Tuesday, May 10, 2011

TURKEY - Tesekkur Ederim- PART 1

                                  

Tesekkur ederim (Terima kasih)

Seramai 23 orang pelajar perempuan telah bersama-sama mengikuti perjalanan jaulah cuti musim sejuk ke Turkey selama 9 hari 8 malam. Perjalanan ke bumi Turkey dengan menaiki bas sememangnya sangat memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kami terpaksa menempuh hudud (sempadan) bumi Syria dan Jordan serta hudud (sempadan) bumi Syria dan Turkey dimana telah mengambil masa yang lama. Setelah menempuh pelbagai karenah proses keluar masuk negara-negara ini, akhirnya kami selamat juga masuk ke Turkey.

Perjalanan kami disambut dengan kawasan tanah daratan yang menghijau, pemandangan bukit-bukit yang landai, kawasan perkampungan yang tidak lah terlalu ramai penduduknya, kawasan hijau yang seakan-akan petak hijaunya menyamai petak –petak sawah padi Malaysia. Setelah beberapa kilometer kami memasuki Turkey, Ustaz Hazimin selaku agen pelancong kami menerangkan serba sedikir tentang kawasan yang berada di sekitar kami dan secara amnya mengenai Turkey. 

Masyarakat Konya yang majoriti mampu dan fasih berbahasa arab


                                
                                      Kehijauan yang memukau!! Masyaallah!!

Turkey. Negara in mempunyai 83 buah negeri dan ibu negerinya bernama Ankara. Istanbul antara sebuah negerinya yang mempunyai keluasan yang paling besar. Hatay merupakan sebuah negeri pertama kami lalui dan Antakya merupakan antara daerah negeri ini yang kami lalui untuk menuju ke Konya.

                                
                                       Kawasan persisiran pantai yang kami lalui.

Hatay atau nama lamanya Iskandariah. Penduduk di Hatay ini 65% masih boleh bertutur dalam bahasa arab dan mengamalkan Islam serta disini juga dikatakan antara kawasan yang pernah menjadi rebutan antara Syria dan Turkey dahulu dan kini juga masih terdapat konflik kecil di antara dua negara ini untuk mendapatkan Hatay ini. Antara daerah lain lagi yang mempunyai penduduk majoritinya berbangsa arab yang boleh bertutur dalam bahasa arab  ialah Sanurfa, dikatakan tempat ini di mana berlaku nya kisah Nabi Ibrahim a.s dibakar. Antara daerah lain dalam Hatay juga ialah Iskanderun dan kebanyakan kawasan di negeri Hatay ini merupakan kawasan daratan.

                              
                                               Suasana bandar di Konya.

Makanan tengahari kami DONER ataupun syawarma versi Turkey.
                               
                                                  Ini namanya Pilic Doner.

Kami menuju ke Konya sejurus selepas makan tengahari. Perjalanan ke Konya mengambil masa selama 7 jam dan kawasan menghala ke Konya melalui kawasan yang agak berbukit-bukit.
                               
                               Kincir angin lambang kemodenan Turkey (mungkin)

Tiba di sebuah RNR untuk berehat sektika. Ketika itu kami telah pun sampai di negeri Adana, negeri ke-4 terbesar di Turkey. Bandar Adana merupakan kawasan tepi laut Meditanirean. Selepas selesai berehat dan solat di RNR Adana, perjalanan kami dieruskan ke  Konya. Kami diberitahu oleh Ustaz Hazimin bahawa pada malam itu akan diadakan suatu pertunjukan percuma Tarian Sufi.

          Restoran Doner (syawarma versi Turkey).. sedap tapi rasanya tidak serupa dengan syawarma ye...

 Konya                                    

Setelah beberapa jam lamanya kami berada di dalam bas, akhirnya kami sampai di Konya dan kami terus memberhentikan perjalan kami di SehirMerkezi iaitu tempaat di mana diadakan pertunjukan Tarian Sufi. Alhamdulillah sesampainya kami di Konya, Tarian Sufi menjadi sajian kami setelah penat seharian perjalanan dihabiskan di dalam bas.





