~Ramadhaan Jordan~



~Alhamdulillah kali pertama saya dapat puasa pertama di bumi Jordan ketika usia mencecah 19 tahun. Suasana sangat meriah tak terkata. Sebelum saya mintak maaf kerana dah lama tak menulis sesuatu dalam blog ini disebabkan atas masalah tertentu dan kesibukan lain yang mengekang saya untuk menulis dan berkongsi dengan anda semua.

Namun kali saya sangat berasa rugi jika tak dapat berkongsi tentang suasana ini, ketika mana di Malaysia kita hanya dapat rasakan kemeriahannya di musim Raya Puasa sahaja. Tapi di sini adalah sebaliknya.

Malaysia kita memasang lampu dan perhiasan segalanya ketika menjelang aidilfitri, Jordan mereka menghiasi rumah mereka dgn lampu2 serta hiasa2 menarik sepanjang Ramadhan.
Kedengaran suara2 budak nakal "tomorrow is Ramadhaan". Bayangkan die ckp dlm bhs Arab la ek.
Ramadhaan Kareem. Kalau di Malaysia mulut  tak henti sebut "selamat hari raya".

Tak dapat dinafikan perasaan jeles bila kenangkan tahun lepas tak dapat beraya di Malaysia. Tapi org Malaysia patut rasa jeles sbb kemeriahan Ramadhaan yang tiada di Malaysia..hehe

Bab Terawih sangat syok. Sebab mesjid akan penuh tiap2 hari. Kalau di Malaysia graf menurun dari hari pertama Terawih sampai hari yang terakhir. Tapi di Jordan tiap2 hari penuh sampaikan makcik2 sanggup sempitkan ruang sof. Aduhaii, kenapalah makcik tu masuk jugak sof kalau dah sempit sangat. Sabar je la. Tapi ini lah kemeriahan kita mahu lihat. Kesungguhan beribadah di bulan mulia ini...




Maaflah gambar ni tak sempat nak rotate. Tapi comel sgt budak kecik ni sampai tangan saya terus mencapai henset dan mesnap budak ni.hehe

Oh Ramadhaan. Hanya merasa lebih kurang 5 hari je berpuasa di Jordan kerana saya akan pulang ke Malaysia meneruskan Ramadhaan di sana dan beraya di sana.hehe. Masyaallah, alhamdulillah walaupun sekejap puasa di sini. kemeriahan itu dapat jugak dirasai. Sudah pasti suasana Ramadhaan berlainan mengikut tempat. Saya percaya setiap tempat mempunyai kemeriahannya yang tersendiri. Sama2 kita semua meriahkan Ramadhaan.

Moreh.
Lepas je terawih kat Jordan balik rumah terus, sebab diorang tak buat moreh macam kat Malaysia. Walaupun moreh tak de, tapi balik dari mesjid je jalan menghala ke rumah melintasi kedai2..huhu..apa lgi lapar beli la makanan..hehe

Kerinduan pada ahli keluarga kian terasa. Dulu kiraan 20 hari lagi menanti..kini tinggal 3 hari.Masyaallah masa berlalu dengan pantas macam kilat. Teringat ayat karangan Bm skolah rendah dulu. "Pantas macam kilat"..huhu

Masa cuti yang hanya 1 bulan 2 minggu sedaya upaya saya isi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. manfaat?..kerana saya masih di bulan Ramadhaan dan insyaallah mudah mudahan berterusan amalan kebaikan pada bulan2 yang lain...Mereka menantikan macam2 ole2 dari Jordan. Adus penat jugak nak ingat balik nnti ape yang diorang nak. Ade je tulis dalam list paper tapi pening jugak nnti pasal bukan diorang yg shopping barang diorang, saya yang jadi pembeli 'byk cawangan'..hehe...

Kisah tasjil madah di jamiah untuk fasal depan dah selesai . Alhamdulillah.tak sangka jugak tarikh tasjil sempat sebelum saya balik Malaysia. Kawan2 yang dah terbalik Malaysia 'merayu2' untuk ditolong tasjilkan..hehe...gurau je tak lah sampai merayu.. anyway. segala berjalan lancar cuma sorang member pulak sangkut tyme tengah tasjil. Maklumlah bila ramai manusia nak 'nyempit2' kat dalam website universiti. Tasjil pulak gune website universiti. Nak tak nak memang kene berebut tempay dengan manusia2 jamiah ni.

Dan berakhirlah jua exam pada musim soifi. Musim soifi ini lah banyak mengajar erti kesusahan.
Di saat panas2 terik, seorang budak kecil membantu ayahnya menjual buah2 di tepi jalan. Walaupun ade tempat berteduh tpi bukankah matahari itu cahayanya itu di mana2 sahaja. Kesungguhan dalam hidup.

Selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Mulia ini. Keberkatan dan kerahmatan melimpah ruah. Banyak ganjaran Allah 'offer' dalam bulan ini. Ayuh rebut semua.!!!!!

Allah sangat suka pada amalan yang sedikit dan dilakukan secara beterusan berbanding amalan yang dilakukan dengan banyak dan tidak istiqamah....

:)


0 comments:

Post a Comment


up