Thursday, February 14, 2013
Dari Urdun ke Malaysia
Sungguh Dia Maha Adil. Ku tinggalkan bumi Urdun dengan penuh kesayuan, namun di tanah air sendiri diriku disambut penuh kegembiraan. Terima Kasih semua!!!! :D
Kini rentak hidup makin rancak dan sedia hadapi mehnahnya. Allah yuqawwina Ameeenn
Thursday, January 3, 2013
Cara Kiraan CGPA.
Assalamualaikum ^__^
80-100 (A & A+) = 4.00
75-79 (A-) =3.67
70-74 (B+) =3.33
65-69 (B) =3.00
60-64 (B-) =2.67
55-59 (C+) =2.33
50-54 (C) =2.00
47-49 (C-) =1.67
44-46 (D+) =1.33
40-43 (D) =1.00
Salam. Sekadar berkongsi..
Ni cara macamana nak kira pointer..
Coz Jordan guna percentage. Malaysia guna pointer.. (Resume nanti pun hantar pointer)..
1st : Tukar markah yang kita dapat kpada pointer base 4..
Eg :
Lughah 91% - 4.00
English 79% - 3.67
Matematik 80% - 4.00
Sains Hayat 70% - 3.33
2nd : Darabkan pointer yang kita dapat td dengan credit hour.
Eg :
Lughah - 4.00 x 3hours = 12
English - 3.67 x 3hours = 11.01
Matematik - 4.00 x 3hours = 12
Sains Hayat - 3.33 x 3hours = 9.99
JUMLAH : (12 + 11.01 + 12 + 9.99) = 45
Then, bahagikan dengan jumlah keseluruhan credit hour = 45 / 12 = 3.75
Means, GPA antum (untuk sem tu) adalah 3.75. (Tahniah! Cuba lagi.. :)
Yang ni kira macam mu’addal fasal la..
Macamana nak cari CGPA pula?? – tarakumi..
1st : Jumlahkan sume hasil tambah pointer x credit hour setiap fasal..
2nd : Then bahagikan dengan hasil tambah sume credit hour yang kita dah ambil.
Contoh :
Sem 1 (kat atas tu) -12 crdt hr. ; 45
Sem 2 (andaian) – 16crdt hour ; 59.02
Sem 3 (andaian) – 18 credit hour ; 70.02
JUMLAH : 174.04
Then bahagikan dengan jumlah credit hour : 174.04 / (12+16+18) = 3.78
-- Means; accumulate pointer antum 3.78. Tahniah! tahniah! :)
Selamat Mengira.. ;)
From: Kak Mardhiah, My senior :)
Friday, October 26, 2012
Aidiladha 1433H

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H buat semua umat muslimin. Semoga raya korban kali ini memberi 1001 makna dan erti pengorbanan dalam hidup setiap dari kita. Mudah-mudahan jiwa dan jasad kita terlatih untuk selalu berkorban apa jua demi mentaati perintah dan suruhanNYA sebagaimana Nabi Ibrahim a.s yang telah membuktikan akan kesabaran baginda dalam mentaati suruhanNYA. Insyaallah.
Jujurnya, diri ini akan merindui tanah syam ini. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menunaikan solat sunat raya terakhirku disini. Runtun jiwa ini tatkala memberi salam terakhir dalam solat sunat raya, tidak sampai 4 tahun di bumi anbiya' masa dirasakan begitu singkat sekali. Menanti dalam masa 4 bulan sahaja lagi untuk melangkah pergi keluar dari bumi untuk meneruskan perjuangan di tanah air sendiri. Ya, satu pengorbanan telah ku lakukan, berada di sini untuk menuntut ilmu yang tiada kesudahannya bersama sahabat2 handai yang lain. Suatu keputusan nekad yang pernah ku buat suatu masa dahulu untuk belajar di negara orang. Semoga Allah swt meredhoi. :)
Jujurnya, diri ini akan merindui tanah syam ini. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menunaikan solat sunat raya terakhirku disini. Runtun jiwa ini tatkala memberi salam terakhir dalam solat sunat raya, tidak sampai 4 tahun di bumi anbiya' masa dirasakan begitu singkat sekali. Menanti dalam masa 4 bulan sahaja lagi untuk melangkah pergi keluar dari bumi untuk meneruskan perjuangan di tanah air sendiri. Ya, satu pengorbanan telah ku lakukan, berada di sini untuk menuntut ilmu yang tiada kesudahannya bersama sahabat2 handai yang lain. Suatu keputusan nekad yang pernah ku buat suatu masa dahulu untuk belajar di negara orang. Semoga Allah swt meredhoi. :)
Friday, August 24, 2012
Tuesday, August 21, 2012
Ramadhan Dan Syawal
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sangat banyak aktiviti pembinaan rohani dan jiwa terlaksana. Paling bermakna pengalaman ber'iktikaf' 10 malam terakhir di Masjid Taal. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang yang sangat bernilai. Kedua, pengalaman berbuka puasa di Wadi Rum selepas berpeluang melihat nikmat matahari terbenam. Yang paling istimewa tetamu dari Malaysia sudi untuk datang merasai puasa Ramadhan, kak Amira Radzi sungguh bertuah kerana diberi peluang berpuasa di Jordan.
Di bulan Ramadhan kami beberapa akhowat bersama Kak Amira Radzi telah merancang trip bersiar-siar selama 3 hari 2 malam mengelilingi Jordan. Meskipun dalam cuaca yang terik dan panas, kami tetap happy ^___^ sebab dapat bawa Kak Amira Radzi jalan-jalan di Bumi Jordan ini.
Berjalan di atas tanah PETRA.
Kenangan di Aqobah, Jordan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di pagi 1 Syawal 1433H, kemeriahan beraya di perantauan tetap dirasai meskipun berjauhan dengan keluarga tersayang. Kami berkampung beramai-ramai, bersama-sama membuat persiapan hari raya, dan bergembira bersama-sama. Tahun ini saya kira raya yang paling matang pernah saya rasai. Sudah lah keluarga berjauhan, segala-galanya pula perlu disiapkan sendiri. Alhamdulillah,Rendang Ayam, Kuah kacang dan Lodeh berjaya dimasak dengan lazat. Akhowat-akhowat pun ada yang rajin buat kuih raya. Ada kuih batang buruk, kuih makmur, kuih coklat cornflakes dan kuih biskut chip coklat.
Raya pertama kami dah mula buat Open House. Syukur segalanya dipermudahkan. Tengahari kami dah keluar berjalan raya. Meletihkan tapi sangat menyeronokkan. Pengalaman yang tidak dilupakan pada raya kedua kami beraya di rumah akhowat Thailand. Meriah sangat tambah-tambah lagi kami dihidangkan dengan masakan Laksa Thailand.
Bersama-sama dengan sahabat akhowat-akhowat yang disayangi di Hari Raya.^__^
Subscribe to:
Posts (Atom)




