Friday, January 8, 2010

UKHUWAH YANG SUCI DAN CINTA YANG ABADI

AKU CINTAKAN KAU ya ALLAH.....apakah maksudnya itu?
Istilah cinta itu sangat luas untuk diperkatakan namun boleh dikatakan di sini sebahagian besar istilah cinta itu dizahirkan dalam bentuk luahan hati dan perasaan suka serta sayang yang datang lahir daripada hati.....sekiranya kita menyukai seseorang mesti kita akan melakukan sesuatu yang disukainya..kan? dan akan cuba menjauhi daripada melakukan perkara yang dia tidak sukai....begitu juga denganNYA kita perlu berusahalah untuk menjadi hamba yang sentiasa melakukan apa sahaja yang disuruh dan menjauhi perkara yang dilarang kalau mahu cinta itu diperoleh daripada kesucian yang hakiki dan kenikmatan cinta yang sudah pasti yang abadi kekal....

DALAM BERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA..APAKAH YANG KITA FAHAM DENGAN MAKSUD "SAYA MENYUKAI AWAK KERANA ALLAH"....

Allah telah menjadikan segala isi bumi ini hanyalah dengan sifat sementara..dan sudah tentu apa sahaja yang kita miliki termasuklah ibu bapa, harta benda, rakan-rakan hatta sekalipun suami atau isteri dan anak-anak..apa sahajalah yang kita perolehi hanyalah sementara semata-mata...APABILA ALLAH MEMBERI SESUATU YANG SEMENTARA ITU KEPADA KITA SEMUA, adalah menjadi amanah kepada kita untuk sentiasa menjaganya dengan baik sekali seperti ALLAH memberinya kepada kita pada awalnya kerana suatu hari nanti ALLAH akan mengambil kembali juga segala apa yang diberiNYA itu. Bayangkanlah mahukah kita memberi sesuatu yang dipinjamkan kepada seseorang dan kemudian barang itu dipulangkan dalam suatu keadaan yang amat berbeza dari awal pemberian tersebut. Jadi, segala yang berada disisi kita semua mesti kita menjaganya dengan baik hanya niat kerana allah...kita bersahabat dengan rakan kita semata-mata kerana allah, aku tak nak dia terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah kerana aku tidak mahu nanti dia dipulangkan kepada tuhannya dalam keadaan dia tidak bersedia.berusahalah kita menjaga peribadi rakan kita sepertimana kita menjaga peribadi serta maruah kita....
Dan bersahabatlah kita dengan penuh ketaqwaan dan berhubunganlah kita sesama manusia dengan ketaqwaan kepada ALLAH....

selagi manusia itu bukan mahram syaitan akan mencucuk hati2 manusia itu untuk sentiasa melakukan perkara yang dilarang ISLAM: Kau jumpalah dia sekejap jer..ala orang x nampak pun...nak chatting pun xper..esok2 dah xde mase dah....
dan selepas kahwin pun syaitan akan terus mencucuk hati2 itu..bagaimana?:Abg!!sejak bila abg ada kenal dengan perempuan lain ni?..Mulalah disitu kerja syaitan yang mahu suami isteri berpisah..semua yang syaitan lakukan semata-mata supaya manusia jauh dari jalan ALLAH....

LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..YANG SOLEH DENGAN YANG SOLEHAH...BEGITULAH SETERUSNYA..ADA JUGA YANG BURUK PERANGAI DENGAN BURUK PERANGAI..jangan terkejut kerana mungkin kita tidak perasan dalam situasi tertentu boleh terjadi si isteri yang menyangkakan si suami baik dan soleh..tetapi pada suatu hari si suami memperkenalkan kepada kita seorang perempuan yang pernah menjadi kenalan lama dia dahulu...sudah pasti si isteri terdetik dalam hatinya bahawa perangai suaminya sama sahaja seperti dirinya..dimanakah keistimewaan suaminya kalau dahulu dirinya juga pernah berkenalan dengan lelaki2....SENANG SAHAJA FORMULA INI, JANGANLAH LAKUKAN PERKARA YANG KITA TIDAK MAHU ORANG ITU LAKUKAN YANG SAMA KEPADA KITA..MUDAH KAN...SELAMAT MENCUBA...

