Monday, June 2, 2014
Cinta Dunia
Dunia dalam ketenatan, manusia sedang sibuk mencari kekayaan, pangkat dan nama. Tuhan sedang memerhati dan menilai hambaNya yang dalam kesibukan itu. Dalam kesibukan mengejar dunia adakah hambaNya sempat untuk mencari masa duduk berteleku menadah tangan dan melihat alam seketika dengan mata yang Maha Pencipta.
Manusia sanggup berhempas pulas untuk mendapatkan sesuatu dan sanggup menangis jika tidak berjaya mendapatkannya. Cinta kita pada jam yang mahal, pada insan yang kita sayang, pada sebuah kereta yang mewah, pada sebuah rumah yang indah bak istana, semuanya ini hanyalah fatamorgana yang tersembunyi 1001 rahsia Tuhan yang kita tidak sedar bahawa Dia sedang menguji keimanan kita.
Kita cintakan dunia dan yang lagi menyedihkan kita masih melupakan Dia yang mencintai hambaNya lebih daripada semua itu. Dan KITA? masih lagi bongkak berjalan atas muka bumi bangga dengan segala kesenangan yang ada, menghirup udara dan menikmati kenikmatan wang dan kecantikan dunia.
Seorang pemimpin yang hebat dalam sejarah Islam Umar bin Abdul Aziz, suatu masa dahulu pernah menawan China hinggalah ke Spain, tatkala beliau tenat menghadapi saat kematiannya, isterinya disuruh oleh seorang lelaki dengan berkata " Wahai isteri Umar, tukarlah pakaian Umar yang kotor itu." Isteri Umar senyap tiada jawapan. Kali kedua lelaki itu bertanya dan tiada jawapan hinggalah pada kali ketiga. "Mengapa engkau tidak menukar pakaiannya yang kotor itu?". Subhanallah. Isterinya tenang menjawab "Dia tidak mempunyai pakaian melainkan yang satu itu sahaja".
Manusia sanggup hilang pertimbangan dan waras pabila harta miliknya diragut dan kekayaan miliknya hilang atau berkurangan. Sehinggakan ada yang tidak lagu mampu berfikir dengan waras akibat terlalu banyak masalah yang menimpa dan tidak mampu lagi untuk dihadapinya. Sedangkan, Allah itu sifatnya Maha Mendengar segala permohonan dan hajat. "Setiap yang susah itu akan ada kesenangannya"-Surah Al-insyirah. Apakan daya hati mereka kosong tidak diisi dengan baja keimanan, tiada semaian ruh iman dan islam. Akhirnya jalan kegelapan yang mereka temui.
Ya Allah, jadikan dunia ini hanyalah dihujung jari kami dan bukannya dalam hati kami. Semoga Allah pelihara kita semua daripada terjebak dengan penyakit Wahn. Allah yahfazuna. Ameen.
Friday, January 31, 2014
Sebuah Mimpi.
Assalamualaikum wbt.
MIMPI. Dari kecil kita sudah belajar untuk berangan-angan dan tersenyum sendiri sehingga tertidur mungkin. Mimpi itu pastinya indah dan menyeronokkan. Memori yang tidak dapat dimusnahkan namun ia tetap akan pudar. Saya percaya semua dari kalangan kita pernah bermimpi sesuatu yang indah dan kita berasa sangat gembira dan ingin ia benar-benar terjadi. Selepas sahaja bangun daripada tidur, suatu perasaan yang aneh timbul dan ia seakan-akan memberi satu semangat dan naluri yang positif hanya apabila kita mendapat mimpi yang indah. Kita bangun daripada tidur dengan semangat yang positif sehingga mampu tersenyum sendirian.
REALITI. Jiwa tidak akan pernah puas mengejar kepuasan dunia yang penuh kemewahan. Manusia akan sering leka dengan mimpinya yang indah dan menyeronokkan itu. Semua orang sukakan mimpi yang indah dan mimpi itu mampu membawa dirinya jauh tinggi ke langit. Itulah kekuatan sesuatu mimpi yang berjaya memberi kesan terhadap diri seseorang insan. Namun...sejauh mana insan itu merealisasikan mimpinya itu agar menjadi kenyataan?. Ramai. Ramai yang gagal menjadikan ia kepada realiti dan benar-benar terjadi hanya kerana disebabkan oleh satu perkataan yang paling keramat sejak dulu kala.
