjanji padaNYA untuk sentiasa beribadat kepadaNYA dan mentaatiNYA sepanjang masa umurku dihabiskan....

Sepanjang penghidupan seorang manusia adalah fitrahnya beragama..Allah Maha mengetahui hikmah disebaliknya...terlalu banyak kisah diceritakan tentang soal agama warisan dan sebagainya..BIARLAH KITA BERAGAMA DENGAN AGAMA ISLAM, AGAMA YANG BENAR DENGAN PENUH KETAQWAAN DAN PENUH RASA KEHAMBAAN.....

Meskipun dunia ini terlalu banyak pilihan untuk dipastikan namun DIA sudah lebih awal memilih yang terbaik untuk kita...Bersyukur dengan hidayah yang diberikan kepada kita...serugi2 manusia adalah yang kembali kufur kpd allah setelah datang kepadanya risalah yang benar...Ya Allah, jauhilah kami dari segala perkara yang meruntuhkan iman kami..Ya Allah teguhkan iman kami semoga Engkau mengampuni kami....

Kebuntuan dalam membuat pilihan yang terbaik selalu mengelirukan fikiran bijak seorang manusia yang mempunyai akal......kita bebas membuat pilihan namun dengan meminta petunjuk padaNYA membuatkan kita lebih yakin dengan pilihan yang kita lakukan....mintalah dengan penuh redha..serahkan seluruh jiwa kita dikala kita meminta apa saja daripadaNYA....

menangislah kepadaNYA..jangan pernah ego untuk menangis kepadaNYA...kerana itu apa gunanya air mata diciptakan...

sejenak kita berfikir tentangNYA..pahala ibadah sudah tercatit oleh malaikat untuk kita...
berkejar-kejaran lah dalam kita beribadat kepadaNYA....

kita boleh memilih sama ada untuk tidak melakukan atau melakukannya....semua nya terpulang kepada kita..namun ingatlah Allah jua lah pemilih yang terbaik untuk memilih sesuatu yang terbaik untuk kita agar kita menjadi umat yang terbaik....

Saturday, December 26, 2009

HADAPI SEGALA


SALAM

Dunia diciptakan penuh misteri dengan seribu satu pertanyaan yang tidak mungkin dapat dirungkaikan dengan mudah...Ilmu yang tinggi mane pun jgn lah kita angkuh dek kerana kita mungkin dapat menjelaskan segala2nya..

Namun begitu Dia tetap meninggikan darjat seseorang yang berilmu..sedarlah bahawa ilmu itu lah yang membuka kunci pintu kejahilan..manusia mungkin bangga dengan ilmu yang ada padanya tapi mungkin itu saja yang boleh kita banggakan sedangkan ramai yang terkandas di jalan yang salah dek kerana masih tidak mendapat ilmu yang sebenar yang perlu dicarinya itu...

hati yang suci dan bersih mampu menembus semua sudut ilmu yang dipelajarinya...dan dengan cahaya ilmu itulah seseorang itu dapat menggunakan mata hatinya utk sentiasa bertindak dengan penuh hikmah....

Kerana ilmu itulah membuatkan kita berbeza dengannya...wahyuMU cukup jelas menerangkan tentangnya..tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu....kita masih punya waktu utk menambah dan memahat ilmu di dada dan selagi itulah nyawa kita akan sentiasa dinilai oleh si Pencipta akan apa yang kita amalkan daripada ilmunya itu...

Manisnya saat kita menuntut ilmu di medan yang menggamit hati ini..walau terdapat banyak mehnah dan cabaran yang akan ditempuhi namun utk bukan lah segala-galanya.. jangan kita pernah putus asa dengan cabarannya itu kerana itu kita masih di dalam ujianNYA yang sebenarnya akan menentukan tahap keimanan kita.....apa yang pasti kita semua beramal utk menggapai redhaNYA....


TENTANG BANYAK PERKARA


Assalamualaikum..

Sudah lama ku tidak menulis dan mengukirkan kata-kata dalam ruangan maya ini...
Dunia di sini sungguh berbeza dan ku cube utk merasakan perubahan itu dan aku telah dapat merasainya..sungguh nikmat dunia ini kalau ku bernafas didalam redhaNya ...
Kawan dan keluaga banyak memberi semangat kepadaku..

kuliah utk sem pertamaku akan berakhir tidak lama lagi..memang sekejap jer rasanye belajar ni..
masa tu mmg mencemburui aku dan masa2 ku bersama2 kuliah..hemmm
dan tentang itu aku juga mula belajar erti diriku ini yang masih ade banyak lagi kekurangan yang perlu di perbaiki dan mungkin digali semula luka2 dalam itu dan dicuci semula dengan ubat2 yang menyembuhkan...krn itu mungkin aku akan dapat merasakan seluruh jiwaku hilang dari kenangan masa lalu...krn masa depan itu memerlukan fikiran aku utk memandang terus ke hadapan..