Kemanisan berumah tangga itu juga dilihat atas dasar cinta mereka berdua yang disandarkan kepada ALLAH...kalau mereka yang sedang bercinta diluar sana yang sudah mula bermanja-manjaan sebelum berkahwin lagi, jadi dimana lagi kita keistimewaannya?
kita sering memberinya hadiah pada hari lahirnya..tetapi selepas kahwin perkara yang sama dah buat sebelum kahwin, dimana keistimewaanya?...semua perkara masa bercinta dah dibuat sebelum kahwin lagi nak apalagi..fikirkanlah..meskipun rindu itu hadir dalam keadaan kita tiada ikatan padanya...simpanlah untuk suatu hari yang pasti dijanjikan bagi suami isteri dan janganlah terlalu kita mahu mencuba untuk meluahkan dengan kata-kata..nanti dimanakah kemanisannya...gunakan akal untuk fikir dan hati untuk menilainya..

BERCAKAP TENTANG JODOH..MANUSIA SERING MEMIKIRKAN AKAN SIAPAKAH JODOH MEREKA SUATU HARI NANTI..KITA SEHARUSNYA BUKAN LAH CENDERUNG PERLU MEMIKIRKAN SEBEGITU MALAH SEBOLEH-BOLEHNYA KITA PERLULAH MENJADI DARI PADA MENCARI...KITA TIDAK PERLU SIBUK MENCARI JODOH YANG ITU SEMEMANGNYA TUGAS YANG DITENTUKAN DI TANGAN ALLAH...SEKIRANYA KITA MAHUKAN PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK KITA JADILAH DIRI KITA YANG TERBAIK...DAN SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH SETIDAK2 NYA KEPADA JODOH YANG TIDAK DIKETAHUI ITU, DOALAH AGAR DIA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..BEGITU INDAH SEKALI ISLAM ITU MENGGARISKAN YANG TERBAIK UNTUK PENGIKUT-PENGIKUTNYA........



Bukan lah mahu menjaga tepi kain orang seperti yang masyarakat awam sering persoalkan tetapi inilah hakikat kejadian makhluk bumi yang dijadikan ALLAH..siapalah kita yang nak mengatakan sesuatu ....kita hanya mahklukNYA yang tidak tahu apakah yang akan terjadi pada masa depan kita..KALAU KITA NAK BAGI NASIHAT PADA ORANG SUPAYA JANGAN MASUK KAWASAN LARANGAN MESTI KITA CAKAP: BAIK KAU JANGAN MASUK TEMPAT NI, AKU DAH TAHU APA YANG AKAN JADI KALAU KAU MASUK, JAUHLAH DARI TEMPAT NI..AKU TAU LAH SEBAB AKU DAH LAMA TINGGAL KAT SINI....Allah juga maha Mengetahui apa yang berada di dalam jiwa hamba2 NYA, jadi perbuatlah seperti mana yang disuruh kerana DIALAH PENCIPTA KITA YANG SANGAT 'MASAK' DENGAN PERANGAI DAN TINGKAH LAKU KITA SEMUA...
KALAU KITA NAK BUAT SESUATU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG PUN KITA AKAN CAKAP: AKU CADANGKAN KAU MASUKLAH JALAN NI KAU AKAN UNTUNG..BANYAK BENDA KAU BOLEH DAPAT YANG TAKDE KAT TEMPAT LAIN...REBUTLAH PELUANG YANG ADA....Allah juga kita mahu bersaing mendapat pahalaNYA yang tiada pun kita boleh dapat dari mana-mana.....BUKANKAH BEGITU???

KALAU KITA TIDAK MAHU IKUT, MAKA SAMA ADA KITA RUGI ATAU UNTUNG SAHAJA SEDANGKAN ALLAH TIADA KESAN APA-APA PUN SEKIRANYA KITA BERTINDAK DENGAN CARA APA SEKALIPUN....


SEDARLAH KITA SEMUA BAHAWA ALLAH MENJADIKAN SEMUA YANG DIBUMI INI UNTUK KITA MENGENALI SIAPAKAH TUHAN KITA DAN FIKIRKAN TENTANG KEKUASAANNYA LALU DARI SITU TERBITLAH CINTA YANG AGUNG, HAKIKI LAGI SUCI..SUBHANALLAH CANTIKNYA DUNIA YANG FANA' INI WALAU HANYA SEMENTARA TETAPI BANYAK PERKARA YANG PERLU KITA MELIHATNYA DENGAN MATA HATI SUPAYA JIWA NURANI SEORANG HAMBA ITU WUJUD SELARI DENGAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH...