NEKAD.Apabila mimpi dan realiti itu mahu disatukan ia memerlukan satu mekanism yang sangat berkuasa iaitu nekad. Andai kita mahu mengubah diri kita pastikan kita nekad untuk mengubah kepada yang lebih baik. Pandanglah jauh kedepan bahawa kebaikan sentiasa menanti kita di sana dan nekad untuk melangkah satu persatu. Jadikan mimpi indah itu sebagai tongkat penguat semangat andai kita tersungkur saat melangkah ke hadapan. Andai kita tidak bermimpikan sesuatu yang paling indah, wujudkan lah apa yang dinamakan impian.
IMPIAN. Pasakkan impian andai tiada mimpi yang boleh dijadikan sebagai semangat kita untuk melangkah. Impian yang benar-benar ikhlas dan suci sahaja yang akan berjaya menolak diri ini terus bergerak dan tidak berhenti. Impian yang sangat halus ialah dimana kita sebagai hambaNYA mengimpikan sebuah keredaan dan rahmat dariNya. Ingin memiliki kehidupan yang harmoni, bersih dari segala debu habuk dunia yang kotor dan jauh dari segala bala maksiat yang membimbangkan. Mungkin juga ibu bapa kita sebagai impian kita yang paling tinggi. Bersungguh-sungguh untuk membahagiakan mereka berdua jua adalah satu ibadah. Setelah kita memahami tujuan impian itu dan menyelami setiap satu mengapa impian itu diwujudkan sudah pasti segala rintangan dan dugaan kita mudah menghadapinya berkat kesabaran dan kekuatan dalaman.
MIMPI. Dari kecil kita sudah belajar untuk berangan-angan dan tersenyum sendiri sehingga tertidur mungkin. Mimpi itu pastinya indah dan menyeronokkan. Memori yang tidak dapat dimusnahkan namun ia tetap akan pudar. Saya percaya semua dari kalangan kita pernah bermimpi sesuatu yang indah dan kita berasa sangat gembira dan ingin ia benar-benar terjadi. Selepas sahaja bangun daripada tidur, suatu perasaan yang aneh timbul dan ia seakan-akan memberi satu semangat dan naluri yang positif hanya apabila kita mendapat mimpi yang indah. Kita bangun daripada tidur dengan semangat yang positif sehingga mampu tersenyum sendirian.
NEKAD.Apabila mimpi dan realiti itu mahu disatukan ia memerlukan satu mekanism yang sangat berkuasa iaitu nekad. Andai kita mahu mengubah diri kita pastikan kita nekad untuk mengubah kepada yang lebih baik. Pandanglah jauh kedepan bahawa kebaikan sentiasa menanti kita di sana dan nekad untuk melangkah satu persatu. Jadikan mimpi indah itu sebagai tongkat penguat semangat andai kita tersungkur saat melangkah ke hadapan. Andai kita tidak bermimpikan sesuatu yang paling indah, wujudkan lah apa yang dinamakan impian.
Friday, November 29, 2013
Relaks and Respon

Kadangkala kita tidak perasan sebenarnya diri kita sedang mengalami kecelaruan dan kebuntuan. Masalah yang timbul dan datang bertimbun-timbun datang menerpa bagaikan tidak berhenti itu adakalanya membuatkan kita lupa seketika akan matlamat hidup ini. Tuhan menjadikan setiap masalah itu dengan penyelesaiannya yang tersendiri. Manusia hanya melihat masalah yang ada itu sebagai batu yang besar atas kepala sedang menghempap dirinya. Masakan manusia tidak mengerti apakah tujuan mereka hidup di dunia ini? Aneh.
Sedaya upaya mereka mencari penyelesaian itu dalam kebuntuan dan kesesakan rutin harian yang dilalui saban hari. Akhirnya terdetik di hati ingin mencari sesuatu yang sudah lama diimpikan iaitu ketenangan.
Lantas, pelbagai cara cuba untuk dilakukan demi mencari sebuah ketenangan itu. Penat, akhirnya mengeluarkan peluh dan sisa keluhan. Dimana ketenangan itu??? Dimana??? Puas mencari ketenangan.
Pandanglah ke langit biru. Lihatlah awan yang putih salju itu. Rasailah angin yang lembut dan nyaman itu. Sekali sekali dengarlah deruan angin yang sayup-sayup. Bayangkanlah kita sedang berdiri di atas puncak gunung dan mata kita sedang memandang luas ke seluruh pelusuk bumi ini. Dan ucapkanlah ALHAMDULILLAH. Syukurlah dengan sepenuh-penuh kesyukuran bahawa kita masih lagi boleh bernafas dengan tenang dan memandang nikmat Tuhan yang cukup luas itu.
