Saturday, June 11, 2011

Sejuk hati dalam kepanasan terik mentari.




                                                                  Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah syukur kerana diri ini masih diberi peluang bernafas dalam udara iman dan islam. Alhamdulillah juga kerana diberi peluang untuk melihat kekuasaan Allah s.w.t yang tiada tolok bandingnya, bukit-bukau yang gersang di bumi Arab ini cukup menginsafkan diri yang lemah ini. Betapa dahulu mereka-mereka telah merentasi laluan-laluan ini yang pastinya penuh cabaran dengan cuaca yang panas terik. Terbayang zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda hidup dengan kehidupan padang pasir. Saat jalan-jalan highway mereka adalah padang pasir itu dan lembah-lembah bukit yang berbatu. Kita kini menggunakan jalan tar yang tiada lopak-lopak. Subhanaallah, sungguh Allah  azza wajalla telah memberi kudrat yang setimpal buat hamba yang hidup di Bumi Anbiya ini sesuai dengan budaya penghidupan mereka. Dalam kegersangan bukit-bukau itu, dan dalam kesuraman warna pasir-pasir bukit yang kelihatan dari jauh, namun begitu terdapat keindahan air terjun semulajadi dan  panorama yang cukup memukau mata memandang. Subhanallah.....

air terjun ni kurang panas sikit berbanding dengan yang satu lagi.

 Di Madaba, kawasan yang hampir berhampiran dengan laut mati, boleh dikira kawasan tanah rendah. Terdapat air terjun yang amat mengujakan diri saya sebenarnya. Pertama, sebab air terjun dia panas sangat. Suhu 60 celcius untuk bulan Jun. Dari jauh kelihatan air terjun ini bersinar dengan percikan deras dari batuan atas bukit. Kaki melangkah ke situ dan tiba-tiba badan berpeluh-peluh dek kepanasan air itu ditambah pula dengan cuaca yang panas. Ya Allah, hati kecil berbisik bagaimanakah diri ini mampu untuk menghadapi neraka Allah. Sungguhku tak sanggup hadapi kepanasan yang lebih dahsyat dari ini.  Masyaallah. air yang panas ini pastinya tak serupa dengan kepanasan air api neraka yang menggelagak. Siapa lah yang dapat membayangkan dengan sebenarnya keadaan neraka itu. HanyaNYA yang Maha Mengetahui segalanya. Ciptaan Allah yang begitu indah ini tersirat 1001 hikmah buat hambaNYA yang berakal.


                             
                                     

 Sahabat-sahabat lain yang turut ikut ke Madaba seronok dan gembira sekali menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sekalian alam...Terfikir sejenak pada saat itu, tatkala ibu bapa dapat memberikan kasih sayang kepada kita dengan pemberian yang bermacam-macam yang kita inginkan selain kasih sayang yang begitu tebal tidak kira samada kita jauh mahupun dekat di samping mereka, Allah s.w.t yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah sentiasa dan selalu memberikan nikmatNYA  buat hambaNYA yang tercinta. Lihat sahaja alam semulajadi yang menghijau. langit yang membiru dan laut yang terbentang luas. Manusia sungguh teruja dan seronok malah lebih tenang tiap kali merenung ke seluruh ciptaanNYA. Bukankah ini semua nikmat yang diberikan olehNYA bukti kasih sayangNYA pada kita termasuklah nikmat mendapat kasih sayang ibu bapa.. Kemana sahaja kita pergi nikmat olehNYA pasti tidak putus-putus hanyalah mahu kita bersyukur kepadaNYA..

                                   "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ "(الذاريات: 56)
                            Mafhumnya : " Tidak Aku jadikan jin- jin dan manusia kecuali untuk beribadat "
Ya Allah, jadikanlah kami seorang hambaMU yang sentiasa melihat nikmatMU lalu bersyukur dengan pemberianMU....
____________________________________________________________________________

Saat semua manusia dengan keseronokan menikmati keindahan air terjun panas itu. Aku sempat berbual-bual bersama seorang nenek warga Palestin yang bercuti bersama ahli keluarganya di situ. Bermula perbualan kami   dan titk perkenalan kami.....

Nenek ( Ummu Ahmad) sudah berada selama dua minggu bercuti di Jordan kerana menziarahi anaknya yang berkahwin dengan warga Jordan.  Aku mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang kehidupannya di Palestin di samping berlatih bercakap arab memandangkan cuti dua mingguku sungguh jarang nak bertemu arab. Alhamdulillah 'ala kuli hal.....