YAALLAH CINTAMULAH YANG PALING TERAGUNG SEKALI...DAN KU MOHON AGAR KAU RAHMATILAH KEHIDUPAN DAN BERKATILAH SEGALA AMALAN KU SEPANJANG KU BERNAFAS DI BUMI MU INI...

Monday, January 4, 2010

jangan pernah lupa wahai pemuda

KEINDAHAN SEBENAR tercipta apabila suatu jiwa yang dulu pernah pahit getir menghadapi kepayahan dalam menjalani hidup dan akhirnya jiwa itu kini lapang dalam kalam kalimahNYA yang suci..siapa yang pernah tahu keajaiban zikrullah itu akan terpancar sinaran ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan mulut sahaja...
Mulut kita sering kali berkata2 namun adakah kata2 itu sama ada dapat mengetuk jiwa2 manusia supaya berfikir atau tidak berfikir ataupun sebaliknya...

Biarlah kita hidup ini diam itu tandanya berfikir dan apabila melontarkan kata2 bagaikan zikir..zikir yang dimaksudkan adalah mengingati segenap manusia disekelilingnya..meskipun nampak seumpama seseorang nampak seperti ingin mahu memberikan celoteh ceramahnya sahaja..tapi manusia zaman sekarang ini sememangnya sangat memerlukan peringatan...jangan kata setahun sekali..sebulan sekali..sekali seminggu atau pun apa sahaja..tetapi peringatan itu sepatutnya menembusi kotak akal fikiran manusia setiap kali kita mahu bertindak dan janganlah sekali2 kita jauh dari memikirkan tentang keesaanNYA.

SESEORANG ITU pakar berkata2 dalam bidang tertentu dan bidang yang lain dia hanya mampu senyap kerana tiada idea yang mahu diluahkan. sesetengah alasan manusia: aku tak paham nk tanya apa?:aku x tahu banyak perkara tentang hal ini,aku hanya perlu mendengar dahulu,: dan mcmc2 lagi...kita manusia yang sempurna diciptakan ALLAH dilahirkan sejahil-jahilnya..kemudian allah menjadikan ilmuNYA itu supaya kita mampu menggunakan akal fikiran serta jiwa nurani yang ikhlas dalam mempelajarinya...

tidak hairan mengapa saintis yang mengkaji sesuatu atom itu dia tidak mampu untuk berfikir tentang bagaimana dan dari mana kejadian itu didatangkan kedunia dan siapa penciptanya...sebahagian daripada mereka sudah terang, jelas dan nyata akan bukti kekuasaanNYA..namun mereka tetap ego untuk mahu beriman denganNYA..mengapa?..yahudi...wahyu ALLAH didalam alquran yang tiada keraguan didalamnya menerangkan bahawa yahudi tidak akan pernah suka melihatkan manusia muslim yang berjaya atau hebat..mereka sentiasa mencari jalan supaya keadaan dapat diporak perandakan....

kita harus sedar zaman kini sebahagian besar manusia sudah lari daripada landasan sebenar mereka..kita tidak tahu bilakan tarikh kematian kita serta detik itu tidak mungkin kita dapat mengetahuinya...mahukah kita ditanya dan menjawab sebegini??: apa yang telah kau lakukan sepanjang penghidupan kau didunia?..masa muda kau?ilmu yang kau ada?harta yang kau miliki?kesenangan yang kau perolehi?...:aku tidak menyumbangkan apa2..segalanya aku gunakan kearah kesenangan didunia semata2...kalau adapun aku sumbangkan sesuatu semuanya atas dasar ingin menunjuk-nunjuk....

Ya Allah sesungguhnya engkaulah yang maha Pengampun lagi maha Penyayang

setiap apa yang dilakukan dimuka bumi yang fana ini pasti akan mendapat penilitian oleh si pembuatnya..seperti kita ada penganalisis yang meneliti semua kertas kerja..

biarlah apa sahaja yang dilontarkan yang datang dari mulut2 yang berkata2, dibuktikan lah dengan amalan yang zahir atau pun batin...usaha tetap mengiringi perjuangan seorang insan yang lemah dan tawakal penghujung tiap langkah yang dicorakkan dengan seribu satu usaha tanpa jemu....

