::Terbang lagi::

Assalamualaikum w.b.t

 Mari kita semua terbang seperti burung diatas...Terbang menyelurusi kisah kehidupan maisng2. Terbang lah mencari apa sahaja yang kalian mahu cari. Terbang lah mencari kedamaian. Terbang lah merasai keindahan langit dan awan.....Sesungguhnya Allah itu maha Tinggi, maha Perkasa...DIA lah yang meciptakan seluruh kejadian di muka bumi ini...Sedarilah akan kekuasaanNYA...Semoga kita semua dilimpahi rahmatNYA....

Sepanjang saya tak menulis ni sebenarnya banyak dah kisah2 menarik suka dan duka berlaku. Sama ada ketika saya di Malaysia atau pon di Jordan. Mungkin akan dikisahkan pada masa2 lain sebab sekarang musim exam, so tak banyak masa nak post lebih2.peace~~Kini saya dengan sahabat2 yarmouk yang lain sedang menjalani semester pertahun utk tahun kedua kami di sini...Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan meskipun hari2 peperiksaan sebahagian subjek sudah berlalu. Usaha kami semua disini tetap diteruskan. Perjalanan sebagai seorang pelajar yang bukan juga duduk diam hanya melangut di rumah, tapi ada juga tugasan lain yang turur sama penting, iaitu kita sebagai hamba Allah, kita sebagai sahabat, kita sebagai anak, kita sebagai rakan sebilik.Kadang kala jiwa rasa serabut dek kerana terlalu banyak perkara yang datang baik masalah atau pon perkara2 lain. Tapi apa gunanya kita serabut2 macam tu sahaja. Apa lagi yang wajar dilakukan melainkan kita merenung semula hakikat kejadian kita. Dan bersegeralah berfikir tentangNYA..Buat sahabat yang ku kasihi, selamat menjalani peperiksaan...buat student JUST mahupun YARMOUK.

2 comments:

Anonymous said...

fadhilah husin~
mohon copy post "demi kebahagiaan yang hakiki abadi"
nice post!
keep it on.
smoga jalan da'wah ini dipermudahkan.
-mar91-

Anonymous said...

salam.
fadhilah husin.
mohon nk copy post "demi kebahagiaan yang hakiki abadi" boleh?
smoga sama2 dipermudahkan dalam menyampaikan syiar da'wah.
alaikum binnajah.
-mar91-

Post a Comment


up