Hadapilah masalah dengan tenang. Duduk sebentar, pandang ke tanah bumi dan fikirkanlah mengapa Tuhan mendatangkan masalah itu kepada kita. Andai kita sudah lama melupakanNya, kembalilah beristighfar. Andai kita sudah lama tidak memaafkan orang, maafkanlah diri sendiri terlebih dahulu. Andai sudah lama kita tidak memberi makan kepada rohani kita, berikanlah ruang kepada rohani dan jiwa kita untuk menerima santapan ruh yang paling lazat. Pergilah ambil wudhuk dan bacalah al-quran dan berzikirlah dengan sebanyak-banyaknya.
SENYUM. Senyum kepada diri sendiri. Letakkan tangan di dada kemudian ucap "Allah sentiasa bersamaku" dan sedekahkan al-fatihah untuk kedua ibu bapa kita.
Andai kita sering ditimpa masalah, sedarilah bahawa masalah itu hanyalah satu ujian dari Tuhan yang sedang menguji keimanan kita. Dia mahu melihat bagaimana kita respon kepada masalah itu. Jika kita berjaya hadapinya dengan tenang, maka akan ditingkatkan darjat keimanan kita. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia terlalu sayangkan hambaNya dan kerana masalah itulah yang dapat mengembalikan semula hambaNya kepada jalan yang lurus semula.
Sunday, November 3, 2013
Manusia dan Kerjaya
Assalamualaikum wbt untuk semua.
Syukur kehadrat Illahi kerana atas limpah dan kurniaanNya kita masih lagi dapat hidup dan mengecapi udara hari ini. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w atas jerih payah baginda kita dapat jua merasai kenikmatan iman dan islam hingga hari ini.
Alhamdulillah hari ini genap dua minggu saya berhenti mengajar sebagai guru ganti selama 8 bulan di sekolah yang sama. Rindu rasanya nak mengajar menatap wajah murid-muridku meskipun adakalanya mereka ini agak nakal dan degil. Tetapi, sebenarnya jauh dalam sudut hati saya amat bersyukur kerana telah pun merasai kepuasan dan nikmat menjadi seorang pendidik.

Walaupun saya sudah tidak lagi mengajar, tetapi saya masih bekerja sambilan kerani di masjid berdekatan dengan rumah selama dua bulan bagi menggantikan kerani asalnya yang pergi menunaikan ibadah haji. Semenjak menjadi guru sekolah, meskipun kini sedang menjadi kerani sambilan di masjid apabila murid sekolah lalu sahaja di kawasan masjid mesti akan menyapaku sebagai 'cikgu/ustazah'. Cukup besar impak title guru itu. Syukur, semoga anak muridku menjadi manusia yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain. (Tahun depan ustazah akan mengajar lagi tahu! )
Ada yang bertanya, mengapa tidak bekerja di bank?
Cukup untuk saya menjawab pandangan saya mengenai pertanyaan ini dengan jawapan yang mudah.
Saya bangga mendapat ijazah dalam bidang saya, tetapi untuk bekerja dalam industri perbankan saya merasakan saya tidak ada kekuatan dan kemampuan serta kepuasan bekerja dalam industri itu. Saya gembira dan sentiasa menyokong rakan-rakan lain yang bersemangat menceburi bidang ini. Namun, saya berjanji bahawa saya akan memilih untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang ini satu hari nanti. Walaubagaimanapun, saya tidak menolak atau menafikan sekiranya saya diberi peluang untuk memasuki industri perbankan ini saya akan bersungguh-sungguh dan bekerja kuat untuk memastikan perbankan islam terus melonjak dan maju.
.jpg)
Menjadi seorang guru adalah kepuasan saya. Sejak dari sekolah rendah, saya seorang yang banyak bercakap, di sekolah menengah pula saya selalu dikategorikan sebagai seorang yang peramah. Sehinggalah saya berada di alam universiti, saya dianggap tutor yang 'boleh' mengajar namun saya bukanlah seorang 'pendebat' yang sinonim dengan karakternya yang petah berbicara. Saya seorang yang easy-going, tidak cerewet dan mudah mesra. Saya tidak memilih dalam berkawan tetapi gemar memerhati sikap seorang kawan. Satu sebab mengapa saya memilih bidang perguruan sebagai kerjaya saya ialah kerana MASA dan KELAPANGAN yang ada pada seorang guru lebih luas berbanding kerjaya lain.

