Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah syukur kerana diri ini masih diberi peluang bernafas dalam udara iman dan islam. Alhamdulillah juga kerana diberi peluang untuk melihat kekuasaan Allah s.w.t yang tiada tolok bandingnya, bukit-bukau yang gersang di bumi Arab ini cukup menginsafkan diri yang lemah ini. Betapa dahulu mereka-mereka telah merentasi laluan-laluan ini yang pastinya penuh cabaran dengan cuaca yang panas terik. Terbayang zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda hidup dengan kehidupan padang pasir. Saat jalan-jalan highway mereka adalah padang pasir itu dan lembah-lembah bukit yang berbatu. Kita kini menggunakan jalan tar yang tiada lopak-lopak. Subhanaallah, sungguh Allah azza wajalla telah memberi kudrat yang setimpal buat hamba yang hidup di Bumi Anbiya ini sesuai dengan budaya penghidupan mereka. Dalam kegersangan bukit-bukau itu, dan dalam kesuraman warna pasir-pasir bukit yang kelihatan dari jauh, namun begitu terdapat keindahan air terjun semulajadi dan panorama yang cukup memukau mata memandang. Subhanallah.....
air terjun ni kurang panas sikit berbanding dengan yang satu lagi.
Di Madaba, kawasan yang hampir berhampiran dengan laut mati, boleh dikira kawasan tanah rendah. Terdapat air terjun yang amat mengujakan diri saya sebenarnya. Pertama, sebab air terjun dia panas sangat. Suhu 60 celcius untuk bulan Jun. Dari jauh kelihatan air terjun ini bersinar dengan percikan deras dari batuan atas bukit. Kaki melangkah ke situ dan tiba-tiba badan berpeluh-peluh dek kepanasan air itu ditambah pula dengan cuaca yang panas. Ya Allah, hati kecil berbisik bagaimanakah diri ini mampu untuk menghadapi neraka Allah. Sungguhku tak sanggup hadapi kepanasan yang lebih dahsyat dari ini. Masyaallah. air yang panas ini pastinya tak serupa dengan kepanasan air api neraka yang menggelagak. Siapa lah yang dapat membayangkan dengan sebenarnya keadaan neraka itu. HanyaNYA yang Maha Mengetahui segalanya. Ciptaan Allah yang begitu indah ini tersirat 1001 hikmah buat hambaNYA yang berakal.
Sahabat-sahabat lain yang turut ikut ke Madaba seronok dan gembira sekali menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sekalian alam...Terfikir sejenak pada saat itu, tatkala ibu bapa dapat memberikan kasih sayang kepada kita dengan pemberian yang bermacam-macam yang kita inginkan selain kasih sayang yang begitu tebal tidak kira samada kita jauh mahupun dekat di samping mereka, Allah s.w.t yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah sentiasa dan selalu memberikan nikmatNYA buat hambaNYA yang tercinta. Lihat sahaja alam semulajadi yang menghijau. langit yang membiru dan laut yang terbentang luas. Manusia sungguh teruja dan seronok malah lebih tenang tiap kali merenung ke seluruh ciptaanNYA. Bukankah ini semua nikmat yang diberikan olehNYA bukti kasih sayangNYA pada kita termasuklah nikmat mendapat kasih sayang ibu bapa.. Kemana sahaja kita pergi nikmat olehNYA pasti tidak putus-putus hanyalah mahu kita bersyukur kepadaNYA..
"وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ "(الذاريات: 56)
Mafhumnya : " Tidak Aku jadikan jin- jin dan manusia kecuali untuk beribadat "
Ya Allah, jadikanlah kami seorang hambaMU yang sentiasa melihat nikmatMU lalu bersyukur dengan pemberianMU....____________________________________________________________________________
Saat semua manusia dengan keseronokan menikmati keindahan air terjun panas itu. Aku sempat berbual-bual bersama seorang nenek warga Palestin yang bercuti bersama ahli keluarganya di situ. Bermula perbualan kami dan titk perkenalan kami.....
Nenek ( Ummu Ahmad) sudah berada selama dua minggu bercuti di Jordan kerana menziarahi anaknya yang berkahwin dengan warga Jordan. Aku mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang kehidupannya di Palestin di samping berlatih bercakap arab memandangkan cuti dua mingguku sungguh jarang nak bertemu arab. Alhamdulillah 'ala kuli hal.....
