Istilah cinta itu sangat luas untuk diperkatakan namun boleh dikatakan di sini sebahagian besar istilah cinta itu dizahirkan dalam bentuk luahan hati dan perasaan suka serta sayang yang datang lahir daripada hati.....sekiranya kita menyukai seseorang mesti kita akan melakukan sesuatu yang disukainya..kan? dan akan cuba menjauhi daripada melakukan perkara yang dia tidak sukai....begitu juga denganNYA kita perlu berusahalah untuk menjadi hamba yang sentiasa melakukan apa sahaja yang disuruh dan menjauhi perkara yang dilarang kalau mahu cinta itu diperoleh daripada kesucian yang hakiki dan kenikmatan cinta yang sudah pasti yang abadi kekal....
DALAM BERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA..APAKAH YANG KITA FAHAM DENGAN MAKSUD "SAYA MENYUKAI AWAK KERANA ALLAH"....
Allah telah menjadikan segala isi bumi ini hanyalah dengan sifat sementara..dan sudah tentu apa sahaja yang kita miliki termasuklah ibu bapa, harta benda, rakan-rakan hatta sekalipun suami atau isteri dan anak-anak..apa sahajalah yang kita perolehi hanyalah sementara semata-mata...APABILA ALLAH MEMBERI SESUATU YANG SEMENTARA ITU KEPADA KITA SEMUA, adalah menjadi amanah kepada kita untuk sentiasa menjaganya dengan baik sekali seperti ALLAH memberinya kepada kita pada awalnya kerana suatu hari nanti ALLAH akan mengambil kembali juga segala apa yang diberiNYA itu. Bayangkanlah mahukah kita memberi sesuatu yang dipinjamkan kepada seseorang dan kemudian barang itu dipulangkan dalam suatu keadaan yang amat berbeza dari awal pemberian tersebut. Jadi, segala yang berada disisi kita semua mesti kita menjaganya dengan baik hanya niat kerana allah...kita bersahabat dengan rakan kita semata-mata kerana allah, aku tak nak dia terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah kerana aku tidak mahu nanti dia dipulangkan kepada tuhannya dalam keadaan dia tidak bersedia.berusahalah kita menjaga peribadi rakan kita sepertimana kita menjaga peribadi serta maruah kita....
Dan bersahabatlah kita dengan penuh ketaqwaan dan berhubunganlah kita sesama manusia dengan ketaqwaan kepada ALLAH....
selagi manusia itu bukan mahram syaitan akan mencucuk hati2 manusia itu untuk sentiasa melakukan perkara yang dilarang ISLAM: Kau jumpalah dia sekejap jer..ala orang x nampak pun...nak chatting pun xper..esok2 dah xde mase dah....
dan selepas kahwin pun syaitan akan terus mencucuk hati2 itu..bagaimana?:Abg!!sejak bila abg ada kenal dengan perempuan lain ni?..Mulalah disitu kerja syaitan yang mahu suami isteri berpisah..semua yang syaitan lakukan semata-mata supaya manusia jauh dari jalan ALLAH....
LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..YANG SOLEH DENGAN YANG SOLEHAH...BEGITULAH SETERUSNYA..ADA JUGA YANG BURUK PERANGAI DENGAN BURUK PERANGAI..jangan terkejut kerana mungkin kita tidak perasan dalam situasi tertentu boleh terjadi si isteri yang menyangkakan si suami baik dan soleh..tetapi pada suatu hari si suami memperkenalkan kepada kita seorang perempuan yang pernah menjadi kenalan lama dia dahulu...sudah pasti si isteri terdetik dalam hatinya bahawa perangai suaminya sama sahaja seperti dirinya..dimanakah keistimewaan suaminya kalau dahulu dirinya juga pernah berkenalan dengan lelaki2....SENANG SAHAJA FORMULA INI, JANGANLAH LAKUKAN PERKARA YANG KITA TIDAK MAHU ORANG ITU LAKUKAN YANG SAMA KEPADA KITA..MUDAH KAN...SELAMAT MENCUBA...
