Sehingga kini diriku masih ingin belajar untuk menjadi seorang yang muda jiwanya dan muda semangatnya. Saat diri kita jatuh, seharusnya diri kita lebih matang untuk hadapi situasi perit itu. Namun dari manakah kita akan dapat belajar segala kematangan itu? Sungguh tarbiyah Allah swt itu jua lah yang akan mematangkan kita. Matang itu akan membantu kita membuat keputusan dengan rasional dan teliti. Tarbiyah atau pun didikan itu tidak datang bergolek begitu sahaja, tetapi kita lah yang pergi mencarinya di waktu semua manusia leka dengan urusan mereka, di waktu seluruh manusia sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan. Hikmah yang Allah sediakan itu umpama seperti butiran mutiara di jalanan.Tatkala manusia bertuah yang melalui jalan itu dia lah yang akan menjumpai mutiara itu. Lantas tarbiyah itu juga seumpama mutiara di jalanan itu, siapa lagi yang akan menjumpai mutiara tidak lain tidak bukan manusia yang pergi menuju kearah tu. Sungguh rugi manusia yang tidak pergi mendapatkan mutiara itu hanya kerana dia tidak melalui jalan itu.
Kita berhak memilih apa yang kita mahu di dunia ini dengan syarat kita tidak mengenepikan hak manusia yang lain.Manusia perlu membuat pilihan yang boleh memberi pulangan yang berganda padanya. Manusia juga disarankan untuk membuat pilihan yang baik dan bukannya pilihan yang buruk. Ini yang telah digariskan dalam Islam bahawa manusia yang telah memilih untuk menuju jalan keburukan maka dia akan menjadi orang yang rugi, begitu pula sebaliknya jika dia telah memilih untuk menuju jalan kebaikan maka dia akan menjadi orang yang beruntung.
Pilihanku adalah untuk terus mencari makna kehidupan. Harapan agar pilihanku ini yang diredhai Allah swt. Langkah bermula mengembara cinta dengan kuasaNYA. Jaulah Ibnu Battuta (JIB) nama trip yang penuh tersirat makna memberikan harapan tinggi agar peserta-peserta jaulah menjadikan kembara itu suatu kembara yang melonjakkan iman.
bersama adik-adik di Dana Tafilah, Jordan melihat matahari menghilangkan cahayanya.
Setiap daripada kami akan diberikan 'task' masing-masing sepanjang 5 hari jaulah. 'Task' itu ialah setiap peserta dikehendaki menceritakan sejarah / kisah tempat bersejarah yang telah ditetapkan oleh setiap peserta.
Maka ada yang akan menceritakan kisah Zaid bin Haritha dan lain2 serta kisah Nabi Lut dan laut mati, ada juga yang akan menceritakan kisah makam 5 sahabat di Mu'tah. Sungguh menarik dan mengujakan. Mengikuti trip sebelum ini memberikan pengalaman yang berbeza dari trip JIB ini. Antara faktornya, terdapat games yang menarik di beberapa tempat yang telah disediakan oleh adik-adik selaku ajk pelaksana trip.
Sambung ayat-ayat quran yang mengisahkan tentang Kaum Nabi Lut.
^___^
Merentasi bumi Jordan ini untuk berpuluh kali sekalipun pasti akan memberikan aura percikan Bumi Anbiya' yang berbeza pada setiap kali jaulah. Maka dengan semangat itulah, diri ini tidak pernah jemu untuk mengembara mencuri aura itu sekali sekala untuk terus kembali bersemangat dalam nafas seorang penuntut ilmu Allah swt di Jordan.
Dan yang menarik, jaulah JIB berjaya sampai di Dana, Tafilah iaitu sebuah kawasan pergunungan di selatan Jordan. Jarak perjalanan yang agak jauh dari Irbid lebih kurang 6 jam dan kawasan ini dianggap yang paling tinggi di bahagian selatan Jordan.
Menuju puncak demi melihat ciptaan Allah yang hebat.
'Sungguh telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul)' Al-Imran: 137
Meredah sungai laluan air mata air gunung.
Kawasan perhutanan kecil yang terpencil di Dana menarik perhatian kami. Rasa macam bukan di Jordan pulak. ^__^
Kelihatan salji di pergunungan Dana.
'Dan kepada penduduk Madyan, kami (utus) Syuaib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, 'Wahai kaumku, Sembahlah Allah. Tidak ada tuhan(sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari tuhanMu. Sempurnakanlah takaran dan timbangan, dan jangan kamu merugikan orang sedikit pun. Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu orang yang beriman.' Al-a'raf:85
'Sungguh kamu telah melampiaskan nafsu syahwatmu kepada sesama lelaki bukan perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.Dan jawapan kaumnya tidak lain hanya berkata:'Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari negerimu ini, mereka adalah orang yang mengganggap dirinya suci.' Kemudian kami selamatkan dia dan pengikutnya, kecuali istrinya. Dia (istrinya) termasuk orang -orang yang tertinggal. Dan kami hujani mereka dengan hujan (batu). Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berbuat dosa itu.'
Al-a'raf: 84
Menuju ke arah laut mati.
Alhamdulillah perkhidmatan di Dana antaranya makanan yang mengenyangkan.
Rom Theater, Amman
Subhanallah
Maha suci Engkau yang telah menjejakkan kakiku ke tanah para anbiya'Mu .
Kenangan Kembara Jaulah Ibnu Battuta yang akan sentiasa menggamit memori.
Diriku yang seorang sahaja senior dalam trip JIB ini sangat gembira melihat jiwa adik-adik ini yang sangat lembut tatkala mata mereka tekun melihat kuasaMU ya Allah. Pastinya segala makhlukMu di muka bumi dijadikan oleh Mu hanya untuk hambaMU melihat akan kekuasaanMU dan lantas mengucapkan setinggi-tinggi pujian terhadapMU.
'Dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong-penolong bagi mereka selain Dia..' Al-isra' :97






















0 comments:
Post a Comment