Tarian Sufi  yang diadakan di  Konya Kultur Merkavi pada setiap hari sabtu ini diasaskan oleh  Maulana Jalaludin Ar-Rumi. Maulana Jalaludin ini pernah menjadi pemerintah pada suatu kerajaan ketika itu yang dinamakan Kerajaan Seljuk. Maulana Jalaludin ini diceritakan banyak menulis gasidah-gasidah di dalam buku beliau yang paling terkenal iaitu Dewan Al –Kaber. Tarian Sufi  juga dkenali dengan Mevlana Whirling Dance. Maklumat tambahan mengenai Tarian Sufi,  tarian ini ada kaitan dengan tarikat. Terdapat beberapa  firqoh ( kumpulan) yang membuat pertunjukan untuk setiap masa yang ditentukan. Tarikat yang membuat pertunjukan pada malam kami itu ialah daripada Tarikat Merlevi. Apa yang menarik tentang tarian ini ialah mereka mengamalkan zikir-zikir memuji Allah dan mengaitkan kekuaasaan Allah dengan alam semulajadi. Mereka menari sambil menumpukan perhatian mereka untuk sampai kepada Allah. Antara ayat-ayat yang dikatakan ketika mereka sedang menari kesemuanya adalah daripada gasida-gasidah atau pun syair yang dinukilkan oleh Maulana Jalaludin. Terdapat juga tarikat lain yang terdapat di bandar selain di Konya contohnya di Mardin (di Turkey) dan Halab (Syria).

Kami bermalam di Hotel Ulusan yang memberikan perkhidmatan yang memuaskan, selesa dan yang penting perkhidmatan wireless percuma. 

                               
                                            Di hadapan Hotel Ulusan, Konya.
Hari Kedua kami meluangkan masa berjaulah di Konya. Kami bersarapan pagi dengan Corba atau pun dalam bahasa arab lebih dikenali dengan Syurba( sup) yang dimakan dengan roti. Sedap!

                               
                                                            Corba(sup)

Konya. Antara yang menarik di Konya ialah musiumnya, masjid-masjid yang unik dan madrasah-madrasah. Tempat pertama kami pergi melihat Masjid Alaeddin Keykubad ataupun dalam bahasa Turki Alaeuddin Keykubad Camii. Kawasan masjid ini juga merupakan pusat atau pun Alaeddin Centre di Konya. Terdapat beberapa makam pemerintah-pemeritntah utama  ketika zaman kerajaan Seljuk di berlakang masjid ini. Asalnya masjid ini merupakan sebuah gereja yang akhirnya dijadikan masjid ketika zaman kedatangan Islam . Antaranya yang bernama Alaeddin Keykubat I, Sultan Mesut I, Rukneddin Suleyman II, Giyaseddin Keyhusrev I, Giyaseddin Keyhusrev II, dan Giyaseddin Keyhusrev III.
 
                              
                                              Masjid Alaeddin Keykubad

                               
                                                   Makam-makam Sultan

                               
                                                 Masjid Alaeddin dari jauh.

Kami terus berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah lagi masjid yang dinamakan Iplikci Camii  atau pun Masjid Iplikci. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh seni bina pada zaman umayah iaitu penggunaan batu-batu bricks yang sederhana kecil. Seni bina di masjid ini juga merupakan seni bina pertama yang menggunakan batu bricks.

Kedudukan setiap masjid di Bandar Konya ini saling berdekatan dan destinasi kami seterusnya ialah ke Masjid Sarafedin ataupun  Serafeddin Camii. Masjid ini dibina oleh Sinan iaitu arkitek Blue Mosque.

                               
                                   Serafeddin Camii ataupun Masjid Sarefuddin

                              
                                                  Dalam Masjid Serafuddin.

                                
                                  Bergambar dengan sahabat-sahabat di Konya


                              
                                                          Bandar Konya

                               
                                                        Tram atas jalan raya...canggih!

Seterusnya tidak jauh daripada situ Masjid Sem- I Tebrizi. Nama masjid ini bersempena dengan nama guru Maulana Jalaludin Ar-Rumi dan di dalam masjid in juga terdapat makam guru beliau tersebut.

Kami berjalan lagi dan tidak sampai 10 minit kami sampai di sebuah lagi masjid yang diberi nama  Selimiyi Camii  atau pun Masjid Selimiyi ( Sulaiman). Masjid ini dibina ketika di zaman Uthmaniyah.