Seorang guru sememangnya mempunyai tugasan yang banyak, namun waktu bekerja mereka tidaklah sampai lebih daripada pukul 7 sekurang-kurangnya. Jika menjadi guru satu sesi sahaja, waktu bekerja hanyalah 7 jam sehari dan kemudian sesi yang selebihnya itu adalah masa bebas yang sesuai untuk melakukan aktiviti lain yang dirasakan bermanfaat. Bagi saya seorang guru mempunyai banyak masa untuk bermasyarakat dan ini menjadi faktor besar mengapa saya setuju seorang guru itu untuk aktif dalam pelbagai aktivit kemasyarakatan dan bergaul mesra serta mewujudkan hubungan baik dengan rukun tetangga yang lain.

Sebagai isteri dan juga ibu pada masa hadapan, sudah pasti saya memilih untuk mempunyai masa dan kelapangan untuk bersama keluarga tercinta, maka dengan itu kerjaya seorang guru ini amat sesuai bagi mereka yang berhasrat untuk memastikan keluarga dan anak-anak tercinta sentiasa mendapat jagaan yang sempurna. Anda pasti suka jika suami dan anak-anak anda diberikan penjagaan yang sempurna. Kita mempunyai masa untuk memasak, berborak-borak, melayan anak-anak dan keluar bercuti bersama keluarga. Saya ingin melihat anak-anak saya membesar dengan didikan saya dan suami juga mendapat layanan yang terbaik.

Bakal surirumah juga mesti mempunyai minat dan hobi tersendiri dan sebenarnya minat dan hobi itu boleh dijadikan sebagai peluang untuk bisnes yang secara tidak langsung boleh menjana pendapatan sampingan untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi, saya sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ini dengan menggunakan produk hasil daripada minat dan idea kreatif yang saya ada. Sambil bekerja kita boleh berniaga yang sebenarnya berniaga ini seperti kita semua tahu adalah daripada sunnah Rasulullah s.a.w.

Segala persoalan tentang rezeki ini adalah hak dan tugas Allah s.w.t Andai kita melihat orang lain berjaya dalam sesuatu perkara, alhamdulillah kita berdoa supaya kita juga boleh berjaya dalam apa jua yang kita lakukan. Hakikatnya, alam kerjaya ini amatlah sukar melainkan bagi sesetengah yang lain mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak dinafikan kepentingan bidang pendidikan ini, wajar untuk kita mempertingkat tahap keilmuan masing-masing. Namun tidak dinafikan juga bagi sesetengah pihak lain yang mempunyai visi dan misi yang tersendiri dalam bidang kerjaya dan dunia perniagaan yang juga sebenarnya penting.
Apa yang penting berjanjilah pada diri anda sendiri bahawa apa jua yang kita usahakan dan lakukan, pastikan ia adalah yang terbaik dari kita. Apa juga bidang yang kita ceburi, pastikan kita berjaya dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dan menjadi contoh kepada orang lain. Seperkara lagi, penting untuk memberikan nilai yang baik dan manfaat kepada orang lain. Jika hidup hanya sekadar hidup, sangatlah rugi dan jika hidup itu dipenuhi dengan memberikan kebaikan dan nilai serta manfaat kepada orang lain maka kita adalah manusia yang amat beruntung kerana itulah matlamat seorang khalifah di muka bumi ini.
Wednesday, April 17, 2013
Pasca Pengajian
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan iman dan islam kepada kita semua. Semoga kita sentiasa menyedari akan nikmat ini setiap waktu lantas memanjatkan kesyukuran setinggi-tingginya kepadaNya.
Tika ini boleh dikatakan hampir 2 bulan lebih saya pulang ke Malaysia dan alhamdulillah banyak perkara yang telah dapat saya lakukan. Tidak dapat dinafikan bahawa kerinduan saya pada bumi Urdun amatlah begitu terasa hingga kini. Kadangkala terkenangkan sahabat-sahabat yang masih belajar di sana, semoga mereka berjaya dan terus berusaha untuk berjaya. Namun begitu, memandangkan banyak aktiviti di Malaysia ini yang boleh dimanfaatkan, sedikit sebanyak hilang jua kerinduan itu demi melangsungkan kehidupan yang lebih baik di tanah air ini.
Seminggu selepas sampai di Malaysia, saya terus pergi ke pejabat JPA untuk urusan lapor diri. Segala dokumen yang berkenaan siap disediakan untuk diserahkan kepada Cik Tengku Farah. Bermulalah tempoh menunggu panggilan dari SPA untuk berkhidmat sebagai pegawai selama setahun.
