Sesegar embun di pagi yang hening,
Titisan air putih jernih,
Jatuh dari daun yang hijau gemersik,
Luluh hati memandang syahdu,
Keagungan Ilahi terpancar pada ciptaanNYA,
Sungguh pilu hati kerdil ini,
Tatkala melihat semua keindahan ini,
Diperlihatkan padaku,
Agarku mengerti erti makna penghidupanku,
Sungguh menusuk ke dalam jiwa,
Terasa seakan tuhan mahu mengetuk pintu hatiku,
Wahai hati, sedarlah bahawa engkau adalah raja untuk hamba ini,
Perbaikilah hati , Jernihkan hati, Segarkan jiwa,
Mata melihat alam luas terbentang,
Disitu tersirat hikmah Illahi memberi erti,
Buat hamba yang mencari,
Makna pengabdian di muka bumi,
Nukilan :- Nurfadhilah



0 comments:
Post a Comment