Ummu Ahmad mempunyai 12 orang anak. 3 sudah berkahwin dan yang paling kecil berumur 17 tahun. Beliau tinggal berseorangan di Palestin memandangkan kesemuanya anaknya berada di Jordan untuk meneruskan hidup. Beliau juga tetap meneruskan hidup tetapi tegar untuk berada di Ramallah, Palestin. Sungguh tabah hati beliau. Kehidupan di Ramallah baik dan aman mengikut apa yang diceritakan oleh Ummu Ahmad. Mereka tidak bercakap sesama rakyat Israel di sana. Dan jalan juga dibahagikan untuk rakyat Palestin dan rakyat Israel.
"Ummu Ahmad, bagaimana keadaan sewaktu awak keluar dari Palestin untuk ke sini?......"
"Alhamdulillah, aku keluar dengan baik. Janji pasport ada bersama kamu dan insyaallah kamu lepas untuk keluar. Dan kebanyakan pelancong yang nak melancong ke Palestin juga tiada masalah dengan syarat segala bentuk identiti diri sentiasa bersama...."
********** Sungguh kehidupan mereka dalam aman namun disekat dan dikawal setiap masa*******
Dia turut menceritakan setiap hari dia melihat Al-Quds. Aku mengatakan hasrat ingin ke sana dan dia mempelawaku. Allah....lapangkanlah masaku dan berkatilah umurku dan rezekikanlahku untuk mempersembahkan solatku untukMU di rumah sucimu Masjidil Aqsa.
" Bagaimana suasana perayaan Eid Fitri di Ramallah?.."
"Alhamdulillah, kami gembira..Kehidupan kami tidak diganggu oleh Israel. Syaratnya mudah, masing-masing buat hal sendiri. Engkau dengan kerja engkau, kami dengan kerja kami...."
" Apa currecny yang kamu gunakan di Palestin?...."
" Kami menggunakan mata wang Israel....". Lalu dia menunjukkan syiling kecil bertulis nombor 1 dari bekas dompetnya. " Dengan syiling 1 ini, kamu boleh membeli aiskirm satu.". " Ambillah buat kenangan."
Hadiah kenangan Ummu Ahmad buatku dan sahabatku yang turut bersama dalam perbualan kami..
" Aku akan bertolak semula ke Ramallah esok pagi selepas subuh, semoga perjalanan musafirku selamat. Insyaallah...."
Ummu Ahmad meminta alamat emailku. Di Ramallah, kemudahan internet tiada masalah menurutnya. aku mendoakan supaya Allah azza wajalla memberkati pertemuanku dengan manusia berdarah Palestin ini yang tegar, cekal dan tabah untuk terus hidup di tanah Palestin.
Alhamdulillah, mendengar cerita sedikit sebanyak dari rakyat Palestin cukup menyedarkanku bahawa mereka hidup tidak senang macam kita dan tidak semewah seperti kita. Ummu Ahmad yang tidak bekerja, setiap hari bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja sebagai suri rumah. Membakar unggun api di tengah malam, memasak di dapur dengan segala kecukupan yang ada....Tidak berhenti ungkapan doa dari mulut Ummu Ahmad mendoakan kesejahteraan hidupnya dan hidup kami. Sayup sahaja hati bila memikirkan budaya arab in yang memang tidak lekang mulut mereka mendoakan manusia sekelilingnya. Budaya mendoakan sesama saudara ini buat hati ku cair. Siapa yang tidak gembira apabila manusia mendoakan demi kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Alhamdulillah....Sejuk hati dalam kepanasan terik mentari.
HAKIKAT UKHUWAH ISLAMIYAH
Hakikat Ukhuwah Islamiyyah. Saudara sesama Islam. Hidup sebagai perantau di negara orang, banyak bertemu manusia berlainan bangsa. Ya memang nikmah ukhuwah islamiyah cukup terasa. Sungguh ia satu nikmat dan rahmah besar buat semua umat manusia.
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (QS Ali Imran : 103)
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia
untuk menyambut kesempatan yang menjelma...."
p/s: terima kasih buat semua yang menjayakan misi Jaulah ke Hot Spring...^___^



0 comments:
Post a Comment