Tuesday, June 22, 2010

~kEmBaRa AnBiYa' kE SyRiA 1~

Assalamualaikum buat para pembaca sekalian,


Sudah lama tidak mengupdate blog kini saya suka untuk berkongsi pengembaraan saya dan beberapa lagi sahabat lain ke Bumi Anbiya' yang dahulunya merupakan salah satu di antara Bumi Syams yang masyhur.
SYRIA ibu negaranya DAMSYIK yang menjadi sebuah kota termasyhur suatu masa dahulu. Terlalu banyak sejarah yang telah tercipta di bumi Syria yang penuh barakah ini. Perasaan ingin menjejak kisah para rasul dan nabi ketika itu sangat tinggi dan semoga Allah menerima dan meredhai perjalanan kami. Sejuta penghargaan kepada pihak yang menganjur yang membawa trip ini. Trip ini hanya terdiri daripada 27 org akhowat sahaja dan 4 orang syabab selaku muroqib kami.

Perjalanan kami bermula pada tanggal 11 Jun 2010 jam 5.00 pagi. Jam 5 pagi saya sudah kelaur rumah dan terus menuju ke tempat berkumpul. Jam 5 pagi. Langit pegi terang dan burung2 pun sudah mula berkicau dan kadang2 sayup je bunyi ayam berkokok. Arahan bertolak dari Irbid jam 6 pagi. Namun atas masalah teknikal yang tidak dielakkan kami bergerak lewat. Kebanyakan akhowat yang join trip daripada student IKIP, jadi sayalah student yang paling junior kiranya. Akak2 ni sangat happy go luck dan seronok betul dpt join trip ni, mungkin la, itu yang saya rase. Perjalanan dari Irbid, Jordan ke sempadan Syria hanya memakan masa selama 20 ke 25 minit sahaja. Sesampai sahaja di sempadan Jordan- Syria, pelbagai proses yang perlu kami lalui. 


                                       sempadan Jordan-Syria...pintu gerbang keluar Jordan

Kami menempuh pelbagai proses yang entah apa yang mereka buat pun saya tak pasti. Tapi yang pastinya urusan yang berkaitan dengan passport kami. Adat ke negara asing, biasalah. Kami pun menunggu sambil singgah di "mall" yang di situ. Banyak benda yang dijual di situ duty-free sale  pula tu.


Perjalanan diteruskan setelah mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam lebih. Kali ini destinasi kami diteruskan ke Masjid Mabrak Annakha, tempat di mana unta yang dinaiki Rasulullah berehat. Syria suatu masa dahulu menjadi suatu tanah yang hebat dengan dunia perdagangannya. Rasulullah telah berehat di tempat di masjid tersebut pada suatu hari dan dikatakan Rasulullah pernah berdoa akan kesejahteraan Syria. Sabda Rasulullah, "Ya Allah, berkatilah Sham kami........"

            inilah dia kesan tapak unta yang dinaiki Rasulullah berehat..subhanallah!!!

Bersebelahan dengan Masjid Mabrak Annakha itu merupakan Madrasah ibnu Kathir. Kami meluangkan masa seketika untuk melihat tempat dimana ibnu Kathir mengarang kita beliau dan tempat dimana mengajar kitab-kitabnya. Terfikir sejenak akan betapa 'izzahnya tempat mereka menuntut ilmu. Walaupun dhoif namun inilah semangat dan kekuatan serta keinginan menuntut ilmu yang sangat perlu dicontohi. Madrasah ibnu Kathit mempunyai tiga ruang.

Ruang yang utama terdapat mihrab kecil dan kini dijadikan tempat solat dan ruang kedua dan ketiga jugak sebagai tempat menunaikan solat.

Semoga semangat cintakan ilmu dan menyebarkan ilmu Allah sentiasa tertanam dalam jiwa kita semua.

Perjalanan kembara anbiya' diteruskan di tengah cuaca yang agak panas. Kami hanya berbekalkan air botol mineral sejuk sahaja sebagai penghilang dahaga dikala kehausan. Destinasi seterusnya adalah Kota Busro.


Kota Busro ini juga merupakan kota Rom yang terbesar dan terlengkap sekali di antara semua kota Rom yang wujud di dunia. Ini kerana kota ini mempunyai tempat rehat, tempat ibadat, tempat penginapan dan pentas serta pelbagai lagi yang masih boleh dilihat kesannya sehingga ke hari ini.  Kota ini sangat besar dan sangat kaya dengan seni Rom. Tempat yang mereka (Rom) jadikan tempat beribadat dan penuh patung berhala telah dimusnahkan sendiri oleh Salehuddin Al-Ayubi.

