Valley Of The Wolves Palestine 2011

   

      Sepanjang cuti 2 minggu terasa masa diisi dengan berkat izin Allah. Alhamdulillah, memang benar bahawa manusia ini tidak mampu untuk hidup bersendirian di muka bumi ini. Jelasnya, segala nikmat diberi oleh Allah dan nikmat sahabat-sahabat dan keluarga serta manusia sekeliling ternyata memberi kesan dan impak buatku. Pemuda yang berjiwa muda tentunya memiliki semangat yang muda. Terasa ingin melakukan semuanya dalam sekelip mata. Namun, sunnatullah itu adalah berperingkat-peringkat.

OK, itu ulasan cutiku. Bagiku kali ini masa cutiku kurasakan dihabiskan dengan lebih baik berbanding waktu cuti sebelum ini. Alhamdulillah..sepanjang cuti Allah memberi ruang untuk ku membuka mata melihat sebuah filem mantap yang bertajuk Valley Of The Wolves Palestine 2011 . Menarik- Sedih- Geram ( tengok penjahat2 israel yang diwatakkan itu). (Klik tajuk untuk tonton)



 3 Orang watak hebat bangsa Turki yang datang ke Palestin semata-mata untuk mencapai misi mereka.




Pengajaran yang tersirat :- 


Semangat muda seperti ku mesti bagiku untuk digunakan sebaik-baiknya untuk menegakkan agama Allah azza wajalla. Nampak mudah berkata-kata, tetapi jihad n mujahadah itu amat sukar melainkan jika dihayati dengan iman yang mantap. Moga Allah membantu kita semua. Letakkanlah angan-angan itu denagn iman.Pasakkan ia dengan istiqamah. Sumbangkanlah kemana sahaja tenaga muda yang ada semaksimum mungkin dengan kadar kemampuan yang ada ke jalan Allah azza wajalla....


Keberanian berdepan dengan musuh. Ya! Musuh..Musuh jelas sudah tentunya manusia kafir yang tidak diberi hidayah oleh Allah. Tetapi musuh yang sentiasa bersama kita sudah tentunya ialah NAFSU. Berani lawan nafsu!!..Jangan beri ruang untuk nafsu mengisi masa-masa muda anda. Yang penting IMAN mesti atasi NAFSU....

Usaha untuk hadapi dan menentang musuh. Terang dan jelas  bahawa tidak semua manusia dapat berpeluang untuk pergi berperang ke medan jihad yang sebenarnya seperti yang dihadapi oleh rakyat Palestin itu sendiri.Tetapi jelas juga bahawa kita mampu untuk menentangnya dari sudut lain. BOIKOT barangan Israel. Ya, Insyaallah mudah bagi kita semua...Ayuh manfaatkan masa-masa muda dan hidup kita dengan sebaiknya...










0 comments:

Post a Comment


up