Thursday, December 16, 2010

Amalam Sunnah di Musim sejuk

                          
 "Bestnye sejuk...., malam panjang siang sekejap je".
" Seronok musim sejuk dah bermula, malam boleh berehat lama...."

Ya, memang tidak dinafikan keseronokan apabila kita berada di musim sejuk ini. Cuaca tidak panas dan tidak ramai yang mengeluh panas.Kita manusia biasa merasakan bahawa di musim sejuk ini banyak peluang yang kita boleh lakukan ketika siang melabuhkan tirainya. Malamlah waktu yang paling ideal bagi seseorang hendak melakukan akitviti mereka antaranya, tidur. Namun, kita juga perlu ingat bahawa dalam musim sejuk ini la kita sangat beruntung sebagai muslim. Kita amat beruntung kerana di musim sejuk ini Allah memberi kita peluang yang cukup berharga di mana kita diberikan malam yang panjang bukan sahaja untuk berehat lama, malah dengan malam yang panjang itu kita boleh juga melakukan amal ibadah kepada Allah. Cuba kita fikirkan sebentar, Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia. Ya, hatta malam pun Allah ciptakan untuk manusia bukan sia-sia. Tidur, berehat, perkara yang kita lakukan setiap hari. Namun adakah amalan ibadah lain juga selitkan juga dalam amalan harian kita di waktu malam khususnya?. Mungkin bagi sesetengah manusia akan merasakan perkara seperti melakukan qiam di waktu malam. membaca quran dan bertadabbur di waktu malam yang panjang seperti suatu perkara yang amat berat untuk dilakukan. ita Kita harus akui yang iman kita sebagai manusia tidaklah sama seperti iman malaikat Allah, istiqamalah dalam setiap perkara itu walaupun ia tidak banyak. Solatlah walau dua rakaat dan istiqamahlah dalam melakukannya. Yakin dengan kemampuan diri bahawa kita mampu lakukannya. Kita tidak bersendirian di muka bumi ini. Kita ada Allah. Jangan putus berdoa padaNya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”
                                                         (Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

 Berbalik kepada tajuk sebenar untuk artikel kali ini, amalan sunnah di musim sejuk. Bagi sebilangan kelompok manusia seperti pelajar contohnya, peluang di musim sejuk amat baik untuk mereka mengulang kaji pelajaran di waktu malamnya. Tetapi sahabat-sahabat Rasulullah s.aw. menggunakan waktu malam mereka utnutk beribadah kepada Allah. Alangkah seronok jika malam-malam kita dipenuhi dengan bacaan quran, solat qiam seperti sahabat dahulu selain daripada mengulang kaji. Hatta nabi kita Nabi Muhammad s.a.w seorang ahli syurga juga tidak putus beribadah kepada tuhannya.

Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.”(Muttafaqun ‘alaih)

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)

“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).

Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?
Petua dari Imam Al-Ghazali:

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Membaca quran juga merupakan perkara penting dan antara amalan mulia dilakukan pada waktu malam khususnya. Disaat manusia semua memejamkan mata seronok dbuai mimpi indah. Kita bangun membaca kalam Allah yang suci. 

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Meskipun jika kita tergolong dalam golongan yang kurang pandai mengaji, kita juga perlu ingat tentang hadith nabi yang mengatakan mereka ini juga ada ganjarannya.


  Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )

Wahai rakan sekalian. ayuh kita kembalikan semula suasana malam panjang yang sebenar. Hiasilah malam kita dengan mengingati Allah. Allah tidak menjadikan kita semata- mata untuk kita hidup dan merasakan keduniaan ini. Malah carila sesuatu yang lebih bermakna daripadanya. Moga Allah membantu kita untuk sentiasa mengingatiNYA, untuk sentiasa berzikir kepadaNYA, dan untuk sentiasa melakukan amal ibadah kepadaNYA.





Wednesday, November 3, 2010

::Terbang lagi::

Assalamualaikum w.b.t

 Mari kita semua terbang seperti burung diatas...Terbang menyelurusi kisah kehidupan maisng2. Terbang lah mencari apa sahaja yang kalian mahu cari. Terbang lah mencari kedamaian. Terbang lah merasai keindahan langit dan awan.....Sesungguhnya Allah itu maha Tinggi, maha Perkasa...DIA lah yang meciptakan seluruh kejadian di muka bumi ini...Sedarilah akan kekuasaanNYA...Semoga kita semua dilimpahi rahmatNYA....

Wednesday, August 18, 2010

~KePuLaNgAnku Ke TaNah Air~

Salam Malaysia buat anda semua,

Di kala saya menulis artikel ni, saya telah berada di Malaysia. Wah...i'm home finally.
Firstly, Alhamdulillah grateful to be here..to be in Malaysia..stay for a month with my family, with my cutey2 cousin, with my friends. Insyaallah i'll meet all of you to complete this mission of my holiday..cuti2 malaysia..