Ummu Ahmad mempunyai 12 orang anak. 3 sudah berkahwin dan yang paling kecil berumur 17 tahun. Beliau tinggal berseorangan di Palestin memandangkan kesemuanya anaknya berada di Jordan untuk meneruskan hidup. Beliau juga tetap meneruskan hidup tetapi tegar untuk berada di Ramallah, Palestin. Sungguh tabah hati beliau. Kehidupan di Ramallah baik dan aman mengikut apa yang diceritakan oleh Ummu Ahmad. Mereka tidak bercakap sesama rakyat Israel di sana. Dan jalan juga dibahagikan untuk rakyat Palestin dan rakyat Israel.

"Ummu Ahmad, bagaimana keadaan sewaktu awak keluar dari Palestin untuk ke sini?......"

"Alhamdulillah, aku keluar dengan baik. Janji pasport ada bersama kamu dan insyaallah kamu lepas untuk keluar. Dan kebanyakan pelancong yang nak melancong ke Palestin juga tiada masalah dengan syarat segala bentuk identiti diri sentiasa bersama...."

********** Sungguh kehidupan mereka dalam aman namun disekat dan dikawal setiap masa*******
Dia turut menceritakan setiap hari dia melihat Al-Quds. Aku mengatakan hasrat ingin ke sana dan dia mempelawaku. Allah....lapangkanlah masaku dan berkatilah umurku dan rezekikanlahku untuk mempersembahkan solatku untukMU di rumah sucimu Masjidil Aqsa.

" Bagaimana suasana perayaan Eid Fitri di Ramallah?.."

"Alhamdulillah, kami gembira..Kehidupan kami tidak diganggu oleh Israel. Syaratnya mudah, masing-masing buat hal sendiri. Engkau dengan kerja engkau, kami dengan kerja kami...."

" Apa currecny yang kamu gunakan di Palestin?...."

" Kami menggunakan mata wang Israel....". Lalu dia menunjukkan syiling kecil bertulis nombor 1 dari bekas dompetnya. " Dengan syiling 1 ini, kamu boleh membeli aiskirm satu.". " Ambillah buat kenangan."

Hadiah kenangan Ummu Ahmad buatku dan sahabatku yang turut bersama dalam perbualan kami..

" Aku akan bertolak semula ke Ramallah esok pagi selepas subuh, semoga perjalanan musafirku selamat. Insyaallah...."

Ummu Ahmad meminta alamat emailku. Di Ramallah, kemudahan internet tiada masalah menurutnya. aku mendoakan supaya Allah azza wajalla memberkati pertemuanku dengan manusia berdarah Palestin ini yang tegar, cekal dan tabah untuk terus hidup di tanah Palestin.

Alhamdulillah, mendengar cerita sedikit sebanyak dari rakyat Palestin cukup menyedarkanku bahawa mereka hidup tidak senang macam kita dan tidak semewah seperti kita. Ummu Ahmad yang tidak bekerja, setiap hari  bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja sebagai suri rumah. Membakar unggun api di tengah malam, memasak di dapur dengan segala kecukupan yang ada....Tidak berhenti ungkapan doa dari mulut Ummu Ahmad mendoakan kesejahteraan hidupnya dan hidup kami. Sayup sahaja hati bila memikirkan budaya arab in yang memang tidak lekang mulut mereka mendoakan manusia sekelilingnya. Budaya mendoakan sesama saudara ini buat hati ku cair. Siapa yang tidak gembira apabila manusia mendoakan demi kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Alhamdulillah....Sejuk hati dalam kepanasan terik mentari.

HAKIKAT  UKHUWAH ISLAMIYAH


Hakikat Ukhuwah Islamiyyah. Saudara sesama Islam. Hidup sebagai perantau di negara orang, banyak bertemu manusia berlainan bangsa. Ya memang nikmah ukhuwah islamiyah cukup terasa. Sungguh ia satu nikmat dan rahmah besar buat semua umat manusia.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (QS Ali Imran : 103)




                                      
               
                                      "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia 
                                          untuk menyambut kesempatan yang menjelma...."
                                                     


p/s: terima kasih buat semua yang menjayakan misi Jaulah ke Hot Spring...^___^
                            

Thursday, June 9, 2011

Hari Indah Mereka









Assalamualaikum w.b.t

6 & 8 Jun 2011. Tarikh yang dikira bermakna buat pelajar yang graduate pada tahun ini. Alhamdulillah kegembiraan terpancar di setiap sudut wajah-wajah mereka. Kuliah Syariah dan Kuliah Tarbiyah Riadhiah telah diletakkan pada tarikh konvo yang sama pada 8 Jun, Kuliah Adab pada 6 Jun.