Bersebelahan dengan Masjid Selemiyi ini adalah sebuah bangunan muzium yang dahulunya ialah sebuah masjid. Di dalam muzium terdapat pelbagai pameran-pameran yang sangat bermanfaat dan bagi saya dikira yang sangat menarik. Antaranya, makam-makam pemerintah kerajaan Seljuk yang kini dikenali sebagai Konya, pameran quran lama zaman Uthmaniyah, dan jambang Rasulullah juga terdapat dalam muzium ini. Kami berpeluang melihat hasil penulisan quran pada zaman Uthmaniyah ini yang sungguh unik dalam pelbagai saiz daripada kecil hinggalah yang besar. Penulisan khat quran yang tidak bertitik dan berbaris terlihat jelas di depan mata kami. Penulis khat bagi setiap quran juga berbeza, mungkin kerana berbeza zaman atau pun kawasan. Dan terdapat juga pameran tafsir-tafsir quran karim yang banyak ditulis oleh Maulana Jalaludin sendiri dalam bahasa Parsi (mungkin). Permaidani dan sejadah-sejadah juga tidak ketinggalan. Corak-corak yang menarik dan pelbagai ukiran-ukiran yang mungkin juga tersirat maksud yang tersendiri. Pameran kehidupan rakyat para penari sufi juga turut dipamerkan. Kami tidak melepaskan peluang melihat bagaimana cara kehidupan mereka daripada kehidupan di dapur, adab makan mereka, seni tarian mereka, kehidupan berkomunikasi dengan masyarakat umum, serta cara kehidupan dalam pergaulan seharian sesama mereka.


Kami berpeluang membeli-belah sekitar Bandar Konya selama 2 jam. Dan bergerak jam 6 petang ke arah Ankara sebelum menuju terus ke Istanbul. Jumlah  jarak perjalanan adalah sebanyak 700 kilometer lebih daripada Konya.

                               
                                                        Pak cik jual roti.

                              
                       Bandar Konya yang tenang dan tidak sibuk dengan manusia.

                               
                                                 Masyarakat Turki di Konya.

                               
                                                    Jalan raya di Konya

Kami makan supper di Outlet Centre (RnR Ankara mungkin). Tos dan hamburger menjadi santapan kami. Wireless connection di situ juga menyebabkan saya boleh online seketika.hehe



Istanbul

Sesampai sahaja di Istanbul ketika itu masih pagi sekitar jam 7, masyarakat Istanbul sudah pun memenuhi bandar ini. Istanbul terbahagi kepada dua iaitu Istanbul Asia dan Istanbul Eropah. Kedua-dua bandar Istanbul ini dipisahkan dengan laut Bhosphorus dan laut Meditrenean.. Pemandangan sekitar Istanbul Eropah ini sangat mengujakan diri saya. Kehidupan yang serba canggih dan moden sememangnya akan menjadi perkara yg luar biasa bagi manusia yang tidak pernah ke sini seperti saya. Syukur.

Kami bersarapan dahulu di restoran berhadapan dengan Masjid Ayub Al-Ansari. ‘Adas menjadi pilihan kami.

Singgahan pertama kami ialah di Masjid Ayub Al-Ansari. Ayub Al-Ansari ini dikatakan seorang daripada sahabat nabi yang berjuang untuk mendapatkan title pemuda konstatinopel. Diceritakan bahawa ketika  masyarakat pemuda yang telah mendengar hadith Rasulullah tentang pemuda yang akan menawan Konstatinopel, ramai pemuda-pemuda pergi ke Istanbul untuk menjadi manusia pemuda yang disebutkan oleh Rasulullah termasuklah Ayub Al-Ansari ini.Namun begitu, hasratnya tidak tercapai dan tidak berjaya Beliau dikatakan syahid di Byzantine (pada zaman nabi). Dikatakan, sebelum beliau wafat, beliau memesan supaya mayatnya dikebumikan berdekatan dengan tembok Byzantine supaya beliau dpaat mendengar derapan kaki kuda berlari yang ditunggang oleh sang pewira yang membuka konstatinopel. Di dalam masjid ini juga terdapat makam beliau dan kesan tapak kaki Rasulullah . Semoga kita semua menjadi manusia yang berjiwa murabbi sepertinya. Insyaallah.

Dalam cuaca pagi yang agak sejuk ini, kami terpana seketika dengan keindahan air terjun di perkarangan luar Masjid Ayub ini.