Berhala-berhala yang telah dipotong.

Inilah Kota Busro yang masyhur pentasnya sebagai tempat mereka mempersembahkan haiwan berlaga dengan manusia salah satu hiburan mereka suatu masa dahulu.


Diatas tiang itu terdapat sebuah katil yang diletakkan tinggi oleh seorang raja yang bimbang akan kematian anaknya.Anaknya diletakkan di atas katil itu dan anaknya diberikan dengan makanan tersebut dibawa naik ke atas katil menggunakan tali. Namun kematian itu suatu yang pasti, akhirnya anaknya mati kerana keracunan.

Perjalanan kami pada hari pertama diteruskan lagi ke Makam Imam Nawawi. Makam ini terdapat jasad di dalamnya. Dhorih Imam Nawawi seperti di dalam gambar berbeza dengan perkataan makam. Dhorih mempunyai jasad secara pasti, manakala makam umum boleh jadi ada jasad atau tiada. Dikisahkan makam Imam Nawawi ini dahulunya tumbuh sebuah pokok di atas makamnya. Sebagai karamah kepada beliau Allah telah menjadikan pokok yang tumbuh di atasnya menjadi penawar kepada penyakit. Masyarakat dahulu sering menjadikan pokok tersebut sebagai penawar kepada penyakit pada waktu itu. Sehinggakan pokok tersebut dipuja dan disembah lalu mereka telah mensyirikkan Allah. Allah sangat murka terhadap mereka lalu Allah menurunkan bala dengan membakar perkampungan mereka kecuali pokok tersebut. Pokok itu dikatakan masih lagi hidup dan membesar namun ia tidak berbunga. Imam Nawawi sangat berjasa pada agama. Beliau seorang pemikir muslim di bidang feqh dan hadith. Beliau lahir di Nawa, Damsyik, Syria. 

Nama penuh beliau adalah Abu Zakariyya Yahiya Ibn Sharaf al-Nawawi. 
Pokok inilah yang masih lagi membesar namun tidak berbunga yang hidup di atas dhorih imam nawawi. Malah dapat dilihat juga kalimah Allah pada urat-urat pokok tersebut. Subhanallah.!

Tidak jauh dari situ, kami meneruskan kembara kami ke masjid kecil yang agak terpencil dimana di dalam masjid tersebut dua makam manusia agung iaitu: makam Nabi Ayub a.s dengan anak baginda a.s iaitu Nabi Zulkifli a.s.

 Pada masa yang sama juga kami singgah di Telaga Nabi Ayub a.s yang dikatakan disitulah Nabi Ayub mandi dan penyakit sopak baginda sembuh dengan izin Allah.


                                   Pemandangan Syria di kala siang melabuhkan tirainya.

Berikut selesai pengembaraan kami pada hari pertama. Pengembaraan hari kedua akan bersambung pada siri yang berikut dengan tempat2 yang lagi menarik.

Saturday, June 19, 2010

~FaSaL Soifi BaKaL BeRmULa~



                      Dari pintu selatan menuju masuk ke dalam Jamiah

Salam buat pembaca,

Setelah selama dua minggu lebih kita semua bercuti bagi student yarmouk, akhirnya tiba lah pula masa untuk sem soifi akan muncul semula bagi sesiapa yang tasjil madah soifi sahaja. Semangat belajar tetap diteruskan walaupun adakalanya perasaan itu terganggu seketika dek kerana ramai juga yang pulang ke Malaysia bertemu keluarga tercinta melepaskan rindu yang sudah lama menebal dijiwa. Kawasan Irbid agak lengang tambah2 lagi lepas budak medic dan dentist first year yang sudah habis examdan ada yang terus pulang ke Malaysia. Kami bukan tidak pulang ke Malaysia, cuma lewat sedikit sahaja kerana kami tasjil madah soifi. Namun, ada juga student yang tidak pulang ke Malaysia kerana semangat mereka yang sangat kuat meneruskan perjuangan di sini. Walau apapun, selamat pulang dan kembali buat sahabat di Malaysia dan selamat meneruskan perjuangan buat sahabat di Irbid.

Macam2 cerita tentang "student dengan sem" pada musim soifi. Ada yang kata nanti memang time nak pergi kelas memang kena macam bawak payung, agak pelik tp kat Malaysia biasa je la kan. (at last segan jugak la nk bwk payung). Then, optional la nak pakai sunglasses ke xnak.wah...sunggu hpanas nti summer sem..tp ada je yang kata dua minggu pertama je macam panas sangat. then dah x de dah..harap2 begitulah..