When i was just arrived at arrival hall, i was staring at all people. Searching my mom and my dad.
So lovely to say that, my mom dengan suara kecil panggil 'dila, sini'..>ok.i see my mom already. time to hug her. ..then POP. my dad coming and hulurkan tangan nak salam. i was a little shock coz  i'm still blur of this exciting , of course first sampai la katakan.

PROLOGUE.....

So long i was lost in my journey, 10 hours from cairo (transit 3 hours), seriously i got nothing to do except tido then borak2 with my friends then have a nice meal of egypt air. of course meals depa sume resepi2 arab. he2..

"anyone who want to take sahur?"...mostly foreigner dalam flight tu. Berpotensi tinggi utk duduk sebelah british man, italian, and so on...We take sahur as usual atas flight. Melihatkan langit fajar di luar tingkap kapal terbang mesir ni sangat menakjubkan. Kepulan awan2 indah. langit berserakan dengan warna birunya yang nyaman. Subhanaallah,,,masyaallah...even my seat was at the center and far from the window to have a look outside the beauty sky, alhamdulillah Allah still give me a chance to see one of  His big miracles.


After sahur. oh God  tak bleh nak tidur lagi..sebab sangat tidak selesa. dah la duduk jek.nak jalan2 pon mcm tak best pasal yela tak selesa. Screen depan tu je la yg mampu utk ditengok. information about the altitude and speed. local time of destination. every minutes dia akan buat updating. i like it..he2..

" please, tight up your seat belt". said one the stewardess.
Setelah berjam2 lamenye berada di atas langit, dikelilingi awan. it's time to get a little bit far from the high altitude..

Supposed to be my fligth landed at 4.15pm..tapi delayed punya pasal daripada Cairo. so my plane landed at 6.06 pm. then half hour it took to claim my bag then straight away go to the arrival hall..

_____________________________________________________

"fadhilah, apa khabar?...".wajah ustaz Amin terus menerpa. Ustaz Amin datang ke airport jua melihatkan kepulangan kami ( 3of bankers yang x balik lgi, which were nafeesa, nik and me)

"awak tunggu sape kat sini?"
"saya tunggu mak ayah saya amik kereta kat parking car tingkat atas"

Ha tu dia mak pon dah sampai.
"ni dia mak ustaz Amin yang dulu bekas student Jordan sekarang megajar bhs Arab. Ajar dila kat Intec"
"ok ustaz, nanti kita jumpa kat pertemuan bankers  bersama2 lecturernye"..heh2
"ok, selamat berbuka la ye, tak dapat nak berbuka bersama"

Memandangkan ayah nak pergi ke ofis nye sekejap. jadi rushing sekejap. So, kitorang 3 beranak buka puasa air dalam kereta. Then sampai2 rumah masih lagi dalam keadaan  blur plus exciting coz still suprised that i'm home..he2...

The feeling that i still can speak out here was "Alhamdulillah"...seeing my parents and having a lot of lovely times with my adik2 yang havoc+serabut+degil+baik = boleh tahan laa..haha

Alhamdulillah ...Ya Allah kerana Engkau masih memberiku peluang untuk bertemu Ramadhan bersama2 dengan ibu bapa serta saudara2 ku yang lain.

Nikmat in aku pasti tidak akan sia2 kan..Ya Allah Kau berilah ku luaskanlah masa ku. cukupkan masa ku untuk beribadat kepadaMU, untuk bersama2 keluargaku dan masyarakat2 lain...



Ameen...

Friday, August 13, 2010

~Ramadhaan Jordan~



~Alhamdulillah kali pertama saya dapat puasa pertama di bumi Jordan ketika usia mencecah 19 tahun. Suasana sangat meriah tak terkata. Sebelum saya mintak maaf kerana dah lama tak menulis sesuatu dalam blog ini disebabkan atas masalah tertentu dan kesibukan lain yang mengekang saya untuk menulis dan berkongsi dengan anda semua.

Namun kali saya sangat berasa rugi jika tak dapat berkongsi tentang suasana ini, ketika mana di Malaysia kita hanya dapat rasakan kemeriahannya di musim Raya Puasa sahaja. Tapi di sini adalah sebaliknya.

Malaysia kita memasang lampu dan perhiasan segalanya ketika menjelang aidilfitri, Jordan mereka menghiasi rumah mereka dgn lampu2 serta hiasa2 menarik sepanjang Ramadhan.
Kedengaran suara2 budak nakal "tomorrow is Ramadhaan". Bayangkan die ckp dlm bhs Arab la ek.
Ramadhaan Kareem. Kalau di Malaysia mulut  tak henti sebut "selamat hari raya".