Kami meneruskan perjalanan tidak jauh dari situ menuju ke stesen kabel. Stesen kabel ini terletak berhadapan dengan Golden Hons. Kami menaiki kabel yang mengambil masa sekitar 15 minit lebih untuk melihat pemandangan Golden Hons dan kawasan sekitarnya. Masyaallah, Maha Suci Allah pemandangan ini sememangnya sangat cantik. Walaupun udara sejuk kadangkala menganggu sedikit keselesaan pada waktu itu, namun kami tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai nikmat melihat kekuasaaan penciptaan Allah ini.

Kami terus check-in hotel sejurus selepas melihat keasyikan  Golden Hons. Viva Hotel, kami perlu berjalan kaki untuk ke sana. Dan malam itu kami dinner  pizza Turkey.

Selepas makan malam, kami berpakat untuk  mengambil angin malam berjalan-jalan sekitar Sirkeci (nama kawasan hotel kami). Kawasan Sirkeci ini  kurang  night life nya. Kebanyakan kedai tutup awal dan tidak ramai manusia berkeliaran meskipun jam baru pukul 9. Walaubagaimanapun, pemandangan malam pada saat itu sangat menggamitkan jiwa.

Sunday, January 16, 2011

BESTNYE TICUUUU!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ramai yang lega kerana mungkin sudah tamat peperiksaan. Ya saya juga diantaranya yang lega. Dan mungkin juga ada yang lega kerana selepas ini boleh fokus dengan bercuti dan rehat sebentar daripada menghadap buku kuliah seketika. Pelajar perlukan rehat. Rehat yang bagaimana?..Hermm..sama-sama kita fikirkan. Rehat yang bagaimana kita mahukan untuk diri kita. Seronok? Enjoy? ...Tapi akhirnya hambar kerana kita tidak mendapat sebarang manfaat daripada rehat itu..Cari rehat yang sesuai untuk diri kita. Sesuai itu bermakna juga diri kita peroleh manfaat daripada rehat itu. Rehat yang bermanfaat juga menghasilkan sesuatu yang amat berkualiti.

Sahabat-sahabat ku ramai juga yang menghabiskan masa rehat mereka dengan bercuti pulang ke Malaysia, ada juga yang bercuti ke luar Jordan sama ada ke Syria, Mesir, Turkey, Lubnan, Spain, Eropah dan sebagainya. Alhamdulillah, kita semua berkemampuan untuk berjalan di bumi Allah ini melihat keunikan manusia-manusia ciptaanNYA, dan melihat keindahan langit-langit dunia yang kita mungkin kita pernah lihat sebelum ini dengan mata kita sendiri, serta pelbagai corak-corak dunia yang diciptakan oleh Allah yang sangat kita kagumi. Tetapi ada juga sahabat-sahabat yang bercuti dalam kawasan Jordan sahaja. Dan ada juga tidak pergi ke mana-mana. Masing- masing mempunyai cara tersendiri untuk menghabiskan masa cuti yang tersedia. Dan masing-masing juga mempunyai rancangan tersendiri untuk memanfaatkan masanya.

Dalam kegembiraan yang hadir tika ini, kerisauan dan kebimbangan juga tetap ada. Tidak lain tidak bukan kita perlu risau dengan keputusan peperiksaan semester pertama bagi 2010/2011. Semua orang mesti risau. Siapa yang tidak risau. Hatta, pelajar yang confirm akan tamat pengajiannya bagi tahun ini pun amat khuatir dengan keputusan mereka.
"Kak, akak kan confirm  khirij, kenapa akak risau dengan exam akak?". saya bertanya kepada salah seorang senior yang 4 tahun masa pengajiannya dihabiskan di Jordan. "Akak tahu akak akan khirij, tapi markah exam tu yang akak takut, markah tu, markah exam..arghhhh". Kegembiraan dikala ingin menamatkan pengajian dibatasi dengan kerisauan terhadap markah exam. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya mendapat natijahnya yang terbaik. Usaha telah dilakukan sehabis baik dan kita semua hanya perlu tawakal dan berserah padaNYA atas segala keputusan yang akan kita peroleh.

Bila tiba musim cuti juga ramai yang mahu selesaikan kerja-kerja persatuan yang tertangguh. Ya, pastinya waktu-waktu begini dikira amat sesuai untuk melakukan kerja dengan fokus sekali. Setelah habis penat kita curahkan untuk pelajaran kita.Kini masa untuk persatuan perlukan sumbangan kita. Amanah yang diberikan oleh individu tertentu kepada kita sebaik mungkin kita cuba laksanakannya dengan baik.

