~kEmBaRa AnBiYa' kE SyRiA 1~

Assalamualaikum buat para pembaca sekalian,


Sudah lama tidak mengupdate blog kini saya suka untuk berkongsi pengembaraan saya dan beberapa lagi sahabat lain ke Bumi Anbiya' yang dahulunya merupakan salah satu di antara Bumi Syams yang masyhur.
SYRIA ibu negaranya DAMSYIK yang menjadi sebuah kota termasyhur suatu masa dahulu. Terlalu banyak sejarah yang telah tercipta di bumi Syria yang penuh barakah ini. Perasaan ingin menjejak kisah para rasul dan nabi ketika itu sangat tinggi dan semoga Allah menerima dan meredhai perjalanan kami. Sejuta penghargaan kepada pihak yang menganjur yang membawa trip ini. Trip ini hanya terdiri daripada 27 org akhowat sahaja dan 4 orang syabab selaku muroqib kami.

Perjalanan kami bermula pada tanggal 11 Jun 2010 jam 5.00 pagi. Jam 5 pagi saya sudah kelaur rumah dan terus menuju ke tempat berkumpul. Jam 5 pagi. Langit pegi terang dan burung2 pun sudah mula berkicau dan kadang2 sayup je bunyi ayam berkokok. Arahan bertolak dari Irbid jam 6 pagi. Namun atas masalah teknikal yang tidak dielakkan kami bergerak lewat. Kebanyakan akhowat yang join trip daripada student IKIP, jadi sayalah student yang paling junior kiranya. Akak2 ni sangat happy go luck dan seronok betul dpt join trip ni, mungkin la, itu yang saya rase. Perjalanan dari Irbid, Jordan ke sempadan Syria hanya memakan masa selama 20 ke 25 minit sahaja. Sesampai sahaja di sempadan Jordan- Syria, pelbagai proses yang perlu kami lalui. 


                                       sempadan Jordan-Syria...pintu gerbang keluar Jordan

Kami menempuh pelbagai proses yang entah apa yang mereka buat pun saya tak pasti. Tapi yang pastinya urusan yang berkaitan dengan passport kami. Adat ke negara asing, biasalah. Kami pun menunggu sambil singgah di "mall" yang di situ. Banyak benda yang dijual di situ duty-free sale  pula tu.


Perjalanan diteruskan setelah mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam lebih. Kali ini destinasi kami diteruskan ke Masjid Mabrak Annakha, tempat di mana unta yang dinaiki Rasulullah berehat. Syria suatu masa dahulu menjadi suatu tanah yang hebat dengan dunia perdagangannya. Rasulullah telah berehat di tempat di masjid tersebut pada suatu hari dan dikatakan Rasulullah pernah berdoa akan kesejahteraan Syria. Sabda Rasulullah, "Ya Allah, berkatilah Sham kami........"

            inilah dia kesan tapak unta yang dinaiki Rasulullah berehat..subhanallah!!!

Bersebelahan dengan Masjid Mabrak Annakha itu merupakan Madrasah ibnu Kathir. Kami meluangkan masa seketika untuk melihat tempat dimana ibnu Kathir mengarang kita beliau dan tempat dimana mengajar kitab-kitabnya. Terfikir sejenak akan betapa 'izzahnya tempat mereka menuntut ilmu. Walaupun dhoif namun inilah semangat dan kekuatan serta keinginan menuntut ilmu yang sangat perlu dicontohi. Madrasah ibnu Kathit mempunyai tiga ruang.

Ruang yang utama terdapat mihrab kecil dan kini dijadikan tempat solat dan ruang kedua dan ketiga jugak sebagai tempat menunaikan solat.

Semoga semangat cintakan ilmu dan menyebarkan ilmu Allah sentiasa tertanam dalam jiwa kita semua.

Perjalanan kembara anbiya' diteruskan di tengah cuaca yang agak panas. Kami hanya berbekalkan air botol mineral sejuk sahaja sebagai penghilang dahaga dikala kehausan. Destinasi seterusnya adalah Kota Busro.