Tak dapat dinafikan perasaan jeles bila kenangkan tahun lepas tak dapat beraya di Malaysia. Tapi org Malaysia patut rasa jeles sbb kemeriahan Ramadhaan yang tiada di Malaysia..hehe

Bab Terawih sangat syok. Sebab mesjid akan penuh tiap2 hari. Kalau di Malaysia graf menurun dari hari pertama Terawih sampai hari yang terakhir. Tapi di Jordan tiap2 hari penuh sampaikan makcik2 sanggup sempitkan ruang sof. Aduhaii, kenapalah makcik tu masuk jugak sof kalau dah sempit sangat. Sabar je la. Tapi ini lah kemeriahan kita mahu lihat. Kesungguhan beribadah di bulan mulia ini...




Maaflah gambar ni tak sempat nak rotate. Tapi comel sgt budak kecik ni sampai tangan saya terus mencapai henset dan mesnap budak ni.hehe

Oh Ramadhaan. Hanya merasa lebih kurang 5 hari je berpuasa di Jordan kerana saya akan pulang ke Malaysia meneruskan Ramadhaan di sana dan beraya di sana.hehe. Masyaallah, alhamdulillah walaupun sekejap puasa di sini. kemeriahan itu dapat jugak dirasai. Sudah pasti suasana Ramadhaan berlainan mengikut tempat. Saya percaya setiap tempat mempunyai kemeriahannya yang tersendiri. Sama2 kita semua meriahkan Ramadhaan.

Moreh.
Lepas je terawih kat Jordan balik rumah terus, sebab diorang tak buat moreh macam kat Malaysia. Walaupun moreh tak de, tapi balik dari mesjid je jalan menghala ke rumah melintasi kedai2..huhu..apa lgi lapar beli la makanan..hehe

Kerinduan pada ahli keluarga kian terasa. Dulu kiraan 20 hari lagi menanti..kini tinggal 3 hari.Masyaallah masa berlalu dengan pantas macam kilat. Teringat ayat karangan Bm skolah rendah dulu. "Pantas macam kilat"..huhu

Masa cuti yang hanya 1 bulan 2 minggu sedaya upaya saya isi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. manfaat?..kerana saya masih di bulan Ramadhaan dan insyaallah mudah mudahan berterusan amalan kebaikan pada bulan2 yang lain...Mereka menantikan macam2 ole2 dari Jordan. Adus penat jugak nak ingat balik nnti ape yang diorang nak. Ade je tulis dalam list paper tapi pening jugak nnti pasal bukan diorang yg shopping barang diorang, saya yang jadi pembeli 'byk cawangan'..hehe...

Kisah tasjil madah di jamiah untuk fasal depan dah selesai . Alhamdulillah.tak sangka jugak tarikh tasjil sempat sebelum saya balik Malaysia. Kawan2 yang dah terbalik Malaysia 'merayu2' untuk ditolong tasjilkan..hehe...gurau je tak lah sampai merayu.. anyway. segala berjalan lancar cuma sorang member pulak sangkut tyme tengah tasjil. Maklumlah bila ramai manusia nak 'nyempit2' kat dalam website universiti. Tasjil pulak gune website universiti. Nak tak nak memang kene berebut tempay dengan manusia2 jamiah ni.

Dan berakhirlah jua exam pada musim soifi. Musim soifi ini lah banyak mengajar erti kesusahan.
Di saat panas2 terik, seorang budak kecil membantu ayahnya menjual buah2 di tepi jalan. Walaupun ade tempat berteduh tpi bukankah matahari itu cahayanya itu di mana2 sahaja. Kesungguhan dalam hidup.

Selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Mulia ini. Keberkatan dan kerahmatan melimpah ruah. Banyak ganjaran Allah 'offer' dalam bulan ini. Ayuh rebut semua.!!!!!

Allah sangat suka pada amalan yang sedikit dan dilakukan secara beterusan berbanding amalan yang dilakukan dengan banyak dan tidak istiqamah....

:)


Monday, August 2, 2010

~TenTanG CiNtA~


  • mari baca...

    Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin? Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis... Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah



  • dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal. salam...buat dirimu insan yg istimewa,wahai diri,jiwa ini sering terdgr,suara hati yg berhajat,mengimpikan,rindu suasana,jalinan ukhwah krn cintaNya,bwehdah krn akidah,bksh syg dan berbaik sangka.Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati2 ini,bertemu dan berpisah krn mengasihuMU,km menyokong syariatMU Ya Allah,tunjukknlah hati2 kami pd jalanMU,sinari hati2 kami dgn cahayaMU,lapangkanlah hati2 kami dgn iman&keyakinan moga xdipersiakan nikmat ukhuwah ini.





  • Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. “Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.” “Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.” Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.


  • Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. “Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. “Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. “Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. “Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. “Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. “Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.” Seseorang itu juga dapat