Kesimpulannya, dimana jua kita berada, tanyalah pada diri kita adakah masa itu kita habiskan dengan perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada diri kita. Seimbangkan rohani dan jasmani kita. Penuhilah hak kedua-dua unsur dalam badan kita ini (jasmani dan rohani).Dalam erti kata yang ringkas- Jika perut menuntut untuk makan, berilah ia makan. Jika hati kita menuntut untuk bersama tuhannya Allah, maka berilah masa untuk tuhanya yakni pemilik diri kita, Allah) Insyaallah hidup kita akan terasa lebih bermakna.

Sunday, December 19, 2010

~Mahasiswa Deeniyah, Persepsi dan Perubahan~

 Assalamualaikum...

 " MAHASISWA DEENIYAH, PERSEPSI DAN PERUBAHAN".Sebagai pelajar yang belajar di Timur Tengah, kita sering diasak dengan pelbagai persepsi masyarakat yang tidak putus-putus, tidak kira sama ada masyarakat Malaysia ataupun masyarakat Timur Tengah. Namun, di sini saya mahu menfokuskan pada skop pengajian di luar negara iaitu di tempat saya belajar kini, Jordan.
Persepsi masyarakat arab yang sering melontarkan pelbagai pujian terhadap pelajar Melayu khususnya bahawa kita semua mempunyai akhlak yang bagus dan baik. Segala pujian yang baik datang dalam setiap perkara dan segenap langkah yang kita lakukan. Oleh itu, bagaimana pula respon kita terhadap kesemua pujian ini dan bagaimana cara kita berinteraksi serta bertindak balas dengan pujian-pujian ini.?

Pujian ini semua sama ada ia dizahirkan dalam bentuk realiti atau fantasi. Semuanya datang dari dalam diri individu itu sendiri. Sejauh manakah kita merealisasikan persepsi masyarakat itu dalam diri kita. Harus ditekankan di sini. "deeniyah" itu bukanlah sekadar luaran sahaja, bertudung labuh dan memakai kopiah. Meskipun luaran itu penting, namun ada sudut yang lebih penting lagi iaitu dalaman kita, adakah juga "deeniyah" nya ia seperti luaran kita yang bertudung labuh atau berkopiah?. Oleh itu, realisasikann persepsi positif ini dengan tindak tanduk, akhlak serta sikap kita yang juga positif.

Sebagai penuntut ilmu di bumi Jordan bumi para anbiya'. Sudah semestinya kita berbeza dengan mahasiswa lain yang berada di Malaysia. Berbeza kerana kita belajar di bumi asing. Namun persamaan antara keduanya tetap banyak dan yang dominan sekali adalah kita sebagai seorang yang menuntut ilmu. Allah menjanjikan penuntut-penuntut ilmu ini dengan mudahnya mereka jalan ke syurga. Tidakkah itu satu nikmat yang besar kepada kita?. Apa yang kita lihat mahasiswa atau pun penuntut ilmu ini merupakan suatu bidang pekerjaan yang tiada hasil pendapatan yang diperoleh. Tetapi di sisi Allah ada pulangannya. Sudah semestinya ganjaran pahala besar di sisi Allah bagi mereka yang menuntut ilmu. Selain itu, zakat juga adalah  dikhususkan penerima zakat adalah penuntut ilmu. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat memberi perihatian kepada mereka ini iaitu kita sendiri. Ini dari sudut pandangan ekonomi itu sendiri.

Kita pergi pula kepada sudut akademik. Penguasaan ilmu sangat penting dalam menjamin kualiti ilmu seseorang mahasiswa itu sendiri. Kejayaan dalam bidang akademik saya yakin semua orang mampu menyenaraikan faktor-faktor kejayaan itu. Tetapi kesemua faktor itu jika kita lihat ianya tidak akan kemana melainkan faktor itu bermula dalam diri kita sendiri. Faktor kejayaan kesemuanya datang daripada diri kita.
Dalam konteks ilmu apa yang sangat penting adalah penguasaan sesuatu ilmu itu. Jangan bataskan ilmu dan minda kita. Sekiranya jika pelajar Syariah, ya kita perlu fokuskan pada bidang kita. Namun jangan kita sempitkan ruang minda kita. Saintifiknya. akal kita akan semakin memberi ruang yang luas sekiranya semakin banyak ilmu dicurahkan kepadanya. Otak-otak manusia yang berilmu lagi luas berbanding mereka yang tidak memilik ilmu atau kurang ilmu.  Masalah akademik yang meruncing dalam mahasiswa agama khususnya akan menyebabkan mereka tidak dirujuk oleh masyarakat apabila berbincang dalam konteks agama. Olen itu, pentingnya penguasaan ilmu itu. Sekiranya bidang agama tidak diterajui oleh pakar agama, maka agama itu akan diterajui oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang agama seterusnya mereka akan memerintah mengikut persepsi mereka.


