Ramai yang lega kerana mungkin sudah tamat peperiksaan. Ya saya juga diantaranya yang lega. Dan mungkin juga ada yang lega kerana selepas ini boleh fokus dengan bercuti dan rehat sebentar daripada menghadap buku kuliah seketika. Pelajar perlukan rehat. Rehat yang bagaimana?..Hermm..sama-sama kita fikirkan. Rehat yang bagaimana kita mahukan untuk diri kita. Seronok? Enjoy? ...Tapi akhirnya hambar kerana kita tidak mendapat sebarang manfaat daripada rehat itu..Cari rehat yang sesuai untuk diri kita. Sesuai itu bermakna juga diri kita peroleh manfaat daripada rehat itu. Rehat yang bermanfaat juga menghasilkan sesuatu yang amat berkualiti.
Sahabat-sahabat ku ramai juga yang menghabiskan masa rehat mereka dengan bercuti pulang ke Malaysia, ada juga yang bercuti ke luar Jordan sama ada ke Syria, Mesir, Turkey, Lubnan, Spain, Eropah dan sebagainya. Alhamdulillah, kita semua berkemampuan untuk berjalan di bumi Allah ini melihat keunikan manusia-manusia ciptaanNYA, dan melihat keindahan langit-langit dunia yang kita mungkin kita pernah lihat sebelum ini dengan mata kita sendiri, serta pelbagai corak-corak dunia yang diciptakan oleh Allah yang sangat kita kagumi. Tetapi ada juga sahabat-sahabat yang bercuti dalam kawasan Jordan sahaja. Dan ada juga tidak pergi ke mana-mana. Masing- masing mempunyai cara tersendiri untuk menghabiskan masa cuti yang tersedia. Dan masing-masing juga mempunyai rancangan tersendiri untuk memanfaatkan masanya.
Dalam kegembiraan yang hadir tika ini, kerisauan dan kebimbangan juga tetap ada. Tidak lain tidak bukan kita perlu risau dengan keputusan peperiksaan semester pertama bagi 2010/2011. Semua orang mesti risau. Siapa yang tidak risau. Hatta, pelajar yang confirm akan tamat pengajiannya bagi tahun ini pun amat khuatir dengan keputusan mereka.
"Kak, akak kan confirm khirij, kenapa akak risau dengan exam akak?". saya bertanya kepada salah seorang senior yang 4 tahun masa pengajiannya dihabiskan di Jordan. "Akak tahu akak akan khirij, tapi markah exam tu yang akak takut, markah tu, markah exam..arghhhh". Kegembiraan dikala ingin menamatkan pengajian dibatasi dengan kerisauan terhadap markah exam. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya mendapat natijahnya yang terbaik. Usaha telah dilakukan sehabis baik dan kita semua hanya perlu tawakal dan berserah padaNYA atas segala keputusan yang akan kita peroleh.
Bila tiba musim cuti juga ramai yang mahu selesaikan kerja-kerja persatuan yang tertangguh. Ya, pastinya waktu-waktu begini dikira amat sesuai untuk melakukan kerja dengan fokus sekali. Setelah habis penat kita curahkan untuk pelajaran kita.Kini masa untuk persatuan perlukan sumbangan kita. Amanah yang diberikan oleh individu tertentu kepada kita sebaik mungkin kita cuba laksanakannya dengan baik.
Kesimpulannya, dimana jua kita berada, tanyalah pada diri kita adakah masa itu kita habiskan dengan perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada diri kita. Seimbangkan rohani dan jasmani kita. Penuhilah hak kedua-dua unsur dalam badan kita ini (jasmani dan rohani).Dalam erti kata yang ringkas- Jika perut menuntut untuk makan, berilah ia makan. Jika hati kita menuntut untuk bersama tuhannya Allah, maka berilah masa untuk tuhanya yakni pemilik diri kita, Allah) Insyaallah hidup kita akan terasa lebih bermakna.


0 comments:
Post a Comment