Agenda kehidupan setiap individu sangat penting kerana ia akan menentukan sejauh mana kita mampu mencipta sejarah hidup yang berjaya buat diri sendiri. Yeah! ayat yang betul-betul semangat nih.Apa yang penting semua manusia harus sedar bahawa dia perlu wujudkan suatu agenda yang jelas untuk berjaya dunia dan akhirat. Kalau ada yang mengatakan pernyataan ini kolot, satu contoh mudah untuk membidasnya, maka apakah engkau hidup di dunia sebagai manusia asing sahaja, hanya transit semata-mata sedangkan kehidupan sebenarmu adalah akhirat sana. Maka segala-galanya yang ada di dunia ini sudah pasti ianya tidak kekal malah sementara. Atas kesedaran itu, engkau patut mencari sebanyak-banyaknya pahala kebaikan sebagai jambatan untukmu di akhirat kelak yang memudahkan jalan kamu ke syurga.
Selesai bab agenda dan niat, apalagi kita terus ke cerita apa yang saya buat lepas habis belajar di Yarmouk, Jordan. Coretan yang saya kira sederhana, kecil dan hanya bersifat ingin berkongsi pengalaman sahaja. Ada satu perkara yang menjadi keutamaan saya apabila memikirkan soal mencari rezeki di dunia ini iaitu bisnes. Menggunakan seluruh tenaga dan kemampuan yang ada untuk mencari rezeki daripada titik peluh sendiri. Maka, dari hari ke hari saya berfikir dan terus berfikir. (Semoga apa yang saya hasratkan itu menghasilkan buah yang bagus dan berguna untuk masa depan saya.) Erti kata lain selain kita fikir untuk makan gaji, bekerja, dan berkhidmat untuk orang lain haruslah difikirkan juga jalan untuk mencari rezeki hasil daripada keringat peluh sendiri.
Pengalaman menjadi guru sementara sangatlah menarik walaupun ianya sedikit mencabar. Cabaran mendidik anak murid yang adakalanya nakal, manja dan hendakkan perhatian dari gurunya. Cabaran mengatasi anak murid yang lemah IQ nya dan tidak kurang juga cabaran berinteraksi dengan murid yang tinggi pula IQ nya.
Apa yang menjadi minat saya untuk mengajar ialah banyak sangat kenangan dan nostalgia kembali menjengah di fikiran saya apabila melihat murid-murid ini. Kenangan di sekolah rendah yang sangat mencuit hati kini seolah-olah seperti berulang kembali. Sangat menyeronokkan. Waktu perhimpunan, saya duduk di barisan guru-guru, dihadapan saya murid-murid, suatu pengalaman yang amat indah, perasaan seorang guru itu mula dapat saya rasakan. Betapa besarnya pengorbanan seorang guru itu mendidik anak muridnya sehingga mereka diberikan penghargaan yang cukup tinggi. Bak kata seorang guru disitu "walaupun awak hanya guru sementara, selepas sebulan lebih awak rasakanlah macam mana anak murid tu kekal memanggil awak sebagai cikgu walaupun awak berada di luar sekolah"
"Cikgu, semalam saya nampak cikgu kat pasar malam"
"Cikgu Fadhilah!" sambil melambai tangan.
Mereka nakal dan bijak. ^______^
Akhirnya, tanpa ada rasa menyesal saya tetap meneruskan tempoh sebagai guru sementara sehingga sekarang memandangkan saya belum lagi mendapat kerja tetap. Setidak-tidaknya masa itu tidak saya buang begitu sahaja di rumah tanpa membuat apa-apa aktiviti.
Ini pula projek kecil-kecilan saya selain di sekolah ^_____^
Yang ini juga (headband) ^________^
Selepas daripada ini, saya akan meneruskan lagi agenda hidup saya dengan mengajar tusyen secara personal dengan anak kenalan jiran terdekat. Apa sahaja kebolehan yang manusia lihat pada kita, adakalanya saya fikir lebih manis untuk kita cuba untuk memberi setelah lama kita menerima. Apa yang selama ini kita terima ilmu itu, boleh jadi manusia lain pula memerlukannya daripada kita dan kita haruslah memberinya.
Semoga Allah sentiasa membuka ruang yang luas pada kita untuk beramal kebaikan kepada ibu bapa terutamanya, adik beradik, masyarakat dan negara amnya. Jangan dipersiakan masa muda kita, cepat-cepat berfikir untuk melakukan apa yang terbaik buat agama, bangsa dan negara saat kita masih muda dan punya tenaga ini. Lakukanlah yang paling terbaik untuk membalas jasa ibu bapa kita. Seterusnya semoga Allah meredhai segala usaha dan amalan kita di dunia dan memudahkan jalan kita ke syurgaNya Ameen inshaAllah.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)