"Selain kita mewarisi ilmu para anbiya', seharusnya kita juga mewarisi akhlak-akhlak para anbiya' dan selepas itu kita juga akan mewarisi cabaran-cabaran para anbiya' para anbiya' dalam kehidupan"


Sebagai mahasiswa yang hidup zaman global ini, kita seharusnya menggarap semua globalisasi kini dan menjadi tugas kita untuk menyelesaikan segala isu semasa yang berlaku. Kita menjawab segala persoalan masyarakat berdasarkan apa yang kita faham dan bukannya berdasarkan hafalan kita ketika dalam kuliah. Ini adalah hakikat yang perlu kita sedar bahawa sebagai mahasiswa kita mesti berfikiran matang dan bersikap rasional serta bertindak profesional.

Persepsi masyarakat lain yang juga perlu diubah adalah mereka menganggap bahawa bidang agama bukan lagi bidang yang kritikal. Antara lain juga, bidang agama ini juga dikatakan merupakan bidang yang menjadi pilihan terakhir. Masalah mahasiswa kita sekarang adalah kurangnya keyakinan untuk menonjolkan diri. Lebih-lebih lagi mahasiswa yang berada dalam bidang agama. Bagaimana kita ingin meletakkan persepsi masyarakat itu pada tempat yang betul, bahawa kita ini yang belajar bidang agama yang belajar dengan serius dengan harapan dapat memimpin ummah pada suatu hari nanti. Insyaallah. Apa yang penting tingkatkan mentaliti kita terhadap akademik.!!!!

Mahasiswa kini bukan sahaja dengan keluar masuk kuliah dan menghadiri peperiksaan. Jika kita beranggapab begitu, maka sedarlah bahawa mahasiswa kita mempunyai masa depan yang kian pudar. Kita sewajarnya mempunyai nilai tambah lain selain kita memiliki title sebagai mahasiswa. Kembangkan softkill yang ada dalam diri kita dan pandukan ia ke jalan yang betul serta salurkan atau sumbangkan ia ke arah yang sepatutnya. Softkill lain juga adalah akhlak kita. Bagaimana kita ingin mengembangkan akhlak yang ada dalam diri kita?. Kita patut ada rasa malu jika kita tidak berakhlak. Terutamanya pelajar yang berada dalam bidang  pengajian islam. Imej kita melambangkan siapa kita sebenarnya. Persoalan iman dan hidayah ini adalah tidak kira siapakah dia, ustaz ke ataupun doktor.


"Jika kita ingin mencari manusia yang baik, maka kita dahulu yang mesti berubah menjadi baik. Nescaya mereka yang baik akan datang kepada kita."

Mahasiswa yang bijaksana bukan sahaja setakat mampu memindahkan ilmu itu kepada suatu yang praktikal, tetapi juga mampu memproseskan ilmu itu sendiri dan seterusnya mampu menyelesaikan masalah dan isu tertentu. Apa sahaja ilmu yang kita peroleh kongsikan pada masyarakat. Adaptasikan  ilmu itu dengan realiti. Dalam dunia yang globalisasi ini, pelbagai sumber ilmu telah terhidang di depan mata kita. Hanya search di google, maka keluar segala yang kita mahu cari. Menunjukkan bahawa tiada batasan sudah dalam mencari ilmu. Dengan medium begini, perkasakan ilmu kita. Semua alasan yang timbul untuk tidak mencari ilmu sudah lagi tidak diterima. 
 
 "Matikan hiburan, hidupkan budaya ilmu"
 
 





Thursday, December 16, 2010

Amalam Sunnah di Musim sejuk

                          
 "Bestnye sejuk...., malam panjang siang sekejap je".
" Seronok musim sejuk dah bermula, malam boleh berehat lama...."

