Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.
(Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
Hari Asyura atau dalam bahasa arabnya asyara yang bermaksud sepuluh. Ini adalah disebabkan ia merupakan hari kesepuluh dalam bulan Muharram.
“Jom puasa Hari Asyura nanti, tolong ingatkan ana ya.” Mari meriahkan bulan Muharram dengan ibadat puasa sunat yang mulia ini.
“Opps, tapi rasanya macam belum hadam lagi apa yang ada disebalik puasa Hari Asyura ini”
Sejenak mari kita beralih ke sejarah Hari Asyura, mari kita melihat isi kandungan sejarah ibadah ini yang tatkala itu kita kadangkala sedikit terlupa dalam keseronokan melakukan ibadah. Mudah-mudahan kita semua beramal ibadah seiring dengan penguasaan ilmu yang mantap terhadap ibadah yang dilakukan.
Sejarah Asyura ini bermula di Mekah lagi, ketika itu amalan puasa Asyura ini merupakan tradisi masyarakat Arab pada waktu itu. Rasulullah s.a.w juga melakukan amalan puasa ini sehingga baginda berhijrah ke Madinah dan baginda mendapati amalan puasa Asyura ini juga diamalkan oleh kaum Yahudi. Pada saat itu, baginda mensyariatkan dan mengesahkan puasa Asyura itu sehingga ia menjadi kewajipan kerana baginda merasakan masyarakat Arab lebih dekat dengan Nabi Musa a.s.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Ibn Hajar al-asqalani, dalam penyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan bahawa syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa Asyura 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Harus kita ingat juga amalan sunat ini sangat dituntut bagi setiap umat Islam selagi mana dia mampu melakukannya. Sesungguhnya dengan mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w itu akan lebih mendekatkan diri kita kepada baginda dan memupukkan lagi rasa cinta dan sayang kepada manusia teragung iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ini dapat dibuktikan dengan saranan Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda ,
AMALAN GALAKAN HARI ASYURA
1. Solat sunat 10 Muharram – 4 rakaat(Siang dengan 1 salam manakala malam dengan 2 salam – buatlah salah satu waktu)
2. Menghubungkan tali Silatul Rahim diantara sahabat kita dan orang Islam. Digalakkan menziarahi orang islam samada yang kenal atau tak kenal, samada yang rapat atau tak rapat.
3. Berpuasa dari 1 Muharram hingga 10 Muharram.
4. Disunatkan menjamu orang yang berpuasa.
5. Mandi pada hari 10 Muharram. Niatnya “Sahaja aku mandi pada hari Asyura kerana Allah Taala”.
6. Memotong Kuku. Niatnya “Sahaja aku memotong kuku kerana hendak membesarkan Hari Asyura kerana Allah Taala”.
7. Bercelak mata berserta dengan niatnya. Niat macam manapun. Dalam hati dan yang pentingnya ada “kerana Allah Taala”.
8. Menziarahi orang alim dan memuliakannya dengan membelikan pakaian atau menjamu makanan dan minuman.
9. Menziarahi orang sakit kerana ia mengingatkan tentang mati.
10. Menyapu kepala anak yatim. Niatnya “Semoga Allah lembutkan hati aku”. Supaya Allah melembutkan hati untuk menerima hukum Allah dan juga tanda-tanda kita nak masuk syurga.
11. Bersedeqah. Bersedeqah pada asnaf yang lapan iaitu orang yang layak menerima zakat.
12. Meluaskan belanja isi rumah. Contohnya-para ibu bolehlah masak makanan yang special sikit, macam nak raya tu ke dan makan bersama-sama.
13. Dituntuk meluaskan perangai dengan berperangai lemah lembut dan kata-kata yang suka didengar oleh orang.
14. Membaca “Qulhuwallah….” sebanyak 1000 kali.
15. Membaca “Hasbunallah huwanikmalwakil…” sebanyak 70 kali.
17. Menghidupkan malam Asyura(9 malam 10 Muharram).
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”
(Riwayat. Muslim).
DOA PADA HARI ASYURA
حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Wahai sahabat sekalian, marilah kita semua mengejar pahala ibadah sunat ini dan sentiasa positif dalam melakukan setiap amalan kebajikan seharian kita. MOga Allah sentiasa merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNYA.



0 comments:
Post a Comment