4tahun ku bakal menuntut di bumi anbia' ini..dikala aku masih merasakan doaku kepadaMU yang termakbul setelah sekian lamanya...sekadar aku memikirkan impian aku yang sudah menjadi nyata...ku syukur kepadaMU... memang sukar utk menceritakan tentang apa yang akan berlaku walaupun kita cube merancangkannya..krn itu kita tahu bahawa perancangan yang mutlak tidak ditentukan di tangan sang manusia....

Namun kita tidak terlepas utk sentiasa berusaha dengan secebis harapan dan angan2 yang diiringi doa dan tawakal sepanjang perjuangan ini...langit tinggi tanpa tiang2 yang mendirikannya cukup utk ku membayangkan bahawa KAU sgt berkuasa menentukan segalanya...

Tentang apa lagi perlu dipersoalkan hanyalah apa yang kita dapat lakukan di muka bumi ...apa yang kita dapat keluarkan dengan titik perlu kita demi membantu agamaNYA...

perjuangan tetap perjuangan....pengorbanan tetap pengorbanan..perit tetap perit..duka tetap duka..riang tawa semua rahmat yang datang cume sementara sedangkan ganjarannya terlalu banyak utk difikirkan...manusia seusia ku memang sudah banyak memikirkan tentang banyak hal...dan akal manusia itu sangat berguna masakan kalau tidak DIA ciptakannya...

ku ukirkan kata2 ini utk kalian pembaca yang budiman...tidak perlu merasakan tulisan ku hy luahan dariku semata2..malah ambillah sebanyak mane yang kalian mampu ambil dari tulisan ku ini yang mungkin ade mutiara atau pasir sahaja...

Friday, November 20, 2009

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEMATANGAN




Di bumi JORDAN aku dididik untuk menjadi seorang yang kenal erti pengorbanan di saat kebuntuan...aku mengenal erti kasih sayang seorang kawan..aku mampu mengerti makna kesusahan dan kepayahan yang pernah ibu aku katakan selama ini....

Doa yang tidak putus-putus..serta rakan2 yang sentiasa memberi sokongan...pelajaran kami tetap di hadapan...kehidupan sebagai seorang mahasiswa sememangnya banyak mehnah dan cabaran yang sedang menanti dan kita sebagai seorang yang berpelajaran sepatutnya menghadapi situasi tu dgn penuh profesional....aku tidak melepaskan peluang untuk melihat kekuasaanNya dan kebesaranNya di kala kaki ku berpijak di bumi anbia' ini...

Semua manusia akan melalui kembara perjuangan mencari ilmu yang hakiki....apa sahaja ilmu...
selagi kita mampu bernafas carilah sebanyak mana ilmu...
Allah akan menaikkan darjat seorang hamba yang berilmu....


hujan....jamiah...

Biarpun kadang2 terasa pedih dan tertekan dek kerana sikap kita hanya manusia biasa yang cepat melatah bila berdepan dgn masalah...tp aku ttp igt bhw aku punya MISI yg masih belum selesai...segulung IJAZAH perlu ku capai..impianku n keluarga ku jua...

Kpd rakan2 DAN SEMUA pembaca...di saat kita kebuntuan, kesusahan, di dalam duka, kepayahan..x usah la berfikir panjang...tadah lah tangan dan panjatkanlah doa kepadaNYA kerana DIA lah yang sebenarnya yang sedang menguji kita...

dan di saat juga kita dalam kebahagiaan, kesukaan, kesenangan,,juga tadahlah tangan panjatkan kesyukuran kepadaNYA agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang kufur dengan nikmatNYA....