jadilah kita seorang pemuda yang berjiwa seperti sultan muhammad al-fateh( yang menawan kota konstatinopel pada usia yang sangat muda), jiwa yang cekal serta gagah seperti khalid al walid(tidak pernah jemu berjuang di medan perang)..dan sudah semestinya nabi kita Muhammad s.a.w..yang sangat patut dicontohi setiap inci sunnahnya dari kecil sehingga wafatnya baginda...

zaman kini mengapa pemuda yang bersemangat jiwa ISLAM SANGAT DIPERLUKAN??kerana kita inilah yang mempunyai tenaga2 yang tiada pada si TUA dan dengan kekuatan yang ada ini ALLAH pasti akan memberikan ganjaran yang paling tinggi...kerana zaman muda inilah banyaknya hiburan melampau serta perkara2 yang mempengaruhi minda remaja dan pemuda..hanya pemuda yang beanr2 kuat hati dan jiwanya memperjuangkan islam dan mempertahankan agamaNYA yang mendapat ganjaran...

ku seru pada diri ku juga kerana yang berkata2 ini telinganya lebih dekat daripada pendengar2..nafsu diciptakan bukanlah semata2..ia juga dijadikan kerana diri kita ini perlu untk melawannya..ukuran seorang hamba yang paling hebat adalah yang mampu melawan nafsunya..alangkah indahnya jika kita semua dapat berfikir tentang itu..

wallahua'alam

Tuesday, December 29, 2009

PILIH YANG TERBAIK

Salam..

Dari dariNYA kita datang dan dariNYA jua kita kembali..

Kita dijadikan daripada setitis air mani dan dari bermilion sperma..kita terpilih untuk terus hidup di rahim ibu kita. Dan sepanjang kita bernafas didalam perut ibu kita, kita tertanya-tanya adakah mungkin aku dilahirkan ke dunia atau tidak..semua dengan izinNYA.

Namun kita jua terpilih sekali lagi olehNYA untuk terus berjuang bernafas di alam nyata ciptaanNYA. Dunia yang sangat asing membuat aku merindui saat hidupku di dalam rahim ibuku..Daku kedinginan dek kerana dunia yang aku tidak pernah lihat dan tangisan pertama ku kedengaran tanda kebesaran yang maha kuasa..Di saat aku berjanji padaNYA untuk sentiasa beribadat kepadaNYA dan mentaatiNYA sepanjang masa umurku dihabiskan....

Sepanjang penghidupan seorang manusia adalah fitrahnya beragama..Allah Maha mengetahui hikmah disebaliknya...terlalu banyak kisah diceritakan tentang soal agama warisan dan sebagainya..BIARLAH KITA BERAGAMA DENGAN AGAMA ISLAM, AGAMA YANG BENAR DENGAN PENUH KETAQWAAN DAN PENUH RASA KEHAMBAAN.....

Meskipun dunia ini terlalu banyak pilihan untuk dipastikan namun DIA sudah lebih awal memilih yang terbaik untuk kita...Bersyukur dengan hidayah yang diberikan kepada kita...serugi2 manusia adalah yang kembali kufur kpd allah setelah datang kepadanya risalah yang benar...Ya Allah, jauhilah kami dari segala perkara yang meruntuhkan iman kami..Ya Allah teguhkan iman kami semoga Engkau mengampuni kami....

Kebuntuan dalam membuat pilihan yang terbaik selalu mengelirukan fikiran bijak seorang manusia yang mempunyai akal......kita bebas membuat pilihan namun dengan meminta petunjuk padaNYA membuatkan kita lebih yakin dengan pilihan yang kita lakukan....mintalah dengan penuh redha..serahkan seluruh jiwa kita dikala kita meminta apa saja daripadaNYA....

menangislah kepadaNYA..jangan pernah ego untuk menangis kepadaNYA...kerana itu apa gunanya air mata diciptakan...

sejenak kita berfikir tentangNYA..pahala ibadah sudah tercatit oleh malaikat untuk kita...
berkejar-kejaran lah dalam kita beribadat kepadaNYA....

kita boleh memilih sama ada untuk tidak melakukan atau melakukannya....semua nya terpulang kepada kita..namun ingatlah Allah jua lah pemilih yang terbaik untuk memilih sesuatu yang terbaik untuk kita agar kita menjadi umat yang terbaik....