Perasaan gembira bercampur sedih datang tatkala melihat gelagat kakak-kakak senior ini. Sungguh ku tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas. Senior IKIP yang datang bersama kami 2009, meninggalkan kami terlebih dahulu. Yelah, dua tahun sahaja takdir kita bersama dalam pengajian ilmu Allah ini. Kakak senior yang berjaya habiskan dalam mase 4 tahun juga tampak keceriaannya. Lagi-lagi yang datang bersama family. Tercapai sudah hasrat ayah dan bonda melihat kejayaan segenggam ijazah oleh seorang anak.

                          
                       Seorang kakak senior Feqh wa Usul yang turut bersama 
                                         family tercinta & sahabat lain


                           
                               bersama kakak senior Feqh wa Usul yang lain...

                           
                                Kegembiraan yang dikongsi  bersama semua...=)

Junior-junior dan sahabat handai lain juga tak melepaskan peluang untuk melihat kejayaan bakal-bakal penggerak Ummah ini. Ucapan tahniah tidak lepas dari mulut-mulut mereka. Sungguh ini semua detik permulaan untuk cabaran yang lebih hebat pada masa mendatang. Semoga kalian semua tabah dan lebih hebat hadapi sebarang dugaan selepas ini. Semoga dengan kejayaan yang kali ini tidak akan menghalang kalian untuk mencapai kejayaan buat yang kali seterusnya.

                            
                               bersama kakak-kakak senior Islamic Banking (IKIP)


                                    
                        bersama salah seorang senior IKIP Islamic Banking..^_^

Kakak senior Kuliah Adab begitu juga. Meskipun saya tidak berpeluang melihat majlis konvo mereka pada 6 Jun, namun saya pasti kegembiraan mereka turut sama seperti yang lain. Keperitan dan kepayahan mengharungi ringtangan hidup sebagai pelajar telah terbalas dengan kemanisan yang penuh bermakna buat kalian. Subhanaallah sungguh Allah s.w.t telah melihat segala usaha-usaha kalian. Semoga Allah sw.t memberkati segala usaha kita semua. Ameen

Selamat berjuang buat semua graduate Yarmouk. Semoga diberi kekuatan dan semangat yang berterusan untuk terus memaksimumkan seluruh tenaga demi membangunkan Ummah.

Kepada yang masih belajar di bumi Jordan ini, marilah kita sama-sama recharge semangat buat mereka yag dah low-motivated. Dan marilah kita sama-sama terus-menerus memberi semangat antara satu sama lain. Walau pahit dan penuh duri jalan yang kita lalui, yakin lah bahawa Allah s.w.t Maha Mendengar suara hambaNYA. Berdoalah kepadaNYA selalu. Doa dan Doa lah..... Semoga jalan jihad kita ini dipermudahkan Allah s.w.t..quluu Ameen~~

                            
                        sebahagian  daripada kami student JPA Islamic Banking


Tahniah sekali lagi buat senior Khirijjin. Berjumpa kita di medan juang yang seterusnya!!..Dan Selamat meneruskan juang buat yang masih belajar. Belajar kerana Allah!!!!

                           
                 dengan rakan se-batch yang akan meneruskan misi di bumi Jordan..^_^



Tuesday, June 7, 2011

Dr. Asri - Indahnya Pengertian Hidup

Mohon Hidayah Itu




Perjuangan kita adalah Allah centric.Paksi kita adalah Allah s.w.t. Berjuanglah kerana Allah bukan kerana jemaah lain. Sedangkan ada sahabat nabi yang terbunuh dalam peperangan , Nabi s.a.w kata dia tidak syahid di jalan Allah. Kerana dia nak syahid demi selain untuk menegakkan kalimah Allah yang paling tinggi. Mungkin kerana ingin membela kaum, jelasnya bukan kerana Allah. Sahabat bertanya kepada Nabi s.aw. siapa yang sebenar2nya syahid di jalan Allah, Nabi s.aw. bersabda , dia adalah yang berjuang dan berperang demi kalimah allah yang paling tinggi, dialah yang di jalan Allah.

Mungkin NGO penting, parti penting. tapi itu semua hanyalah KENDERAAN, dan bukannya matlamat.