                     
                              terik matahari yang terus membakar semangat
                                                     kami di sini.....

Anyway sedih campur gembira cuti sem nak habis...sedih sebab dah kene start sekolah balik gembira sebab tarikh untuk pulang ke Malaysia semakin hampir..Teruskan perjuangan sahabat2 dan kakak2 yang ambil soifi tahun ini.TAHNIAH diucapkan kerana berjaya meneruskan perjuangan walaupun ada yang  x balik Malaysia..Semua manusia berhak berjaya..Good Luck to sahabat2 di Mesir juga (medic) yang akan habis exam 4 julai nti...rindu kalian semua..Semoga Allah memberkati usaha kalian semua.

~Selamat Meneruskan Perjalanan Hidup buat student Jordan yang sudah Graduate~




Assalamualaikum buat para pembaca yang dihormati,

Hampir setahun ku bertapak di bumi Jordan ini dan telah banyak perkara pahit dan manis ku tempuhi bersama sahabat2 di sini. Kisah kuliah kita bersama , kisah serumah , kisah liku2 hidup masing2, bumi inilah yang telah menyaksikan drama2 ini semua. Bukan lah sekadar drama yang kosong yang mempunyai skrip yang spontan , tapi ini lah drama yang telah kita pilih jalannya dan yang telah ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa. Buat kakak2 senior yang akan meninggalkan bumi Jordan ini sudah pasti banyak dan pengalaman yang mengajar kalian erti melukis lukisan dunia ini di atas kertas lukisan kalian. Warnailah lukisan itu selepas ini dengan warna2 yang kalian suka dan yang pasti diiringi bersama kesukaan daripada manusia sekeliling kalian. Ku pasti akan merindui masa kita semua yang telah kita luangkan bersama di sini walaupun kita pernah berjumpa walau sekali. Setiap pertemuan yang kita lalui pasti akan menemui perpisahan, namun perpisahan itu yang pastinya kita mahukan keredhaan dari Illahi.

Majlis buat student2 khirijaat yang berlalu sehari lepas (17 jun) sangat banya mencoret seribu satu kemesraan semua akhowat.Tergambar keceriaan pada wajah kakak2. Keriangan yang terpamer sangat menyenangkan jiwa kami.Tahniah buat semua kakak yang membuat persembahan pada majlis itu. Kami semua sangat terhibur dengan persembahan dari kakak2. Itu yang dapat ku rasakan. Senyuman kalian tanda kegembiraan kerana berjaya menghabiskan pengajian di sini memberi kami semua insiprasi yang cukup bermakna. Senyuman ikhlas daripada kakak2 akan kami ingat sebagai pencetus semangat kami di kala kami jatuh di medan ini. Bertahun-tahun kalian menghabiskan masa 24 jam kalian di Bumi Jordan ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan membuktikan kejayaan itu tidaklah datang tanpa melalui titian dan laluan kepayahan yang penuh onak dan duri. Semangat yang akak2 buktikan sangat membanggakan kami. Walau pun ku baru sahaja tidak sampai setahun di bumi Jordan ini mengenali akak2 semua,namun ukhuwah ini dapat ku rasakan seperti telah dibina beberapa tahun sebelum ini. Alhamdulillah semoga Allah meredhai persahabtan kita semua..

Tahniah kepada akak2 semua yang bakal graduate dan akan pulang ke Malaysia sebagai ilmuwan yang hebat2 belaka. Doakan kami terus berjaya di sini meneruskan perjuangan dan doakan kami terus kuat melalui segala dugaan dan cabaran. Segala ucapan yg berbentuk nasihat yang kalian berikan secara langsung atau tidak langsung akan sentiasa terpahat di hati kami. Terlalu banyak amanat yang kalian berikan dan dengan harapan itulah semoga kami dapat memikul segala amanat yang telah diberikan dengan jayanya. Kalian seperti kakak2 kami yang sentiasa menjaga dan memerhatikan adik2 nya daripada sebarang kebahayaan. Kalian semua contoh kakak yang sangat baik. Semoga kejayaan kalian pada kali ini akan terus membakar semangat kalian untuk terus berjuang dalam apa jua bidang yang diminati dengan cemerlang bersama-sama diiringi dengan redha Allah.

Ku sentiasa mengharapkan persahabatan kita semua tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Walaupun kalian semua akan meninggalkan kami semua. Redha dengan apa yang terjadi...usahlah dikau kesali, mungkin ada rahmat yang tersembunyi...

"Ya Allah, berikanlah petunjuk dan jalan kepada semua kakak2 ini untuk terus menempuh dugaan yang Kau berikan"