Saturday, December 26, 2009

HADAPI SEGALA


SALAM

Dunia diciptakan penuh misteri dengan seribu satu pertanyaan yang tidak mungkin dapat dirungkaikan dengan mudah...Ilmu yang tinggi mane pun jgn lah kita angkuh dek kerana kita mungkin dapat menjelaskan segala2nya..

Namun begitu Dia tetap meninggikan darjat seseorang yang berilmu..sedarlah bahawa ilmu itu lah yang membuka kunci pintu kejahilan..manusia mungkin bangga dengan ilmu yang ada padanya tapi mungkin itu saja yang boleh kita banggakan sedangkan ramai yang terkandas di jalan yang salah dek kerana masih tidak mendapat ilmu yang sebenar yang perlu dicarinya itu...

hati yang suci dan bersih mampu menembus semua sudut ilmu yang dipelajarinya...dan dengan cahaya ilmu itulah seseorang itu dapat menggunakan mata hatinya utk sentiasa bertindak dengan penuh hikmah....

Kerana ilmu itulah membuatkan kita berbeza dengannya...wahyuMU cukup jelas menerangkan tentangnya..tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu....kita masih punya waktu utk menambah dan memahat ilmu di dada dan selagi itulah nyawa kita akan sentiasa dinilai oleh si Pencipta akan apa yang kita amalkan daripada ilmunya itu...

Manisnya saat kita menuntut ilmu di medan yang menggamit hati ini..walau terdapat banyak mehnah dan cabaran yang akan ditempuhi namun utk bukan lah segala-galanya.. jangan kita pernah putus asa dengan cabarannya itu kerana itu kita masih di dalam ujianNYA yang sebenarnya akan menentukan tahap keimanan kita.....apa yang pasti kita semua beramal utk menggapai redhaNYA....


TENTANG BANYAK PERKARA


Assalamualaikum..

Sudah lama ku tidak menulis dan mengukirkan kata-kata dalam ruangan maya ini...
Dunia di sini sungguh berbeza dan ku cube utk merasakan perubahan itu dan aku telah dapat merasainya..sungguh nikmat dunia ini kalau ku bernafas didalam redhaNya ...
Kawan dan keluaga banyak memberi semangat kepadaku..

kuliah utk sem pertamaku akan berakhir tidak lama lagi..memang sekejap jer rasanye belajar ni..
masa tu mmg mencemburui aku dan masa2 ku bersama2 kuliah..hemmm
dan tentang itu aku juga mula belajar erti diriku ini yang masih ade banyak lagi kekurangan yang perlu di perbaiki dan mungkin digali semula luka2 dalam itu dan dicuci semula dengan ubat2 yang menyembuhkan...krn itu mungkin aku akan dapat merasakan seluruh jiwaku hilang dari kenangan masa lalu...krn masa depan itu memerlukan fikiran aku utk memandang terus ke hadapan..

4tahun ku bakal menuntut di bumi anbia' ini..dikala aku masih merasakan doaku kepadaMU yang termakbul setelah sekian lamanya...sekadar aku memikirkan impian aku yang sudah menjadi nyata...ku syukur kepadaMU... memang sukar utk menceritakan tentang apa yang akan berlaku walaupun kita cube merancangkannya..krn itu kita tahu bahawa perancangan yang mutlak tidak ditentukan di tangan sang manusia....

Namun kita tidak terlepas utk sentiasa berusaha dengan secebis harapan dan angan2 yang diiringi doa dan tawakal sepanjang perjuangan ini...langit tinggi tanpa tiang2 yang mendirikannya cukup utk ku membayangkan bahawa KAU sgt berkuasa menentukan segalanya...

Tentang apa lagi perlu dipersoalkan hanyalah apa yang kita dapat lakukan di muka bumi ...apa yang kita dapat keluarkan dengan titik perlu kita demi membantu agamaNYA...

perjuangan tetap perjuangan....pengorbanan tetap pengorbanan..perit tetap perit..duka tetap duka..riang tawa semua rahmat yang datang cume sementara sedangkan ganjarannya terlalu banyak utk difikirkan...manusia seusia ku memang sudah banyak memikirkan tentang banyak hal...dan akal manusia itu sangat berguna masakan kalau tidak DIA ciptakannya...

ku ukirkan kata2 ini utk kalian pembaca yang budiman...tidak perlu merasakan tulisan ku hy luahan dariku semata2..malah ambillah sebanyak mane yang kalian mampu ambil dari tulisan ku ini yang mungkin ade mutiara atau pasir sahaja...