Hidayah itu bukan lah kita boleh dapat senang-wenang sahaja. Dengan hanya duduk dalam usrah, tak menjamin hidayah itu diperoleh. Hidayah ini perlu kita bangun berdoa meminta kepada Allah s.w.t.



Lebih lanjut dengan klik sini....



Cabaran Iman.

Salam..

    Alkisahnya, sedang aku melayari internet mencari buah fikiran untuk diberi makan rohaniku, tiba-tiba ku disapa oleh seorang sahabat seusia ku yang sudah lama kami kira tidak bertegur sapa. Sungguh hati ku tidak tergambar gembiranya ia kerana banyak sudah kenangan kami bersama sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dan kami terpisah ketika masing-masing mengorak langkah ke sekolah menengah masing-masing. Meskipun terpisah, Allah s.w.t masih lagi mempertemukan kami di musim cuti sekolah, kami dapat berkumpul bersama dan berjumpa sesama kami sekurang-kurangnya ketika aidilfitri menjelma di hujung tahun. Subhanallah, sungguh indah persahabatan kami ini, bukan setakat kami berdua malahan ada beberapa lagi sahabat lain yang turut menyimpan kenangan bersama.
                                     

Tidak ku sebut namanya disini kerana ku rasakan apa yang penting adalah apa yang dibincangkan antara kami setelah lama tidak berbicara kasih hamba ini. Sahabat ku ini masih sedang menunggu keputusan untuk belajar di luar negara dan sedang menuntut di salah sebuah kolej persediaan di Malaysia. Ternyata masa cutinya pasti dpaat diluangkan bersama keluarga tercinta berbanding diriku yang banyak diluangkan bersama sahabat-sahabat di bumi JOrdan ini.


Anna (bukan nama sebenar) : Apa kabar fadh? mcm mane Jordan?
Aku : Alhamdulillah semuanya ok...^_^
Anna : Lama tak dengar citer?...bile balik msia lgi?
Aku : tu laa...Insyaallah kiter balik bulan 8 nti after summer sem..balik raye...^_^
Anna : Mesti bestkan tarbiyah dok kat Jordan?....Jeles btol dgn org yang dpt tarbiyah di lua negara....
Aku : Alhamdulillah di sini tarbiya kita kena cari...Hakikatnya manusia di negeri Arab ni pon byk yang rosak akhlaknya..tapi Inysaallah masih ade iman yang subur...
             Disini kiter bersama-sama sahabat dalam apa jua keadaan. Dan mungkin cabarannya kurang dirasai kerana suasana di sini yang memang islamik. tapi kiter rasa cabaran yang Anna dapat lagi menduga iman kerana di Malaysia lagi banyak mehnahnya...
Anna : btol tu fadh...
Aku : Macam mane cuti?...
Anna : Alhamdulillah dengan family di rumah..hehe^_^..dugaan bercuti di rumah...nilah perjuangan sbnrnya...
Aku : pemuda + masa lapang = maksiat. Isilah masa dengan sebaiknya. Nikmat masa lapang sangat diuji bila tiba cuti. Sama ada kita nak habiskan dengan sebaiknya atau pun tidak. Kita sendiri yang menentukannya.
Anna :... thnx Fadh...=)..tapi tu la suasana 'tu' xde dlm family kite..tapi Anna x rase kuat sgt...
Aku : xpe Anna, mulakan dengan qudwah hasanah kita..cara kita berfikir dengan matang ..Insyaallah mereka pasti akan nampak.Kdg2 suasana 'tu' xde dlm family kita..Apa yang penting adalah banyakkan bersabar. Itu sahaja kuncinya.
Anna : Tapi Anna x kuat...jazakilllah khair..sgt berguna buat panduan...
Aku : Apa2 pon bersbar....

___________________________________________________________________________



Cabaran dia di Malaysia sungguh berbeza dengan cabaran ku disini. Ya Allah, kuatkan lah hati-hati kami untuk terus berjalan di atas jalanMU..Ya Allah, janganlah Engkau lepaskan tangan kami dan hati kami di saat kami jauh dariMU... Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang benar di saat kami buntu mencari jalanMU...Ya Allah, terangilah hati kami dengan hidayahMU di saat kami buta mengenalMU...Ya Allah..sungguh kami hambaMU yang lemah jiwa dan fizikal. Tiada daya dan kuasa melainkan Engkau yang Maha Esa....


p/s: Siapa pun kita dan di mana pun kita berada...Jangan biarkan nafsu menguasai kita. Tapi biarlah Iman yang mentadbir hati kita secara langsung membuatkan nafsu tunduk tersujud dengan Iman...