Kemanisan berumah tangga itu juga dilihat atas dasar cinta mereka berdua yang disandarkan kepada ALLAH...kalau mereka yang sedang bercinta diluar sana yang sudah mula bermanja-manjaan sebelum berkahwin lagi, jadi dimana lagi kita keistimewaannya?
kita sering memberinya hadiah pada hari lahirnya..tetapi selepas kahwin perkara yang sama dah buat sebelum kahwin, dimana keistimewaanya?...semua perkara masa bercinta dah dibuat sebelum kahwin lagi nak apalagi..fikirkanlah..meskipun rindu itu hadir dalam keadaan kita tiada ikatan padanya...simpanlah untuk suatu hari yang pasti dijanjikan bagi suami isteri dan janganlah terlalu kita mahu mencuba untuk meluahkan dengan kata-kata..nanti dimanakah kemanisannya...gunakan akal untuk fikir dan hati untuk menilainya..
BERCAKAP TENTANG JODOH..MANUSIA SERING MEMIKIRKAN AKAN SIAPAKAH JODOH MEREKA SUATU HARI NANTI..KITA SEHARUSNYA BUKAN LAH CENDERUNG PERLU MEMIKIRKAN SEBEGITU MALAH SEBOLEH-BOLEHNYA KITA PERLULAH MENJADI DARI PADA MENCARI...KITA TIDAK PERLU SIBUK MENCARI JODOH YANG ITU SEMEMANGNYA TUGAS YANG DITENTUKAN DI TANGAN ALLAH...SEKIRANYA KITA MAHUKAN PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK KITA JADILAH DIRI KITA YANG TERBAIK...DAN SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH SETIDAK2 NYA KEPADA JODOH YANG TIDAK DIKETAHUI ITU, DOALAH AGAR DIA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..BEGITU INDAH SEKALI ISLAM ITU MENGGARISKAN YANG TERBAIK UNTUK PENGIKUT-PENGIKUTNYA........
Bukan lah mahu menjaga tepi kain orang seperti yang masyarakat awam sering persoalkan tetapi inilah hakikat kejadian makhluk bumi yang dijadikan ALLAH..siapalah kita yang nak mengatakan sesuatu ....kita hanya mahklukNYA yang tidak tahu apakah yang akan terjadi pada masa depan kita..KALAU KITA NAK BAGI NASIHAT PADA ORANG SUPAYA JANGAN MASUK KAWASAN LARANGAN MESTI KITA CAKAP: BAIK KAU JANGAN MASUK TEMPAT NI, AKU DAH TAHU APA YANG AKAN JADI KALAU KAU MASUK, JAUHLAH DARI TEMPAT NI..AKU TAU LAH SEBAB AKU DAH LAMA TINGGAL KAT SINI....Allah juga maha Mengetahui apa yang berada di dalam jiwa hamba2 NYA, jadi perbuatlah seperti mana yang disuruh kerana DIALAH PENCIPTA KITA YANG SANGAT 'MASAK' DENGAN PERANGAI DAN TINGKAH LAKU KITA SEMUA...
KALAU KITA NAK BUAT SESUATU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG PUN KITA AKAN CAKAP: AKU CADANGKAN KAU MASUKLAH JALAN NI KAU AKAN UNTUNG..BANYAK BENDA KAU BOLEH DAPAT YANG TAKDE KAT TEMPAT LAIN...REBUTLAH PELUANG YANG ADA....Allah juga kita mahu bersaing mendapat pahalaNYA yang tiada pun kita boleh dapat dari mana-mana.....BUKANKAH BEGITU???
KALAU KITA TIDAK MAHU IKUT, MAKA SAMA ADA KITA RUGI ATAU UNTUNG SAHAJA SEDANGKAN ALLAH TIADA KESAN APA-APA PUN SEKIRANYA KITA BERTINDAK DENGAN CARA APA SEKALIPUN....
SEDARLAH KITA SEMUA BAHAWA ALLAH MENJADIKAN SEMUA YANG DIBUMI INI UNTUK KITA MENGENALI SIAPAKAH TUHAN KITA DAN FIKIRKAN TENTANG KEKUASAANNYA LALU DARI SITU TERBITLAH CINTA YANG AGUNG, HAKIKI LAGI SUCI..SUBHANALLAH CANTIKNYA DUNIA YANG FANA' INI WALAU HANYA SEMENTARA TETAPI BANYAK PERKARA YANG PERLU KITA MELIHATNYA DENGAN MATA HATI SUPAYA JIWA NURANI SEORANG HAMBA ITU WUJUD SELARI DENGAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH...
YAALLAH CINTAMULAH YANG PALING TERAGUNG SEKALI...DAN KU MOHON AGAR KAU RAHMATILAH KEHIDUPAN DAN BERKATILAH SEGALA AMALAN KU SEPANJANG KU BERNAFAS DI BUMI MU INI...
0 comments:
Post a Comment