1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala
mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan
kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber
pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah
ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di
awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan
perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan
masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber
asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-
Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal
dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus
berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada
kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-
Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda
telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu
walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat
kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga
mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi Bukalah ruang
walaupun seminit !!!
4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran
Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam
ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau
ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai
kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak
bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh
golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle
berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan
hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebihlebihan.
supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa
serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah
kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau
mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau
masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada
tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip
kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula
merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendahrendahkan
pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaahjemaah
lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda
memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda
mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu
bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih
sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan
ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan
datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama
menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa
penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah
menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w
bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal... " (Diulang 7
kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.
wassalam... ... ..
0 comments:
Post a Comment