Sunday, September 20, 2009

SESAMPAI KU DI BUMI JORDAN

Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat illahi krn akhirnya ku jejakkan kaki juga di bumi Anbia ini...tujuan n niat ku hy satu..menuntut ilmu dan melihat kebesaranNya..namun akanku sisipkan juga kenangan2 manis n indah bersama rakanku yang lain di sini...

tanggungjawab ku ini ku rasakan berat untuk dipikul, namun ku gagahi jua untuk ku terus menghadapi perjuangan ini....buat ibu bapaku..terima kasih ku ucapkan krn selalu menyokong ku di jalan ku..buat adik2 ku..walaupun korang mcm nakal n degil..sungguh korang buat akak terhibur jgk...buat saudara2 ku yang lain...terima kasih ats nasihat2 yang kalian berikan.guru2 ku tanpamu tiadalah ilmuku didada...rakan2ku..teguran n peringatan yang dicurahkan ku ucapkan sejuta terima kasih...

Kini, perjuangan ku bermula..walupun dulu sudah bermula namun mungkin ianya terhenti di tengah jalan tanpa ku sedar...dan sekarang ku bersedia untuk memulakannya...doa dari semua ku pohon sebagai semangatku disini....

pemandangan di kwsn berdekatan Amman



pemandangan dari dalam bilik
Pengalaman manis sangat byk bile kita berada di negara asing..lebih2 lagi di negara anbia'...

Sunday, July 26, 2009

POLIGAMI???


Kenapa wanita enggan berpoligami?


Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami. Kenapa para isteri menolak poligami?

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa. Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apaila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.


Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia. Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama.


Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati. Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan. Kesimpulannya: Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.


Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju. Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah.


Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya. Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah. Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.

Wednesday, July 1, 2009

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA



Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.Bagaimanakah caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher dan Dada Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".


3. Berpakaian tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).


4. Agak Terbuka Sedikit Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi."Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.


5. Tudung Semakin Kecil Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."


6. Terdedah Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan." Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.


7. Membuka Seluruh Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"


Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.""Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.


Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!! Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!

Nauzubillah...

WANITA...PERHATIAN!!! DIRI ANDA AMAT BERHARGA


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.Bagaimanakah caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher dan Dada Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".


3. Berpakaian tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).


4. Agak Terbuka Sedikit Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi."Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.


5. Tudung Semakin Kecil Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."


6. Terdedah Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan." Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.


7. Membuka Seluruh Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"


Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.""Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.


Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!! Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!

Nauzubillah...

Sunday, June 21, 2009

11 DOA PARA MALAIKAT


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Thursday, June 18, 2009

MUHASABAH CINTAKU

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi Muhasabat cintaku

Wednesday, June 17, 2009

SYEIKH FATHI YAKAN


Syeikh Fathi Yakan Meninggal Dunia


Syeikh Dr. Fathi Yakan, ulama yang dikenal sebagai inspirator gerakan dakwah meninggal dunia hari Sabtu kemarin—Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Syeikh Dr. Fathi Yakan, Ketua Front Aksi Islam (IAF), Libanon dikabarkan meninggal dunia pada hari Sabtu. Media setempat mengatakan, ia meninggal setelah dirawat dalam kondisi kritis.
Syeikh Fathi Yakan si meninggal Rumah Sakit di mana ia telah dirawat malam sebelumnya. Syeikh Fathi Yakan dilahirkan di sebelah utara kota Tripoli tahun 1933. Ia sempat bekerja di Libanon pada pertengahan tahun 1950-an dan kemudian menjadi pelopor dalam pembentukan gerakan Islam.
Ulama yang produktif menulis ini sempat terpilih menjadi anggota pada tahun 1992.Syeikh Yakan dikenal sebagai penulis dan pelopor gerakan Islam. Buku-bukunya menjadi inspirasi para dai, juru dakwah dan aktivis Islam.
Bukunya ‘Ihdzaruu Al-Aids Al-Haraky (1989), ia menulis secara khusus kehancuran harakah (gerakan dakwah) di Libanon yang fenomenanya dirasakan hampir sama di beberapa negeri Muslim.Buku-bukunya yang juga menjadi rujukan para aktivis. Diantaranya; Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Dai, Yang Berjatuhan di Jalan Da'wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.Pendiri majalah al-Aman ini pernah memimpin demo besar-besaran untuk menjatuhkan PM Fuad Siniora yang menjadi "kaki tangan" Amerika.
Ia juga memberi dukungan pada Gerakan Hizbullah, Libanon untuk melawan Israel.
Sama-sama kita mendoakan agar beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.aminnn

Saturday, June 6, 2009

MAMPUKAH AKU SEPERTI MEREKA????

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.


Ketika aku marah, Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.


Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah,
harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah


SEBELUM AKAD TERPATRI



Assalammualaikum wrt wbt.


Buatmu,


Bakal suamiku.


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini. Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.




Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Dariku,Bakal isterimu

Friday, June 5, 2009

Bencana Kerana Perbuatan Sendiri


Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri.
Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.
Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu.
Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada’ dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.
Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah.
Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya.
Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.
Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan.
Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah.
Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.”
(Surah As-Syura: ayat 30)
Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan.
Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah.
Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah.
Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri.
Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa.”
(Surah Hud: ayat 52)
Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya.”
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.
Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


Wednesday, June 3, 2009

Amal yang Dapat Membangun Kecintaan Kita kepada Allah

"Ketahuilah, jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih
kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (QS. At-Taubah:24)


Kita semua mengaku mencintai Allah. Pengakuan saja tidak cukup, perlu pembuktian. Di antara kita harus menjalankan
dan mencintai amal yang dicintai Allah SWT, bahkan apa yang dicintai Allah, harus lebih kita utamakan daripada apa
yang kita cintai dan yang dicintai oleh orang dekat kita seperti ayat di atas.

Ibnul Qoyyim, seorang ulama abad VII, menjelaskan ada sepuluh amal yang dapat membangun kecintaan kita kepada
Allah:

1.Membaca Al-Quran dan memahaminya.
2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menjalankan sunnah-sunnah sesudah selesai menjalankan kewajiban.
3.Selalu berdzikir dalam segala kondisi, dengan lidah, hati, dan amal perbuatan.
4.Mengutamakan apa yang dicintai Allah terutama jika bersinggungan dengan hawa nafsu kita.
5.Mengingat dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia (Asmaullah Al-Husna) sambil
meresapinya.
6.Memperhatikan karunia dan pemberian Allah baik yang terlihat maupun yang tidak terlihat.
7.Menundukan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.
8.Menyendiri di waktu malam untuk sholat tahajjud, membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah SWT.
9.Bergaul dengan para ulama dan orang-orang sholeh, serta mengambil buah baik dari pembicaraan mereka.
10.Menghindari segala macam hal yang dapat mempengaruhi hubungan hati kita kepada Allah SWT (lihat QS.
Al-Baqarah:165)

Oleh :
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

Apa ertinya kita menganut Islam?


Ingatlah firman Allah yang berbunyi:
“Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam Al-Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada (tali) Allah, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”
(Surah Al-Hajj: ayat 78)
Saya Mestilah Muslim di Sudut Aqidah:
Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.
Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim saya mestilah:
1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit daripada kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan yang stabil tanpa kewujudan unit yang lain.

Kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang Maha Berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain daripada Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”
(Surah Al-Anbiyaa’: ayat 22)
2.Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui seseorang rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia.”
(Surah Al-Mukminun: ayat 115-116)
3.Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab Allah untuk mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Saya mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Beliau telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi. Dalam hubungan ini Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan)
‘Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut itu’. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.” (Surah An-Nahl: ayat 36)

Tuesday, June 2, 2009

MANUSIA ITU MUDAH LUPA


Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim, dari Abu Ruqaiyah bin
Aus adDari:

"AdDeen (ugama) itu adalah nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Rasulullah
menjawab: untuk Allah, kitabNya, rasulNya, kepada semua pemimpin orang Islam dan
kepada semua orang Islam".

Dari hadis di atas, jelaslah Rasulullah menghubungkan Deen atau ugama dengan
nasihat (peringatan). Amalan nasihat menasihati menjadi asas kepada ugama kita.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk memberi nasihat
dan mendengar nasihat dan peringatan. Ini yang membezakan antara seorang Muslim
dari bukan Muslim.


Banyak ayat-ayat alQuran menyuruh kita supaya melaksanakan amalan ini. Maksud
firman Allah dalam surah AzZariyat ayat 55:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat
bagi orang-orang yang beriman."

Tetapi ada segolongan manusia yang tidak suka diberi peringatan atau menganggap
peringatan itu sebagai "offensive" atau mengganggu "private life" mereka.

Mereka menganggap orang yang memberi peringatan itu adalah pengacau. Jika mereka
melakukan sesuatu mungkar, mereka akan menjauhi orang lain kerana takut diberi
peringatan tentang kesalahan yang dilakukan.

Golongan ini dinyatakan oleh Allah:

"dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya, iaitu orang yang akan
memasuki api yang besar (neraka)."

Mereka adalah orang-orang yang telah menutup pintu hati mereka dengan berbagai
prejudis and tidak berani untuk menghadapi kebenaran. Untuk golongan ini, Allah
memberi amaran:

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka,
Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila
mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa
mereka dengan tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa (They were
plunged into destruction with deep regrets and sorrows)". (maksud surah
An'aam:44)

Oleh itu marilah kita berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati kita untuk
menerima segala nasihat dan peringatan yang baik supaya kehidupan kita sentiasa
mendapat bimbingan dariNya, sehinggalah sampai masa kita menemuiNya.