Kota Busro ini juga merupakan kota Rom yang terbesar dan terlengkap sekali di antara semua kota Rom yang wujud di dunia. Ini kerana kota ini mempunyai tempat rehat, tempat ibadat, tempat penginapan dan pentas serta pelbagai lagi yang masih boleh dilihat kesannya sehingga ke hari ini.  Kota ini sangat besar dan sangat kaya dengan seni Rom. Tempat yang mereka (Rom) jadikan tempat beribadat dan penuh patung berhala telah dimusnahkan sendiri oleh Salehuddin Al-Ayubi.

Berhala-berhala yang telah dipotong.

Inilah Kota Busro yang masyhur pentasnya sebagai tempat mereka mempersembahkan haiwan berlaga dengan manusia salah satu hiburan mereka suatu masa dahulu.


Diatas tiang itu terdapat sebuah katil yang diletakkan tinggi oleh seorang raja yang bimbang akan kematian anaknya.Anaknya diletakkan di atas katil itu dan anaknya diberikan dengan makanan tersebut dibawa naik ke atas katil menggunakan tali. Namun kematian itu suatu yang pasti, akhirnya anaknya mati kerana keracunan.

Perjalanan kami pada hari pertama diteruskan lagi ke Makam Imam Nawawi. Makam ini terdapat jasad di dalamnya. Dhorih Imam Nawawi seperti di dalam gambar berbeza dengan perkataan makam. Dhorih mempunyai jasad secara pasti, manakala makam umum boleh jadi ada jasad atau tiada. Dikisahkan makam Imam Nawawi ini dahulunya tumbuh sebuah pokok di atas makamnya. Sebagai karamah kepada beliau Allah telah menjadikan pokok yang tumbuh di atasnya menjadi penawar kepada penyakit. Masyarakat dahulu sering menjadikan pokok tersebut sebagai penawar kepada penyakit pada waktu itu. Sehinggakan pokok tersebut dipuja dan disembah lalu mereka telah mensyirikkan Allah. Allah sangat murka terhadap mereka lalu Allah menurunkan bala dengan membakar perkampungan mereka kecuali pokok tersebut. Pokok itu dikatakan masih lagi hidup dan membesar namun ia tidak berbunga. Imam Nawawi sangat berjasa pada agama. Beliau seorang pemikir muslim di bidang feqh dan hadith. Beliau lahir di Nawa, Damsyik, Syria. 

Nama penuh beliau adalah Abu Zakariyya Yahiya Ibn Sharaf al-Nawawi. 
Pokok inilah yang masih lagi membesar namun tidak berbunga yang hidup di atas dhorih imam nawawi. Malah dapat dilihat juga kalimah Allah pada urat-urat pokok tersebut. Subhanallah.!

Tidak jauh dari situ, kami meneruskan kembara kami ke masjid kecil yang agak terpencil dimana di dalam masjid tersebut dua makam manusia agung iaitu: makam Nabi Ayub a.s dengan anak baginda a.s iaitu Nabi Zulkifli a.s.

 Pada masa yang sama juga kami singgah di Telaga Nabi Ayub a.s yang dikatakan disitulah Nabi Ayub mandi dan penyakit sopak baginda sembuh dengan izin Allah.


                                   Pemandangan Syria di kala siang melabuhkan tirainya.

Berikut selesai pengembaraan kami pada hari pertama. Pengembaraan hari kedua akan bersambung pada siri yang berikut dengan tempat2 yang lagi menarik.

4 comments:

Cik Yang said...

Assalamualaikum WBH. Terima kasih maklumatnya, rasa sangat berharga ceritanya. Seronoknya dapat menziarah makam2 yang bersejarah. Saya teringin sangat hendak melawat ke sana , tapi belum ada rezeki.. InsyAllah kalau diizinkan Allah mahu juga ke sana. Salam perkenalan!!

FaDhILaH said...

terima kasih cik yang...salam perkenalan juga
mudah mudahan kamu juga dpt melawat tmpt sejarah islam...same2 kita jelajah bumi allah melihatkan tinggalan ini sume utk pengajaran kita sume....

pqaradzi said...

salam
taniah krn berpluang gi kesana
good luck

Nurfadhilah Husin said...

Wslm pqaradzi..
Syukran =)

Post a Comment


up