Seorang tokoh pendakwah wanita terkenal, Puan Zainab al-Ghazali telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelahbergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.Jenazahnya akan disempurnakan hari ini 4 Ogos 2005 di Masjid Ra’baah Adawiyyah di Nasr City seperti yang dimaklumkan ahli keluarganya yang terdekat.Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat didunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjangkerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.Al-marhumah yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuahperkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripadakeluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanyaadalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmuagama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliaudipanggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah Binti Kaab iaitu salah seorang Sahabatwanita di zaman Rasulullah s.a.w.Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranyaberpintah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ. Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yangdipimpin oleh Huda Syaarawi.Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ‘ulama al-Azhar kerana dikatakan tidak selari dengan Islam walaupun sering mengadakan forum antarakedua-dua belah pihak.

Pandangan serong pertubuhan itu yang disifatkan amat merbahaya kepada umat Islam,akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya.Kesedaran kepada Islam menyerlah dalam diri al-MarhumahSelepas sekian lama beliau menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkankematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanjiakan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu, dan akan menubuhkan satupertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah Islam.Penyakitnya semakin sembuh, dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkanpertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruhMesir.Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya telah mengadakanhubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pimpinan al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati ditembak.Sepanjang pengenalan al-Marhumah dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan agar pertubuhan muslimat itu menjadi anggota sayap gerakan al-Ikhwan khusus bagi muslimatdan beliau diminta menerajuinya.Gerakan al-Ikhwan menerima pelbagai tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannyaditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa an-Nuhhas, al-Marhumah telahmemainkan peranan penting untuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang ditangkap danmembantu mereka dengan bantuan yang diperlukan.Tekanan demi tekanan yang diterima, hingga beliau diminta oleh Presiden Jamal Abdel Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengankeras.Keengganannya untuk menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamalmengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan al-Marhumah dibekukan, segalabahan penerbitannya dihentikan .
Beliau kemudiannya ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan selama enam tahundengan pelbagai ujian dan tribulasi.Beliau ceritakan semuanya dalam bukunya “Aiyam min hayati” yang bermaksud hari-haridalam hidupku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al-Marhum UstazMohammad Tahir Daeng Mengati.Dengan perantaraan dan campur tangan bekas Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz,beliau telah dibebaskan di zaman pemerintahan Presiden Anwar Sadat pada Ogos 1971.Penyebaran Dakwah IslamSetelah al-Marhumah dibebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhannya dalam bidangdakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negaraasalnya Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam.Beliau juga dikatakan amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah.Pada pertengahan tahun lapan puluhan, beliau serta beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsungmenghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali..Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dansebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab.Antaranya “Nahwa Baa’thun Jadid” iaitu Kea rah kebangkitan era baru dan “Nazarat fiKitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijanamenerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula denganwanita/muslimat.
0 comments:
Post a Comment