Bismillah
Hanya juga kerana setelah mencuba dan ia menjadi.
Diri saya amat gemar mencuba sesuatu. Begitulah kita apabila manusia ini dijadikan, akhirnya kita perlu cuba untuk hidup dalam dunia ini dan menjadi manusia yang begitu 'menjadi' di tengah-tengah masyarakat. Sebagaimana Allah s.w.t telah menjadikan kita dengan begitu cantik, maka seharusnya sang hamba itu juga haruslah terus mencuba untuk mentaati seluruh bentuk perintah yang telah diturunkan kepadanya.
Manusia gagal mencuba untuk berjaya. Akhirnya kecundang dengan usaha diri sendiri. Tidak ada kepercayaan dan keyakinan yang cuba diletakkan dalam minda. Segalanya sudah habis dipengaruhi dengan kata-kata negatif yang menjatuhkan dan merosakkan. Kita boleh berangan-angan untuk berjaya dan mencipta kegemilangan diri, namun usaha yang setimpal perlu seiring serta jangan lupa untuk bertawakal.
Tatkala apa yang dicuba itu menjadi. Alhamdulillah cantik. Frame ini saya reka khas dengan hiasan bunga rose kertas yang dibuat sendiri oleh saya.
Saya mula berfikir apalagi kemahiran yang belum saya pelajari dan akhirnya terlintas di fikiran untuk membuat paper rose origami seperti di atas. Semua idea ini terbit kerana saya ter'inspirasi' dengan seorang sahabat saya yang telah pun berkecimpung dalam dunia 'Sweet Craft Things' ^_^
Hakikatnya, jangan pernah berhenti untuk mencuba sesuatu yang berguna. Lagi baik jika ianya sesuatu yang berguna dan ada yang boleh dimanfaatkan demi Islam terutamanya. Selamat mencuba!


No comments:
Post a Comment
Apa komen anda?