Sunday, May 31, 2009

CINTA


Kalau umat Islam benar-benar cintakan Islam, maka pasti akan tertegak cara hidup Islam yang menyeluruh. Cinta itu buta; buta pada sebarang alasan dan keuzuran demi mengejar keredhaan yang dicintai. Cinta adalah ‘kuasa’ yang hebat dan kuat. Jika cinta telah diserahkan kepada Islam, pastilah Islam itu pula yang nampak hebat dan kuat. Kalaulah benar kita cintakan Islam, kita akan bercita-cita besar. Akan terasa apa yang kita inginkan dilaksanakan dalam kehidupan ini adalah luas, seluas ajaran Islam. Kita akan bermati-matian untuk mengamalkan seluruh ajaran Islam sebagai way of life. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Cinta tidak mengatakan tidak pada sebarang kehendak oleh orang dicintai. Cintakan Islam akan menimbulkan kesempurnaan amalan. Inilah yang dikehendaki oleh Allah SWT di dalam firmanNya:
“…Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan…” (Surah Al-Baqarah : Ayat 208)
Ruang lingkup perjuangan hidup kita sehari-hari menjadi begitu luas. Seorang yang benar-benar cintakan Islam tidak akan beramal secara part-time. Tetapi Islam akan menjadi darah dagingnya sehingga full-time malah sentiasa over-time dengan amalan-amalan Islam. Sumbangan tenaga dan pemikirannya tidak akan disukat-sukat oleh ganjaran duniawi seperti gaji, elaun atau komisyen tetapi semata-mata mengharapkan cinta daripada Kekasihnya (Allah SWT).





Walaupun peranan atau tugas seseorang adalah khusus bersandar pada bakat, kemahiran dan kepakaran, tetapi apabila hendak merebut kecintaan, kita tidak boleh mengkhususkannya hanya kepada satu bidang sahaja. Sebagai seorang muslim, kita mestilah versatile dalam amalan Islamnya. Akhlak, sikap dan cakap seorang muslim mestilah ditujukan untuk kepentingan Islam. Ia menjadi basahan hidup umat Islam walau di mana sahaja mereka berada. Walaupun kadang-kala mereka hidup di negara bukan Islam, tetapi amalan-amalan Islam dilaksanakan tanpa sekatan. Amalan-amalan Islam yang sesuai dengan fitrah ini jika dilaksanakan, tidak ada akta atau undang-undang yang menyekatnya kerana ia sudah menjadi amalan hidup harian.
Rasa kehambaan. Tegasnya amalan Islam tidak dihalang oleh undang-undang. Namun amalan Islam secara syumul tidak akan dapat diamalkan selagi tidak ada rasa kehambaan. Rasa kehambaan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat diamalkan secara syumul atau tidak. Jika rasa kehambaan ada, Islam akan dapat diamalkan sekalipun tidak ada akta yang menyuruhnya. Sebaliknya jika tidak ada rasa kehambaan, kesyumulan amalan Islam tidak akan dapat direalisasikan sekalipun ada akta yang mewajibkannya.
Masyarakat Islam. Hasil dari rasa kehambaan yang ada pada setiap orang, lahirlah sebuah masyarakat yang akhlak dan kehidupan anggota-anggotanya kelihatan begitu indah dan menarik seperti bunga-bunga yang berkembang mekar di dalam taman. Bunga iman dan Islam; hasil tersemainya Al-Quran dan Sunnah dalam jiwa, fikiran dan fizikal manusia. Itulah masyarakat Islam sejati.
WALLAHU ALAM……

DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNG



Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah
masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif
terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati.
Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana
menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan
dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua
kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi
segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya
larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan
Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka
sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil
sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil,
mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa
dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar..

Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka
terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang
sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap
batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali
dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya
melakukan dosa yang kecil.

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu
dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah;
sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang
dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita
adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu
malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Hisablah diri sebelum kita dihisab.

WANITA

“Bagi kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah agar kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.

1.Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya.
2.Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t.
3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin.
4.Menjaga hati dan perasaan isteri.
5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri.
6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya.
7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya.
8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya.
9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.
10.Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.
11.Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak.
12.Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam. 13.Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
14.Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan.