Tesekkur ederim (Terima kasih)
Seramai 23 orang pelajar perempuan telah bersama-sama mengikuti perjalanan jaulah cuti musim sejuk ke Turkey selama 9 hari 8 malam. Perjalanan ke bumi Turkey dengan menaiki bas sememangnya sangat memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kami terpaksa menempuh hudud (sempadan) bumi Syria dan Jordan serta hudud (sempadan) bumi Syria dan Turkey dimana telah mengambil masa yang lama. Setelah menempuh pelbagai karenah proses keluar masuk negara-negara ini, akhirnya kami selamat juga masuk ke Turkey.
Perjalanan kami disambut dengan kawasan tanah daratan yang menghijau, pemandangan bukit-bukit yang landai, kawasan perkampungan yang tidak lah terlalu ramai penduduknya, kawasan hijau yang seakan-akan petak hijaunya menyamai petak –petak sawah padi Malaysia. Setelah beberapa kilometer kami memasuki Turkey, Ustaz Hazimin selaku agen pelancong kami menerangkan serba sedikir tentang kawasan yang berada di sekitar kami dan secara amnya mengenai Turkey.
Masyarakat Konya yang majoriti mampu dan fasih berbahasa arab
Kehijauan yang memukau!! Masyaallah!!
Turkey. Negara in mempunyai 83 buah negeri dan ibu negerinya bernama Ankara. Istanbul antara sebuah negerinya yang mempunyai keluasan yang paling besar. Hatay merupakan sebuah negeri pertama kami lalui dan Antakya merupakan antara daerah negeri ini yang kami lalui untuk menuju ke Konya.
Kawasan persisiran pantai yang kami lalui.
Hatay atau nama lamanya Iskandariah. Penduduk di Hatay ini 65% masih boleh bertutur dalam bahasa arab dan mengamalkan Islam serta disini juga dikatakan antara kawasan yang pernah menjadi rebutan antara Syria dan Turkey dahulu dan kini juga masih terdapat konflik kecil di antara dua negara ini untuk mendapatkan Hatay ini. Antara daerah lain lagi yang mempunyai penduduk majoritinya berbangsa arab yang boleh bertutur dalam bahasa arab ialah Sanurfa, dikatakan tempat ini di mana berlaku nya kisah Nabi Ibrahim a.s dibakar. Antara daerah lain dalam Hatay juga ialah Iskanderun dan kebanyakan kawasan di negeri Hatay ini merupakan kawasan daratan.
Suasana bandar di Konya.
Makanan tengahari kami DONER ataupun syawarma versi Turkey.
Ini namanya Pilic Doner.
Kami menuju ke Konya sejurus selepas makan tengahari. Perjalanan ke Konya mengambil masa selama 7 jam dan kawasan menghala ke Konya melalui kawasan yang agak berbukit-bukit.
Kincir angin lambang kemodenan Turkey (mungkin)
Tiba di sebuah RNR untuk berehat sektika. Ketika itu kami telah pun sampai di negeri Adana, negeri ke-4 terbesar di Turkey. Bandar Adana merupakan kawasan tepi laut Meditanirean. Selepas selesai berehat dan solat di RNR Adana, perjalanan kami dieruskan ke Konya. Kami diberitahu oleh Ustaz Hazimin bahawa pada malam itu akan diadakan suatu pertunjukan percuma Tarian Sufi.
Restoran Doner (syawarma versi Turkey).. sedap tapi rasanya tidak serupa dengan syawarma ye...
Konya
Setelah beberapa jam lamanya kami berada di dalam bas, akhirnya kami sampai di Konya dan kami terus memberhentikan perjalan kami di SehirMerkezi iaitu tempaat di mana diadakan pertunjukan Tarian Sufi. Alhamdulillah sesampainya kami di Konya, Tarian Sufi menjadi sajian kami setelah penat seharian perjalanan dihabiskan di dalam bas.
Tarian Sufi yang diadakan di Konya Kultur Merkavi pada setiap hari sabtu ini diasaskan oleh Maulana Jalaludin Ar-Rumi. Maulana Jalaludin ini pernah menjadi pemerintah pada suatu kerajaan ketika itu yang dinamakan Kerajaan Seljuk. Maulana Jalaludin ini diceritakan banyak menulis gasidah-gasidah di dalam buku beliau yang paling terkenal iaitu Dewan Al –Kaber. Tarian Sufi juga dkenali dengan Mevlana Whirling Dance. Maklumat tambahan mengenai Tarian Sufi, tarian ini ada kaitan dengan tarikat. Terdapat beberapa firqoh ( kumpulan) yang membuat pertunjukan untuk setiap masa yang ditentukan. Tarikat yang membuat pertunjukan pada malam kami itu ialah daripada Tarikat Merlevi. Apa yang menarik tentang tarian ini ialah mereka mengamalkan zikir-zikir memuji Allah dan mengaitkan kekuaasaan Allah dengan alam semulajadi. Mereka menari sambil menumpukan perhatian mereka untuk sampai kepada Allah. Antara ayat-ayat yang dikatakan ketika mereka sedang menari kesemuanya adalah daripada gasida-gasidah atau pun syair yang dinukilkan oleh Maulana Jalaludin. Terdapat juga tarikat lain yang terdapat di bandar selain di Konya contohnya di Mardin (di Turkey) dan Halab (Syria).
Kami bermalam di Hotel Ulusan yang memberikan perkhidmatan yang memuaskan, selesa dan yang penting perkhidmatan wireless percuma.
Di hadapan Hotel Ulusan, Konya.
Hari Kedua kami meluangkan masa berjaulah di Konya. Kami bersarapan pagi dengan Corba atau pun dalam bahasa arab lebih dikenali dengan Syurba( sup) yang dimakan dengan roti. Sedap!
Corba(sup)
Konya. Antara yang menarik di Konya ialah musiumnya, masjid-masjid yang unik dan madrasah-madrasah. Tempat pertama kami pergi melihat Masjid Alaeddin Keykubad ataupun dalam bahasa Turki Alaeuddin Keykubad Camii. Kawasan masjid ini juga merupakan pusat atau pun Alaeddin Centre di Konya. Terdapat beberapa makam pemerintah-pemeritntah utama ketika zaman kerajaan Seljuk di berlakang masjid ini. Asalnya masjid ini merupakan sebuah gereja yang akhirnya dijadikan masjid ketika zaman kedatangan Islam . Antaranya yang bernama Alaeddin Keykubat I, Sultan Mesut I, Rukneddin Suleyman II, Giyaseddin Keyhusrev I, Giyaseddin Keyhusrev II, dan Giyaseddin Keyhusrev III.
Masjid Alaeddin Keykubad
Makam-makam Sultan
Masjid Alaeddin dari jauh.
Kami terus berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah lagi masjid yang dinamakan Iplikci Camii atau pun Masjid Iplikci. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh seni bina pada zaman umayah iaitu penggunaan batu-batu bricks yang sederhana kecil. Seni bina di masjid ini juga merupakan seni bina pertama yang menggunakan batu bricks.
Kedudukan setiap masjid di Bandar Konya ini saling berdekatan dan destinasi kami seterusnya ialah ke Masjid Sarafedin ataupun Serafeddin Camii. Masjid ini dibina oleh Sinan iaitu arkitek Blue Mosque.
Serafeddin Camii ataupun Masjid Sarefuddin
Bergambar dengan sahabat-sahabat di Konya
Bandar Konya
Tram atas jalan raya...canggih!
Seterusnya tidak jauh daripada situ Masjid Sem- I Tebrizi. Nama masjid ini bersempena dengan nama guru Maulana Jalaludin Ar-Rumi dan di dalam masjid in juga terdapat makam guru beliau tersebut.
Kami berjalan lagi dan tidak sampai 10 minit kami sampai di sebuah lagi masjid yang diberi nama Selimiyi Camii atau pun Masjid Selimiyi ( Sulaiman). Masjid ini dibina ketika di zaman Uthmaniyah.
Bersebelahan dengan Masjid Selemiyi ini adalah sebuah bangunan muzium yang dahulunya ialah sebuah masjid. Di dalam muzium terdapat pelbagai pameran-pameran yang sangat bermanfaat dan bagi saya dikira yang sangat menarik. Antaranya, makam-makam pemerintah kerajaan Seljuk yang kini dikenali sebagai Konya, pameran quran lama zaman Uthmaniyah, dan jambang Rasulullah juga terdapat dalam muzium ini. Kami berpeluang melihat hasil penulisan quran pada zaman Uthmaniyah ini yang sungguh unik dalam pelbagai saiz daripada kecil hinggalah yang besar. Penulisan khat quran yang tidak bertitik dan berbaris terlihat jelas di depan mata kami. Penulis khat bagi setiap quran juga berbeza, mungkin kerana berbeza zaman atau pun kawasan. Dan terdapat juga pameran tafsir-tafsir quran karim yang banyak ditulis oleh Maulana Jalaludin sendiri dalam bahasa Parsi (mungkin). Permaidani dan sejadah-sejadah juga tidak ketinggalan. Corak-corak yang menarik dan pelbagai ukiran-ukiran yang mungkin juga tersirat maksud yang tersendiri. Pameran kehidupan rakyat para penari sufi juga turut dipamerkan. Kami tidak melepaskan peluang melihat bagaimana cara kehidupan mereka daripada kehidupan di dapur, adab makan mereka, seni tarian mereka, kehidupan berkomunikasi dengan masyarakat umum, serta cara kehidupan dalam pergaulan seharian sesama mereka.
Kami berpeluang membeli-belah sekitar Bandar Konya selama 2 jam. Dan bergerak jam 6 petang ke arah Ankara sebelum menuju terus ke Istanbul. Jumlah jarak perjalanan adalah sebanyak 700 kilometer lebih daripada Konya.
Pak cik jual roti.
Bandar Konya yang tenang dan tidak sibuk dengan manusia.
Masyarakat Turki di Konya.
Jalan raya di Konya
Kami makan supper di Outlet Centre (RnR Ankara mungkin). Tos dan hamburger menjadi santapan kami. Wireless connection di situ juga menyebabkan saya boleh online seketika.hehe
Sesampai sahaja di Istanbul ketika itu masih pagi sekitar jam 7, masyarakat Istanbul sudah pun memenuhi bandar ini. Istanbul terbahagi kepada dua iaitu Istanbul Asia dan Istanbul Eropah. Kedua-dua bandar Istanbul ini dipisahkan dengan laut Bhosphorus dan laut Meditrenean.. Pemandangan sekitar Istanbul Eropah ini sangat mengujakan diri saya. Kehidupan yang serba canggih dan moden sememangnya akan menjadi perkara yg luar biasa bagi manusia yang tidak pernah ke sini seperti saya. Syukur.
Kami bersarapan dahulu di restoran berhadapan dengan Masjid Ayub Al-Ansari. ‘Adas menjadi pilihan kami.
Singgahan pertama kami ialah di Masjid Ayub Al-Ansari. Ayub Al-Ansari ini dikatakan seorang daripada sahabat nabi yang berjuang untuk mendapatkan title pemuda konstatinopel. Diceritakan bahawa ketika masyarakat pemuda yang telah mendengar hadith Rasulullah tentang pemuda yang akan menawan Konstatinopel, ramai pemuda-pemuda pergi ke Istanbul untuk menjadi manusia pemuda yang disebutkan oleh Rasulullah termasuklah Ayub Al-Ansari ini.Namun begitu, hasratnya tidak tercapai dan tidak berjaya Beliau dikatakan syahid di Byzantine (pada zaman nabi). Dikatakan, sebelum beliau wafat, beliau memesan supaya mayatnya dikebumikan berdekatan dengan tembok Byzantine supaya beliau dpaat mendengar derapan kaki kuda berlari yang ditunggang oleh sang pewira yang membuka konstatinopel. Di dalam masjid ini juga terdapat makam beliau dan kesan tapak kaki Rasulullah . Semoga kita semua menjadi manusia yang berjiwa murabbi sepertinya. Insyaallah.
Dalam cuaca pagi yang agak sejuk ini, kami terpana seketika dengan keindahan air terjun di perkarangan luar Masjid Ayub ini.
Kami meneruskan perjalanan tidak jauh dari situ menuju ke stesen kabel. Stesen kabel ini terletak berhadapan dengan Golden Hons. Kami menaiki kabel yang mengambil masa sekitar 15 minit lebih untuk melihat pemandangan Golden Hons dan kawasan sekitarnya. Masyaallah, Maha Suci Allah pemandangan ini sememangnya sangat cantik. Walaupun udara sejuk kadangkala menganggu sedikit keselesaan pada waktu itu, namun kami tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai nikmat melihat kekuasaaan penciptaan Allah ini.
Kami terus check-in hotel sejurus selepas melihat keasyikan Golden Hons. Viva Hotel, kami perlu berjalan kaki untuk ke sana. Dan malam itu kami dinner pizza Turkey.
Selepas makan malam, kami berpakat untuk mengambil angin malam berjalan-jalan sekitar Sirkeci (nama kawasan hotel kami). Kawasan Sirkeci ini kurang night life nya. Kebanyakan kedai tutup awal dan tidak ramai manusia berkeliaran meskipun jam baru pukul 9. Walaubagaimanapun, pemandangan malam pada saat itu sangat menggamitkan jiwa.
0 comments:
Post a Comment