Ya, memang tidak dinafikan keseronokan apabila kita berada di musim sejuk ini. Cuaca tidak panas dan tidak ramai yang mengeluh panas.Kita manusia biasa merasakan bahawa di musim sejuk ini banyak peluang yang kita boleh lakukan ketika siang melabuhkan tirainya. Malamlah waktu yang paling ideal bagi seseorang hendak melakukan akitviti mereka antaranya, tidur. Namun, kita juga perlu ingat bahawa dalam musim sejuk ini la kita sangat beruntung sebagai muslim. Kita amat beruntung kerana di musim sejuk ini Allah memberi kita peluang yang cukup berharga di mana kita diberikan malam yang panjang bukan sahaja untuk berehat lama, malah dengan malam yang panjang itu kita boleh juga melakukan amal ibadah kepada Allah. Cuba kita fikirkan sebentar, Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia. Ya, hatta malam pun Allah ciptakan untuk manusia bukan sia-sia. Tidur, berehat, perkara yang kita lakukan setiap hari. Namun adakah amalan ibadah lain juga selitkan juga dalam amalan harian kita di waktu malam khususnya?. Mungkin bagi sesetengah manusia akan merasakan perkara seperti melakukan qiam di waktu malam. membaca quran dan bertadabbur di waktu malam yang panjang seperti suatu perkara yang amat berat untuk dilakukan. ita Kita harus akui yang iman kita sebagai manusia tidaklah sama seperti iman malaikat Allah, istiqamalah dalam setiap perkara itu walaupun ia tidak banyak. Solatlah walau dua rakaat dan istiqamahlah dalam melakukannya. Yakin dengan kemampuan diri bahawa kita mampu lakukannya. Kita tidak bersendirian di muka bumi ini. Kita ada Allah. Jangan putus berdoa padaNya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”
                                                         (Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

 Berbalik kepada tajuk sebenar untuk artikel kali ini, amalan sunnah di musim sejuk. Bagi sebilangan kelompok manusia seperti pelajar contohnya, peluang di musim sejuk amat baik untuk mereka mengulang kaji pelajaran di waktu malamnya. Tetapi sahabat-sahabat Rasulullah s.aw. menggunakan waktu malam mereka utnutk beribadah kepada Allah. Alangkah seronok jika malam-malam kita dipenuhi dengan bacaan quran, solat qiam seperti sahabat dahulu selain daripada mengulang kaji. Hatta nabi kita Nabi Muhammad s.a.w seorang ahli syurga juga tidak putus beribadah kepada tuhannya.

Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.”(Muttafaqun ‘alaih)

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)

“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).

Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?
Petua dari Imam Al-Ghazali:

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Membaca quran juga merupakan perkara penting dan antara amalan mulia dilakukan pada waktu malam khususnya. Disaat manusia semua memejamkan mata seronok dbuai mimpi indah. Kita bangun membaca kalam Allah yang suci. 

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Meskipun jika kita tergolong dalam golongan yang kurang pandai mengaji, kita juga perlu ingat tentang hadith nabi yang mengatakan mereka ini juga ada ganjarannya.


  Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )

Wahai rakan sekalian. ayuh kita kembalikan semula suasana malam panjang yang sebenar. Hiasilah malam kita dengan mengingati Allah. Allah tidak menjadikan kita semata- mata untuk kita hidup dan merasakan keduniaan ini. Malah carila sesuatu yang lebih bermakna daripadanya. Moga Allah membantu kita untuk sentiasa mengingatiNYA, untuk sentiasa berzikir kepadaNYA, dan untuk sentiasa melakukan amal ibadah kepadaNYA.





Wednesday, November 3, 2010

::Terbang lagi::

Assalamualaikum w.b.t

 Mari kita semua terbang seperti burung diatas...Terbang menyelurusi kisah kehidupan maisng2. Terbang lah mencari apa sahaja yang kalian mahu cari. Terbang lah mencari kedamaian. Terbang lah merasai keindahan langit dan awan.....Sesungguhnya Allah itu maha Tinggi, maha Perkasa...DIA lah yang meciptakan seluruh kejadian di muka bumi ini...Sedarilah akan kekuasaanNYA...Semoga kita semua dilimpahi rahmatNYA....